Monday, August 17, 2009

Kkotboda Namja (Versi KL) - Episode 3


Bersambung aktiviti berpoya-poya dengan mamat Korea bernama Ryan Kwon ini. Kali ini kembara mahkota Kkotboda Namja akan meneruskan perjalanan ke Kuala Selangor pula. Kami mahu skodeng kelip-kelip. G'Ja tamat kerja jam 2.00 petang kemudian pergi ke hotel untuk mengangkut Ryan dan kemudian menaiki Putra LRT menuju ke Taman Jaya di mana aku datang jemput mereka. Aku tidak pohon cuti tatapi mintak balik awal. Dan nasib baik bos mengizinkan nya. Aku pon hepi sebab cuti aku jimat 1/2 hari. Lebih kurang jam 4.30 petang kami bertolak ke Kuala Selangor. Pertama kali aku ke Kuala Selangor. Aku pon main agak-agak nak lalu jalan mana.

"Takde highway ek nak pi Kuala Selangor?"



pose apa tah ni..pose kelip-kelip kot


Kami melalui jalan lama Sungai Buloh. Dalam perjalanan kembara itu kedapatan banyak pokok kelapa sawit dan G'Ja beritahu Ryan itu adalah palm oil tree. Kemudian nampak pula palm oil tree yang kecik

"This is baby palm oil, Ryan"

"Aegi palm oil" tukang terjemah menyampuk disebelah

"Aaa aegi"

Lantas lagu latar yang ada lirik "aegi" pon berkumandang di dalam kereta

"Gom sera ma riya han ji be ee so, appa gom, omma gom, aegi gom"

"Hahaha" Ryan gelak beso "Where did you know this song?"

"Full house"

Kui kui

"Aegi" dalam bahsa Korea bermaksud "baby". Lagu 3 Beruang



Perjalanan terasa begitu jauh sekali. Bila daa mau sampai. Destinasi kami sebenarnya ialah ke Firefly Park Resort di Bukit Belimbing. Ada 2 kawasan kelip-kelip di sini. Satu lagi di Kampung Kuantan. Tapi makcik G'Ja sajes di Bukit Belimbing.

Berpandukan peta yang dibawa sampai la kami di destinasi yang diidamkan iaitu Firefly Park Resort. Kembara mengambil masa dalam 2 jam lebih sket untuk tiba sebab driver agak berhemah ketika memandu. Kalau driver F1 rasa nya 1 jam bole sampai


Sesampai di sana aku terpegun melihat pintu gerbang resort itu

"Owh ada resort kat sini? Asmaradana tak tau pon"

Kami pon daftar masuk ke chalet. Semalam chalet berharga RM130.00 dan dibayar oleh Ryan. Yipee.

Nampak itu kaunter teket? Untuk skodeng kelip-kelip kita harus menaiki bot dengan bayaran RM15.00 per trip. Bot itu spesel di buat dari fiber kaca dan fungsi fiber kaca itu ialah ia tidak mengeluarkan bunyi sewaktu pelayaran. Sebab nya kerana kelip-kelip tidak boleh disergah dengan bunyi bising. Nanti dia lari. Bila kelip-kelip lari nanti, kita tengok benda lain plak kang yang terkelip-kelip dari kejauhan sambil melambai-sambai agaknya huhu

Waktu nak tengok kelip-kelip ialah dari jam 7.30 hingga 10.00 malam. Kami memilih pelayaran jam 8.30 malam.


Kemudian kami ke bilik untuk simpan barang. Sekali lagi aku terpegun menyaksikan chalet nya. Berapa banyak pegun daa. Kalian lihat la chalet nya itu. Mempersonakan bukan. Not bad la.


Tidak disangka-sangka begini suasana nya. Rasa teruja menyelinap di dalam sanubari semua orang.

Rupa paras di dalam. 1 chalet ada 2 bilik. Jadi kami berkongsi la bilik air hehe

Hatta, sewaktu menjejakkan kaki di atas papan laluan chalet itu, aku terasa seperti di pulau New Caledonia...hahaha

Lebih kurang bukan? Di atas air. Walaupun air yang atas tu macam bacin sket kaler nya berbanding chalet bawah ini yang bersih dan jernih dan menyamankan lagi gedebas

Feeling-feeling bersantai di tepi chalet seperti mereka. Tapi kami tidak pakai baju beger seperti Jandi dan Ryan tidak la pakai kemeja bunga seluar yengki seperti Junpyo itew...kekeke



Kemudian kami makan malam alas perut di restoren di sebelah. Nasi goreng di oder.

saranghae

Selepas selesai pelayaran. Untuk makluman, kemra tidak dibenarkan bawa semasa pelayaran kerna dikuatiri kelip-kelip akan lari juga jika terkena flash kemra.

"Ngada-ngada tol ko ni kan kelip-kelip. Bising tak boleh, kemra tak boleh. Ko eksyen ye"

Jadi, semua orang pakat la cakap bisik-bisik sewaktu dalam bot dan main isyarat tangan dan juga mulut tidak cabul cakap sembarangan. Bayangkan suasana gelap, lalu sungai yang lebar plak tu kan, tahap kedalaman sungai pon tak tau, mau imajin macam-macam huhu. Kita berdoa saja yang baik-baik. Dan di kala itu bulan sedang mengambang. Jadi nya kami telah menyaksikan kelip-kelip di bawah sinaran bulan purnama yang sungguh indah sekali. Kemudian berposing di depan pintu gerbang selepas tamat pelayaran skodeng kelip-kelip. Dan kelip-kelip nya sangat banyak u ols.

Kemudian disebabkan malam masih muda, kami pon meronda-ronda la di sekitar kampung. Pusing punya pusing kat pekan ternampak la pintu gerbang "Selamat Datang ke Bukit Malawati".

"Laaa kat sini ke Bukit Malawati?" G'Ja bersuara

"Bukit Malawati mana?" drebar menyoal dengan blurr

"Alaa Bukit Malawati...bla bla bla" Gja eksplen sedikit

"Ooo..jom kita naik"


Photobucket


Naik atas suasana sekeliling gelap. Namun ada sesuatu benda yang meng-kasimakan kami iaitu tu haa rumah api yang tersergam indah di puncak sana. Indah sungguh panorama, bagai pulau nirwana ola la tropika. Anda lihat la sendiri. Cantik bukan? Di terangi dengan sinaran bulan mengambang yang mana ambe cakap tadi masa tengok kelip-kelip di bawah sinaran bulan mengambang. Itu la bulan nya saudara-saudari.

Kami sepakat mahu pegi lagi Bukit Malawati pada keesokan hari yang cerah


Photobucket


Kemudian kembara di teruskan. Kali ni mahu mencarik durian. Namun hampa tidak ditemui. Jangan kan durian, duri pon kami tak jumpa. Mungkin penjual durian telah lena diulit intan barangkali.

Mengiringi kembara pulang di dalam kereta nyanyian karaoke bakal peserta realiti AF Korea iaitu G'Ja dengan lagu "Manyageh" atau "If" dari OST Hong Gil Dong. Siap apal lirik tuu huhu. Kemudian aku pasang beberapa lagu Korea. Sambil dengar suruh Ryan eksplen citer di sebalik lagu tersebut. Aku pon pasang lagu peberet "No One Else" dari Lee Seung Chul. Bestkan sambil dengar lagu ada orang translate jalan citer. Hehehe

Kemudian Ryan tanya kenapa lagu sedih-sedih semua? Ye lah koleksi OST aku seme lagu sedih-sedih tangkap lentuk punya. Jiwa aku sedang sedih ketika itu maka lagu sedih aku persembahkan (drama sungguh)...kekeke

Kemudian kami singgah di restoren mee udang Sungai Selangor. Boleh tahan la mee udangnya. Di sini kami lepak lama sikit. Dan terkeluar citer sedara Kwon Sang Woo. Alkisah bermula, eh bab apa ek kita sembang? Oh G'Ja tanya Ryan dah tengok filem sedih Korea judul Sad Story Than Sadness ?


Belah siang baru tangkap gambo bot fiber. Begini la rupa bot nye


Sekali dia pon cakap, Kwon Sang Woo adalah generasi bawah bapak dia sebab surname "Kwon" ni tak banyak kat Korea. Jadi hubungan salasilah keluarga tu dekat sikit. Bayangkan kaum kerabat "Kim" generasi ke berapa juta gak nye ek.

Pok pek pok pek gossip pasal Kwon Sang Woo...keke. Ryan cakap populariti KSW agak merundum pas dia kawin. Adakah sebab dah berkahwin? Sebabnya mungkin sebab dia menipu pasal hamil sebelum nikah. Ambe pon tak paham si KSW ni yang buat ambe pon bengang jugak kat dia. Dah sah-sah ko nak kawin, cakap je la yang beneran. Wartawan dah speku pregnant sebab nak kawin tapi dia menafikan. Yang tak larat, beriya-iya nafi nih. Sekali pas kawin dapat tahu dah hamil dah bape bulan tah sebab perut dah memboyot. Aigoo. Bukan ko sorang je selebreti Korea yang hamil sebelum nikah la. Aigoo lagik. (Tetiba penulis yang hangin :P)

Lantas ambe pun bertanya pada Ryan soklan cepumas,

"Did he marry the girl becos of the pregnancy or becos he loves her?"

"Yes, he loves her"

"Oooo"

(Chentar jugak kat pompuan tu yek)


Sungai Selangor yang menjadi saksi kembara kelip-kelip kami. Sepanjang sungai ini kami belayar. Separuh jalan patah balik. Kelip-kelip tu dia dok di celahan pokok-pokok tepi sungai itu

Alang-alang naik bot, kami pon feeling-feeling naik bot di Macau seperti F3 dan Jandi ini. Kembara Kkotboda Namja di beri nama sebab banyak persamaan dengan Boys Over Flowers. Kekeke

Adakah akan bersambung?

Ya, sebab ada cite lagi dari Ryan mengenai warga lelaki Korea yang tidak boleh kawin dengan perempuan yang jawatan tinggi dari lelaki. Ada satu kes terbaru dalam tentera laki bini kena penjara sebab pangkat bini lebih tinggi dari suami.

Nantikan sambungan yang entah bila

Letih juga sebenarnya tulis ala-ala novel ni kan hahaha. Tabik spring la pada penulis-penulis novel di luar sana.

Daaa...annyeong

No comments: