Sunday, August 10, 2008

Filem : Cherry Tomato (2008)



Synopsis :

"Cherry Tomato" depicts the poverty-stricken life of an old man and his granddaughter in a realistic way that evokes a strong sense of sympathy. But the ultimate emotion the film triggers is, for better or worse, helplessness.

The debut feature by former television producer Chung Young-bae wastes no time highlighting the key theme: poverty. Park-gu (played by veteran actor Shin Gu) is barely scraping by with his granddaughter Da-seong (Kim Hyang-ki), and their life is unbearably miserable.

Living in a shabby, rented single room, they do not have enough money to feed themselves. Park-gu works as a porter for a shopping mall in Seoul but he soon finds himself kicked out of the place. In his 70s, Park-gu tries to survive by collecting papers and recyclable material on the street, but the money he earns is always too small to buy a decent meal.

His granddaughter, 6, seems mature for her age, possibly due to her trouble-laden life. After her mother left away years ago and her father was put behind bars, she has been raised by her foul-mouthed grandfather.

Starring : Kim Hyang-ki, Shin Gu

kawasan seting garden

Dah lama tak menonton k-movie. Tak sempat nak layan k-movie sebab kemaruk dengan k-drama hehehe. Citer ni saya berminat sangat mau menonton kerana ada pelakon kanak-kanak berbakat ini, Kim Hyang Gi (Bad Love, Bad Couple). Muka dia pon ada iras tomato sket hehehe
Saya menjangkakan citer ini akan melelehkan saya tapi malang sekali tidak berjaya. Kesedihan itu telah dihalang oleh beberapa faktor yang tidak lojik dalam pilem ni. Maka nya tidak jadi sedih hehehe. 



Citer ini mengisahkan seorang cucu dan datuk (Mr. Lee dlm Thank You) yang hidup dalam kemiskinan. Satu hari rumah setinggan mereka dirobohkan oleh pihak pemaju / pihak berkuasa yang menuntut tanah di kawasan setinggan itu. Penduduk-penduduk di situ tidak dapat menghalang tempat tinggal mereka dibinasakan kerana al-maklum orang miskin lawan orang kaya mesti orang kaya lah yang menang sebab mereka banyak duit dan ada kuasa super power root.



Kemudian datuk dan cucu itu pergi ke rumah ketua yang telah membinasakan rumah mereka kerna mau menuntut gantu rugi. Malang sekali tuan rumah tiada dirumah dan datuk dan cucu ceroboh masuk ke rumah ketua itu dan buat seperti rumah sendiri. Bab ni yang saya rasa macam tak kena. Tatau la orang Korea ni tak suka kunci rumah ke hapa. Orang asing boleh sesuka hati masuk. Kalau pintu pagar tak berkunci boleh dimaapkan. Ini pintu rumah pon tak berkunci. Al-veri tak paham. Atau di Korea tak de kes pecah rumah maka mereka bebas untuk mengunci rumah atau tidak.

Kemudian datuk dan cucu itu melantak makanan yang ada di dalam rumah itu sebab mereka sudah beberapa hari tidak makan. Lepas makan mereka mandi dan tumpang tidur di rumah itu. Cucu itu saja yang tidur manakala datuk pergi mencari kerja.

Datuk cakap kat cucu nya, "Kau tidur di sini datuk nak keluar sat. Datuk akan bunyikan loceng pintu pagar 2 kali. Nanti kau bukak pintu tau"

Cucu pula berkata "Haraboji (datuk) jangan tak balik, saya takut tinggal sorang. Nanti ada ju-on datang"


Keesokkan pagi nya datuk pulang ke rumah dan membawa semangkuk daging yang lazat dan diberikan pada cucunya supaya cucu nya itu bertenaga dan sihat dengan memakan daging itu.

"Haraboji, an mogo?" kata cucu. Terjemahan datuk tak makan sama?

"Tak pe kamu makan la. Datuk dah makan tadi. Nah makan lagi. Banyak lagi ni daging"
kata atuk itu

Kemudian mereka pulang ke kawasan setinggan mereka tanpa diketahui pencerobohan mereka oleh tuan rumah itu. Kebetulan ketua rumah itu pergi bercuti. Mereka pon tak mau dok lama2 kat rumah mewah itu lantas pulang semula ke kawasan setinggan mereka.


Kesesokkan hari nya cucu itu sakit demam dan mengidam nak makan daging dari rumah orang kaya itu lagi. Datuk pon pergi rampok daging itu di rumah orang kaya itu. Kesakitan cucu semakin parah waima selepas makan daging berkhasiat itu.

Alkisah daging itu adalah daging yang diberi kepada anjing kepunyaan orang kaya itu. Memang daging itu adalah daging segar yang dibeli khas oleh orang kaya itu. Tetapi daging itu telah dibubuh 'sesuatu' oleh pembantu rumah orang kaya itu. Sebab pembantu rumah itu hangin dengan anjing itu kerana anjing itu diberi layanan 1st class oleh tuan rumah itu berbanding layanan kepada pembantu rumah itu. Daging yang mengandungi *ehemm* itu pula telah diberi makan pada cucu oleh atuk itu sehingga menyebabkan cucu itu jatuh sakit dan membawa maut.

Apakah 'sesuatu ehemm' itu? Anda saksikan sendiri. Hehehe

No comments: