Friday, August 14, 2009

Tips : Langkah berjaga-jaga H1N1


Malam tadi mendapat satu sms dari adek ambe di Johor Bahru. Sms berbunyi begini :

"Anak manager aku mati H1N1. Takutnya"

"Umur bape?"

"3 tahun"

Pagi ni ambe ingin berkongsi langkah berjaga-jaga menghindari H1N1 walaupun semua dah aware rasanya. Tapi tak pe. Semoga kita semua di jauhkan dari bala ini

Langkah 1 : Memakai topeng muka

Oppss salah topeng. Tapi nak pakai yang ni pon boleh jugak siap ada sarung tangan besi lagi tu. Kalau jumpa ngan orang jahat kita leh bek hen dia skali


Topeng ni baru betul

Langkah 2 : Kurangkan berpoya-poya di tempat awam yang ramai orang. Ramai orang ramai virus



Langkah 3 : Basuh tangan dengan bersih seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Info lanjut boleh masuk website H1N1 http://h1n1.moh.gov.my/



Langkah 4 : Berwuduk la selalu



Lupakah kita bahawa konsep "basuh tangan" termasuk di dalam syarat wuduk kita? Jadi berwuduk la selalu dan berdoa supaya kita dijauhkan dari bala H1N1 ini. Wuduk lagi hebat sebab kita basuh muka, basuh hidung, basuh kepala, basuh telinga selain basuh tangan sekali gus membuang segala kotoran yang ada. Selain berwuduk 5 kali sehari untuk solat yang wajib, wuduk juga boleh dilakukan setiap masa ikut kelapangan kita. Masa nak tidur, masa tengah marah atau masa nak keluar rumah ke dan sebagainya.

Disebabkan bala H1N1 ni semakin mencanak-canak, boleh la kita amalkan berwuduk sebelum keluar rumah. Ajar jua anak-anak kita, adik-adik kita yang bersekolah mengamalkan wuduk setiap masa sebagai pendinding. Kesian tengok budak-budak kecik yang tidak berdosa, yang bakal memimpin negara di masa akan datang terkorban gara-gara bala ini.

Zaman sekarang ni bala Allah bagi secara tunai. Mungkin ada yang dah lama tak berwuduk atau terlupa nak berwuduk, maka Allah bagi bala H1N1 ni sebagai ingatan supaya kita berwuduk. Semoga kita sama-sama menjaga wuduk dan solat kita dan dijauhi malapetaka selesema babi H1N1 ini. Amin.

Renung-renungkan dan selamat beramal :)

No comments: