Ok hari ni kita ke segmen al-kuliyah bersempena dengan hari ulangtahun keputerian tuan empunya blog tidak lama lagi hehehe
Sedikit info dan ilmu untuk dikongsi bersama. Rasa sayang plak kalu tak dapat nak kongsi dengan u all seme. Info dan ilmu ni ramai orang dah sedia maklum dan dah tahu cuma kalu dapat kita nak memperbaiki apa yang terkurang, apa yang tidak berapa betol dari semasa ke semasa supaya solat kita benar-benar sempurna. Kadang-kadang kita solat nak cepat dan bacaan dalam solat kita pon jadi ekspress rakyat sehingga melanggar 'makhraj' dan hukum panjang pendek dalam sesuatu bacaan. Bila makhraj atau sebutan tidak tepat, ianya boleh mengubah makna ayat ya tuan-tuan dan pepuan sekalian. Bila makna ayat berubah maka tidak sah la solat kita sebab ianya termasuk di dalam cirri-ciri kesalahan yang nyata. Melakukan kesalahan nyata hukumnya adalah haram dan berdosa jika disengajakan atau tidak. Sat lagi kita gali apa dia kesalahan-kesalahan nyata dan tidak nyata itu yach.
Minggu lepas saya menghadiri bengkel bacaan-bacaan wajib dalam solat yang dianjuran oleh Ustaz tempat we all ngaji. Seramai lebih kurang 60 orang student Ustaz menghadiri yg terdiri dari kaum wanita. Ustaz buat separate lelaki dan pompuan. Bengkel macam ni Ustaz akan buat bila time cuti sekolah. Jadi tak selalu la ada. Kalau u all ada kesempatan pergi ke bengkel atau kursus mcm ni jangan lepaskan peluang ya.
Lepas selesai bengkel, terasa betapa banyak nya kesilapan yang telah dibuat dalam solat selama ini. Selama ni ingat baca mcm dah betul. Kalau dapat nnti u all perdengarkan bacaan rukun solat u all kat Ustaz u all. Nanti Ustaz akan betulkan. Jangan malu atau segan yach. Mana yang tak tahu tu sesame kita belajar. Masa dalam bengkel sorang-sorang kena baca bacaan Tahhiyat peh tu Ustaz betulkan mana yang salah. Seram sejuk gak bila nak tiba turn kena baca...hehehe
Apa yang saya tulis ni seme tertera di dalam buku kertas yang Ustaz bagi. Bukan cheq sesuka hati tulis ikut mahzab sendiri yach. Ada sket nota yang saya tulis waktu Ustaz explain saya include kan sekali untuk lebih faham. Nanti tangan cheq kena katok kang kalu bagi info sesat.
Are u readiiiiii? Hehe Oh ya panduan ni khas untuk para perempuan, wanita, gadis, cewek, aweks, minah, mbak, ibuk dan yang sewaktu dengan nya. Pada para bapak yang baca boleh la di sampaikan pada mereka yang berkaitan.
Bacaan yang menjadi rukun solat
1) Takbiratul-Ihram
2) Surah Al-Fatihah
3) Bacaan Tahhiyat Akhir
4) Bacaan Selawat pada Tahhiyat Akhir
5) Salam yang pertama
Ada 5 kesemua nya. Ni rukun tang bacaan sahaja tau. B-A-C-A-A-N. Jadi kena betul dan tepat bacaan nya. Tiada yang lain selain betul dan tepat belaka.
Syarat bacaan dalam solat
1) Disyaratkan membaca Al-Quran dalam bahasa Arab sepertimana ianya diturunkan ke atas Rasulullah SAW
1) Disyaratkan membaca Al-Quran dalam bahasa Arab sepertimana ianya diturunkan ke atas Rasulullah SAW
(Bagaimana kita mahu diction dan pronounciation dalam Bahse Inggeris harus betul, begitu juga diction dan pronounciation dalam bahse Arab juga harus betul dan tepat ye)
2) Disyaratkan juga membaca bacaan-bacaan dalam sembahyang dalam bahasa Arab. Tidak boleh membaca terjemahan Surah Al-Fatihah sebagai ganti bacaan.
(Maksud di sini tidak boleh baca dalam tulisan Rumi. Sebab bila kita baca terjemahan 'makhraj' dan 'mad' dia akan lari. Oleh itu kita dituntut supaya belajar bahse Jawi dan Arab jika tidak tahu)
3) Bacaan hendaklah sekurang-kurangnya boleh didengari oleh telinga pengucap itu sendiri.
(Ok yang ni. Gi mana anda membaca bacaan dalam solat? Biasa orang pompuan baca slow seolah berbisik kan? Bacaan berbisik TIDAK BOLEH ya puan-puan sebab makhraj seme akan menjadi 'ha'. Kemdian baca dalam hati TIDAK SAH solat ya. Bacaan harus kita dapat dengar kat telinga kita. Cth kalau kita solat jemaah baca kuat akan ganggu makmum sebelah, Ustaz bilang lebih kurang terlupa plak...ada orang boleh tahan bunyi tv atau radio, apa sangat kalu member sebelah baca kuat kejap...member sebelah pun agak-agak la kuat nya...cukup sekadar dengar di telinga...waullahualam...)
Peringatan!!! (ada gak dalam buku siap ngn tanda seruan)
1) Kesalahan bacaan dalam sembahyang boleh menyebabkan sembahyang seseorang itu terbatal
(Ok yang ni, bacaan sunat kalau salah, BATAL solat. Jadi makanya bacaan yang sunat nak kena perbetolkan jugak, kalu tak tak payah baca sebab sunat)
2) Bacaan wajib hendaklah diutamakan terlebih dahulu (utamakan yang 5 rukun di atas dulu)
3) Wajib mempelajari bacaan-bacaan dalam solat dengan seberapa segera (jangan ditangguhkan)
4) Jika terbatal solat imam, maka solat makmum juga terbatal
5) Pemilihan Imam – hendaklah mengutamakan mereka yang betul bacaan nya
6) Berdosa bagi seseorang yang menjadikan dirinya sebagai imam jika terdapat orang yang lebih baik (lebih betul) bacaan daripadanya
7) Haram mengikut imam yang diketahui telah mencacatkan syarat sah dan rukun sembahyang (kalau tahu terus niat keluar berjemaah)
8) Tidak sah mengikut imam yang salah bacaan solat dengan sengaja
a) Sedar kesalahan yang dilakukan tetapi tidak membetulkannya
b) Tidak membaiki bacaan setelah ditegur oleh mereka yang Arif.
Ciri-ciri kesalahan nyata (kesalahan besar)
- kesalahan yang berlaku pada sebutan huruf & tanda bacaan sama ada membawa kepada perubahan makna atau tidak
- kesalahan ini dihukumkan haram dan berdosa jika disengajakan ataupun tidak
- ada 7 kesalahan semuanya
1) Kesalahan pada huruf
a) Tertukar sebutan sesuatu huruf kepada huruf-huruf yang lain (boleh mengubah makna)
b) Tertukar sebutan huruf hijaiyyah kepada yang bukan hijaiyyah
2) Kesalahan pada baris
a) Tertukar sesuatu bacaan baris kepada baris yang lain
3) Kesalahan pada tanda Sukun (tanda mati)
a) Membariskan huruf yang sukun (mati)
b) Mematikan bacaan huruf yang berbaris
4) Kesalahan pada bacaan Mad (asli)
a) Menghilangkan bacaan Mad asli
b) Memanjangkan bacaan yang bukan bacaan Mad
5) Kesalahan dalam bacaan Tasydid (Sabdu)
a) Meninggalkan bacaan tasydid pada bacaan yang bertasydid
b) Mentasydidkan bacaan yang tidak bertasydid
6) Mengurangkan atau menembahkan bacaan huruf
a) Mengurangkan bacaan sesuatu huruf pada perkataan
b) Mengurangkan bacaan huruf pada satu-satu ayat
7) Kesalahan dalam riwayat (tiada dalam riwayat)
Wajib membaca Al-Quran dengan salah satu daripada riwayat yang mutawattir. Jika bacaan tiada dalam riwayat maka bacaan sebagai Al-Quran tertolak

Ciri-ciri kesalahan tidak nyata (kesalahan kecil)
- kesalahan tidak melibatkan sebutan huruf dan tanda bacaan tetapi hanya melibatkan kesempurnaan bacaan Al-Quran dan tidak menyebabkan berlakunya perubahan makna
- kesalahan ini tidak dihukumkan haram tetapi dihukumkan makruh sahaja namun begitu kesalahan ini boleh menjadi haram jika dilakukan dengan sengaja dengan meremehkannya sedangkan dia tahu akan bacaan yang betul
1) Tidak menyempurnakan bacaan dengung dengan kadar yang ditetapkan ulama tajwid
2) Tidak menyempurnakan bacaan mad far’ie mengikut kadar yang telah ditetapkan ulama tajwid
3) Tidak menyempurnakan bunyi sebutan baris
- Baris di atas (bunyi seperti imalah Kubra atau Sugra, bunyi bacaan tafhim pada huruf yang bukan tafhim)
- Baris di bawah (bunyi seperti bacaan Imalah Kubra)
- Baris dihadapan (hendaklah disempurnakan dengan memuncungkan atau membulatkan mulut, sebutan baris dhommah berbunyi 'O' terutama pada perkataan Tum dan Kum
4) Tidak menyempurnakan bacaan Tarqiq (nipis) dan Tafhim (tebal)
- bacaan pada Lam Lafzul Jalalah (yang ni huruf 'Lam' pada perkataan Allah nak baca nipis atau tebal)
- bacaan pada huruf Ro
5) Mencampur adukkan riwayat dalam satu ayat atau surah
- Makruh mencampurkan berbagai-bagai wajah bacaan walaupun dalam riwayat yang sama (Contoh : Mad Arid Lissukun ada 2, 4 dan 6 harakat. Kena pilih satu. Kalau baca 2 harakat dari awal ayat kena sama sampai akhir ayat. Tak boleh sukati campur kejab 2 harakat, kejab 4, kejab 6 harakat)
- Makruh mencampurkan bacaan berbagai riwayat dalam satu-satu bacaan
- Bahkan lebih makruh mencampurkan bacaan berbagai riwayat dalam satu ayat.
Di sini saya bagi satu contoh yang kesalahan bacaan kerap berlaku dalam bacaan tahhiyat akhir ayat kedua
Yang warna kuning tu dibaca pendek sebab tak de bacaan mad kat situ. Cuba u all baca. Kena baca dengan pantas. Terpanjang 2 harakat pon tak boleh.
Sekian saja yang dapat dikongsi bersama. Kalau u all ada masa terluang, cuba baca dan semak balik tiap bacaan rukun dalam solat. Yang tak de mad atau tak de bacaan panjang betul tak kita baca pendek. Bacaan yang sunat pon cek balik betol tak harakat dan makhraj yang kita baca. Smoga kita sesame perbaiki bacaan solat kita yek. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt jua. Waulahualam.
No comments:
Post a Comment