Tuesday, August 25, 2009

4 Ramadhan


Salam 4 Ramadhan. Selamat meneruskan berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sedikit apdet. Bulan puasa ini nak habiskan baca buku-buku yang telah dibeli dan ada yang dibagi hadiah pada ambe. Jadi mungkin tiada ribiu drama buat masa ni. Mungkin saja. Kang tiba-tiba aku kata tak de, tup tup ilham datang terus ribiu. Kita tidak dapat menduga bila ilham akan datang...cecece hehe

Antara buku kena habiskan baca plus tengah Ketika Cinta Bertasbih 2. Saya mahu bercakap sikit mengenai buku "Jangan Bersedih" itu sebab ada sorang sahabat kita sedang bersedih nun di sana. Tak baca lagi buku ni tapi ambe amek tajuk isi kandungan dia saja. Ada 108 tajuk tapi ambe pilih 10 je la yang sesuai dengan tema

1. Merenunglah dan bersyukur lah

2. Jadikan kritikan tajam sebagai penghormatan

3. Sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan

4. Ambillah hikmah dari setiap kejadian

5. Lapangkan lah dada anda dengan ber'uzlah

6.Mengingat Allah akan mententeramkan

7. Jangan bersedih, kerana boleh jadi cobaan adalah anugerah

8. Anda lebih beruntung dari yang lain

9. Jangan bersedih kerana rahmat Allah melimpah

10.Tersenyumlah

Kepada Shee adek manes, aja aja fighting ;)

Dan kepada rakan-rakan yang lain mari la kita bersenyum selalu.

Semalam belek-belek proposal dari Korea mengenai alat keselamatan kebakaran dan tergelak sorang-sorang


The Mask


Amboi amboi amboi Kak Hood, diam-diam ada produk kat Korea ye kekeke. Escape Smoke Hood, Life Keeper




Ni haa bendalah dia. Kalau kita terperangkap dalam kebakaran pakai topeng ni jadi tak sesak napas


Gaya pemakaian. Seperti ini sambil lari keluar bangunan

Ambe pon sedih jugak niari sebab kehilangan sorang lagi pemain Waiem's Dream Team of Seoul FC. Pemain penyerang telah mengucapkan selamat jalan romeo



Tatau nak sedih ke nak gelak tengok pesen rambut. Macam Pekan plak aku tengok (Bat Latip dlm Batu Belah Batu Bertangkup)
Bye-bye Lee Dong Wook.

No comments: