Monday, August 11, 2008

JJCM : Tasik Idaman


Kita ke segmen Jalan Jalan Cari Mambang...eh Cari Makanan :P

Pernahkah anda menjamu selera di Tasik Idaman? Baru-baru ini saya telah menjamu selera di Tasik Idaman ini. Makanan dia agak enak jugak. Pelbagai jenis makanan halal boleh didapati di sini. Sekiranya anda mahu merasai sesuatu yang enak, sila la berkunjung ke sini.

Sila layari blog Tasik Idaman untuk maklumat lanjut

Tempat makan ini agak happenning. Suasana nya sungguh meriah. Lokasi nya jauh ke dalam. Panorama nya menarik pada saya di malam itu la. Tatau la ropanya kalau datang di siang hari. Jangan penuh dengan sampah sarap sudah.

Tips untuk berkunjung ke sini, anda datang la pada weekdays. Jika datang weekends, merasalah tunggu makanan selama 1 jam lebih kurang. Ini terjadi kerana orang begitu ramai kerna tempat nya begitu besar. Mungkin chef juga kelam kelibut memasak di dapur. Al-maklum yang datang bukan oder 2-3 pinggan tetapi 10-15 pinggan (termasuk pinggan makan nasik) atau lebih bergantung pada ahli rombongan che kiah yang hadir. Masa we ols datang aritu ada 2 bas sekolah yang juga menjamu selera di sini. Geng bas sekolah. Bayangkan berapa ramai umat yang ada. Tu baru geng bas sekolah. Belom lagi termasuk ibu bapa, nenek, tok wan, abang-abang, kakak-kakak dan ahdek-ahdek yang turut menjamu selera di sana.

Tips kedua, sila makan di tempat yang cerah sikit sebab memang haram tak nampak ropa makanan jika anda makan di tempat yang suam-suam cerah. Kita hanya dapat menggunakan deria rasa saja untuk menyatakan kesedapan sebab tidak dapat melihat wajah makanan-makanan itu. Ini merupakan satu kekurangan yang ada bila anda makan di tempat yang kurang lampu kerana deria penglihatan kita tidak dapat melihat akan keenakan masakan itu.

Pilih ikan yang diminati


Kemudian udang


Kemudian sotong


Ini juga

Ditepi tasik ada kapal titanic


Teka apa?

Itu saja gambar yang dapat di snap menggunakan kemra enpon cap dugung. Kemra cap Sony saya bateri kong pulak jadi tiada gambar makanan yang lazat-lazat itu.


Sambil makan anda akan dihiburkan dengan lagu-lagu karaoke. Juga boleh request lagu. Cara nya dengan menghantar sms pada DJ yang bertugas. Nanti nombor DJ itu dia akan beritahu. Hahaha. Caya lahh...

Antara perkara berbangkit yang mendatangkan ketidak-selesaan di hati :

1. Tempat letak kereta yang kurang selesa

2. DJ bertugas kerap kali menyuruh orang tepuk tangan. Aiyoh Incik DJ ingat kita ada 8 tangan ka? Mana nak makan guna tangan, mana nak tepok tangan lagi. Saya sajes rakam kan bunyi tepok tangan kemudian bila DJ suruh tepok tangan sila on kan bunyi rakaman tepok tangan itu huhu. Tujuan utama kita datang ke Tasik Idaman bukan untuk dengar lagu ye tapi mau makan. Kalau ada yang nak nyanyi, nyanyi saja la. We ols dengar.

3. Makanan lambat tidak mengapa, saya faham orang ramai. Yang tak paham poin 2 di atas huhu

Sekian ribiu Tasik Idaman. Saya berharap kualiti dan kesedapan makanan di Tasik Idaman dikekalkan sampai bila-bila. Saya akan kemari lagi. Entah next change ka, entah coming soon ka ;P

Customer always very de right..hiks

Dan customer ini sedang membuat promo percuma

No comments: