Thursday, August 13, 2009

Pergi tak kembali


Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca

Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua

Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan

Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih

Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara

Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya

Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi




Terakhir jumpa arwah pada 29 Julai 2009 lepas masa majlis makan malam amal kelab bekas tentera. Dan lagu terakhir yang beliau dendangkan pada waktu itu ialah lagu "Intifada" (lagu nostalgia yang pernah buat saya..err lupa diri suatu waktu dahulu)

Terngiang-ngiang suara beliau mempromosi lagu terbaru Rabbani judul "Allah Yang Punya". Saya suka lirik dia. Tapi tak jumpa carik.

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Dan takziah buat ahli keluarga beliau

Cukupkah bekalan amalan dan taqwa kita untuk pulang ke sana?

*mode sedih*

No comments: