Monday, November 23, 2009

Fesyen GO : Yoon Eun Hye mangsa baju kopipes?


Kita kembali ke segmen fesyen lagi. Kali ini fesyen yang akan diketengahkan ialah fesyen baju kitar semula atau kopiket atau kopipes. Mana-mana lah adek bradek kopi ni. Hehehe. Bermaksud baju yang dipakai lebih dari sekali atau 2 kali oleh aktres drama Korea.

Berapa punya jimat kos daa..

Yang paling menarik perhatian sekali ialah aktres yang terlibat dalam baju kitar semula ini yak itu aktres Yoon Eun Hye. Perkara ini telah berjaya di-spot sebanyak 3 kali oleh wartawan GO dalam derama yang sama. Ala-ala hetrik gitu. Kekeke

Ottoke?


Pertama - baju ni. Gawon satin yang ditempah khas dari mana tah. Penah di-apdet sebelum ni dalam edisi lain

Lepas Kang Haena pakai, aktres Yoo Mi ni pula pakai di red kapet PIFF tempohari. Sempat dry clean ke tak ni? Renyuk semacam je. Hehehe

Kedua - ialah baju ni. Diperbuat dari kain jin yang berkualiti nampaknya. Digayakan dengan butang-butang banyak tepi tu. Juga tali hitam selari yang banyak depan tu

Salah satu poster My Fair Lady

Kemudian, hahaha

Baek Ji Young (penyanyi lagu 'bagai ditusuk peluru') terlebih dahulu telah pakai baju ini kat Music Bank kot sebab ni masa kat bilik persalinan KBS. My Fair Lady juga drama KBS. Oooo almari baju yang sama

Ini sewaktu dalam rancangan "I Have An Uncle". Adek comey tu ditugaskan oleh Samchoon untuk dapatkan tandatangan beberapa orang artis. Salah sorang ialah Baek Ji Young tapi Seuk Hyun tak kenal Baek Ji Young. Lepas tu Baek Ji Young bagi 4 nama suh teka yang mana satu dia sebelum dapat sign
1. Son Dambi
2. Tiffany
3. Baek Ji Young
4. Kang Waiem

Mangsa seterusnya. Go Mi Nam. Kekeke

Ni mesti u ols tau masa bila dia pakai baju ni


Kang Haena terlebih dahulu dah menyarung gawon ni dalam episode 9 My Fair Lady. Tapi adakah Kang Haena yang pertama menyarung nye? Nehi, nehi


Ottoke?

Aktress Choi Kang Hee (drama My Sweet Seoul) terlebih dulu telah menyarung gawon ini daripada Kang Haena kat satu PC cite hapa tah. Tak pasti pulak ada aktres lain dah pakai baju ni sebelum beliau ke tak. Bagus betul depa ni. Pelbagai generasi aktres turun temurun telah menyarung baju ni. Konsep sharing is caring gitew. Kekeke

Mari kita reka skrip untuk dorang ni

"That is the key of this collection, being yourself. Don't be into trends. Don't make fashion own you, but you decide what you are, what you want to express by the way you dress and the way to live."

Sekian. Kita berjumpa di fesyen yang lain pulak

No comments: