Wednesday, August 26, 2009

5 Ramadhan


Salam 5 Ramadhan

Semalam balik rumah, parking kereta. Sedang jalan menuju ke tangga bersama teman serumah,

"Eh rumah atas kita tak de orang?"

Ambe tengok atas, gelap gulita. Umah ambe tingat 2, umah atas otomatik la tingkat 3.

"Dorang seme tido awal kot"

"Tido apa baru kol 11"

"Posa-posa ni penat kot"

"Tapi aku salu dengar bunyik dari atas"

"Tengok umah depan tu pon dah gelap jugak. Tido awal seme tu"

Tapi ambe memang dah lama tak nampak jiran atas tu. Keluarga India. Dulu ada gak nampak pakcik India tu dengan anak dia. Banyak la posa. Jawapan buat sedap ati yang berani-berani takut jika betul umah atas tu kosong hehehe

Bukan apartment sebenar

Hadirin yang dimuliakan,

Nabi Muhammad SAW ada bersabda,

"Apabila meninggal dunia seorang anak adam (manusia), maka terputuslah segala amalannya kecuali menerusi 3 perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkaan dan anak soleh yang mendoakan kesejahteraannya"

Ambe nak tekan kan mengenai "ilmu yang dimanfaatkan" Manfaatkan lah segala ilmu baik yang kita ada mudahan dapat membantu kita di sana kelak. "Sharing is caring" bak kata orang. Jangan kedukut ilmu sebab nanti anda juga yang rugi.

Bayangkan jika satu ilmu baik yang kita ajarkan atau sampaikan pada orang, kemudian orang itu sampaikan pulak kat orang lain dan amalkan, kemudian orang lain tu pulak sampaikan kat kawan-kawan dan jiran-jiran, bayangkan berapa pahala yang akan perolehi. Insya Allah. Sentiasa la ringan tangan membantu orang ya.

Sempena dengan Ramadhan yang mulia ini, mari la kita bersama-sama berkongsi ilmu yang ada dan jangan malas mahu menuntut ilmu.

Buat adik-adik yang masih bersekolah tu, jangan la suka ponteng-ponteng sekolah. Habiskan menuntut ilmu. Cari ilmu sebanyak yang mungkin. Bersama kita menjadi umat yang gemilang, cemerlang dan terbilang dengan ilmu pengetahuan. Amin.

Photobucket
Gambar hiasan.
Bakal pelajar skolah.
Moga tak rajin ponteng skola kelak. Arasso?

No comments: