Friday, July 31, 2009

Filem : A Sadder Story Than Sadness (2009)



Synopsis
Radio producer K (Kwon Sang Woo) was abandoned by his family. Lyricist Cream (Lee Bo Young) lost her family to a car accident in a split second. These two people continue their lives filling in each other's longings like family, friends and lovers. But K has less than 200 days to live. When he's gone he knows she'll be all alone. K decides to find someone who can be with her for the rest of her life. Joo-hwan (Lee Bum Soo) is a dentist, a kind and gentle soul. But most importantly, a healthy human being, someone who can be by her side. Joo-hwan falls in love with her the moment he sees her. (Credit Hancinema )

*********************************************

Citer ni alkisahnya dikatakan sangat sangat sedih dari kesedihan yang ada atas muka bumi ni. Apa la yang sedih sangat tu ek. Disebabkan nak tahu, maka saya pon menonton citer ni. Tapi faktor utama mendorong menonton citer ini ialah kerna OST nya berjudul "No One Else" nyanyian Lee Seung Chul yang telah digunakan pakai dalam drama East of Eden terlebih dahulu yang mana bertujuan untuk mempromosi filem ini. Bukan 1 lagu tatapi 2 lagu filem ni diguna pakai dalam drama East of Eden.

Bila dah tengok filem ni baru tahu kenapa OST ini diberi pinjam dalam drama East of Eden. Sebab muncul nya lagu tersebut di akhir filem saja. Penat hamba menunggu. Kerana Lee Seung Chul hamba tunggu jugak. I wait u poreber Lee Seung Chul. Jika lagu ni diperap saja dalam filem ini, adalah menjadi kerugian sangat sebab lagu ini teramat besttttt. Lagu ini berjaya memintas lagu lain di dalam carta OST lagu jiwang pilihan waiem sepanjang zaman, untuk berada di tangga pertama. Tidak ku sangka-sangka hehe

Citer mengisahkan seorang pemuda yang akan mati tidak lama lagi. Beliau ada minat satu pompuan ni tetapi beliau tidak terluah untuk melafazkan "sarangheyo" pada kekasih hati nya kerana beliau tidak lama berhidup. Kemudian beliau berusaha menyatukan kekasih hati nya dengan lelaki lain walaupun hatinya pedih bagai ditusuk peluru seperti Baek Ji Young itu (dalam sedih megi tetap tak tinggal keke). Boleh la agak nape citer sedih ni sedih bebeno ya Cik Peah.


Kisah bermula di studio rakaman. Seorang artis rakaman sedang merakam kan lagu. Sekali lagu yang nak dirakamkan itu tidak memenuhi piawai lagu-lagu meletop sebab lirik nya kureng


Kemdian pengurus artis mencelah, "Ahhh gasak la, pedulik apa lirik bagus ke tak bagus. That is show biz"


Sekali...jengjengjeng, artis rakaman ni pon komplen,

"Singing about a girl to come to me at my age? Isn't it childish?"

Ni mesti lagu jiwang karat ala lagu Spoon, Scoin, Spin ni hahaha "Rinduuuu, rindu, serindu serindu nyaaaa, namun engkau yang tak mengertiii..wohooo"

Memperkenalkan, penyanyi OST sebenar turut berlakon tempelan dalam citer ni. Lee Seung Chul in de haus


Kemudian mereka teruskan pencarian lagu yang best dengan lirik yang mantap. Sekali tu jumpa la satu lagu lama berjudul "No One Else like Thee by Cream". Bila dengar lagu tu mereka nak jumpa penulis lirik bernama Cream ni.

Menurut kawan manager tu, penulis lirik itu sudah mati. Maka beranjak la kita ke zaman flash back


Pada zaman dahulu ada 2 orang kawan baik. K dan Cream. K yang lelaki. Nama dia bukan Kalid tapi Kang. Mereka berkawan sejak sekolah lagi dan bila di alam pekerjaan mereka tinggal serumah untuk jimat kos. Masing-masing anak yatim piatu. Mereka saling jaga menjaga antara satu sama lain. Dan lelaki itu bagaimana pun kuch kuch hota hei sama perempuan itu tapi perasaan itu hanya dipendamkan saja sebab dia sedang bertarung nyawa dan bakal mati tak lama lagi. Tiada guna dia beromantika di amor jika hayatnya tidak panjang


Satu hari beliau pingsan. Tatapi Cream tak tahu K sedang sakit tenat sebab K pandai cover line


Dipendekkan citer, K dapat tahu yang Cream minat dengan sorang dokter gigi ni. Malangnya dokter gigi ini telah bertunang. K yang akan mati ingin menyumbangkan satu jasa kepada kawan baik nya Cream sebelum dia mati. Maka K berjumpa lah dengan tunang dokter gigi tu dan buat permintaan sempena dia nak mati (siap tunjuk surat dokter) suruh mereka putus tunang


Pertunangan berjaya diputuskan. Dan tiba la hari bahagia Cream akan berkahwin dengan dokter gigi itu. Ni masa try test baju pengantin.


Lepas try baju pengantin, K pon lari membawa diri sebab dia terlalu sedih. Lari punya lari sambil menanges sampai tengah jalan raya. Wanita idaman nya akan berkahwin dengan lelaki lain. Tapi dia juga yang suruh Cream kawin.* lagu bek ground -kerna terpaksa aku rela kau pergiii - Franceska Peter*

Rasanya watak sedih ni memang khas untuk beliau hehe


Tiba la hari kawin Cream dan dokter gigi itu di mana K bertindak sebagai Oppa yang menghantar adik nya kawin sebab pompuan tu tiada punya bapa.

Bagaimana kah kesudahan nya? Dapatkah Lee Seung Chul bertemu dengan penulis lirik, Cream itu? Bagaimana perasaan Cream bila dapat tahu K akan mati? Sama-sama lah anda saksikan. Ada sedikit twist di akhir jalan citer

Dengarkan OST feveret ambe ini

No One Else by Lee Seung Chul

dan juga

A Sad Story Than Sadness by Kim Bum Soo

Tak de lah sedih mana citer ni. Cuma yang paling sedih lagu No One Else keluar di akhir citer. Penat tunggu. Sob sob :P

2 comments:

Anonymous said...

Pandai awak becerite. I like ur recap. Mmg best and funny. Tp sy x sempat tgk ending nya. Please tell me what happened to them at the end..

waiem said...

Saya pon dah tak ingat apa terjadi pada mereka. Sori ye..