Wednesday, June 06, 2007

Filem : Waris Jari Hantu (2007)



Synopsis

Tok Wan Rimau, the custodian of the spiritual tiger, is searching for a female heir to inherit her powers. Tina (Maya Karin) and Ari (Rusdi Ramli) are the relatives of Tok Wan. They are also best friends. Tok Wan's spiritual tiger protects her family and their village from harm. Tina, who is in love with Ari, nurtures her secret dream of marrying him even though the villagers often ridicule the effeminate Ari as a sissy. Deeply traumatised by these insults, Ari continues to hide behind his close relationship with Tina. Despite parental objections, Tina seems destined to be the next in line as custodian of the mystical tiger. But Ari steps in, offering himself instead... (Source: Pesona Pictures)

Cast : Azean Irdawaty, Rusdi Ramli, Maya Karin, Nanu Badaruddin, Riezman Kuzaini, Liza Othman

Director : Shuhaimi Baba

Website :
http://www.warisjarihantu.com/


pukul berapa tok harimau?? pukul 6 setengahhh...


Citer ni best u all pi la tengok. Nampak kesungguhan dalam pembikinan. OST pon best. Pendek kata best. Panjang kata beeessssttttttttttttttt…hehe

Aritu tertengok Wayang Kita di mana hos menanya kat Rusdi Ramli samting mcm ni soklan dia

"Macam mana nanti tayangan serentak dengan 3 pilem besar Hollywood di pawagam, macam mana saingan, nanti kutipan tak banyak...bla bla bla...?"

Saya juga mahu tolong menjawab


"Kalau kita tahu sesuatu produk tempatan itu bagus, pengarah bagus, pelakon bagus, kenapa tidak kita pergi menonton nya? Yang bagus elok la kita support. Yang penting pada saya ialah semangat patriotik yang ada dalam diri penonton mahu mendahulukan produk tempatan. Malaysia dah nak masuk 50 tahun merdeka, jika semangat patriotik masih kurang dalam diri penonton, cheq tak tau la nak roghak gapo. Tiada masalah nak bersaing dengan sapa pon sebenarnya. Kita bersaing cara sihat. Ini asek la nak mengondem pilem tempatan saja. Kenapa negara seberang susah nak tembus produk-produk luar? Mungkin salah satu kerana semangat patriotik yang kuat ada dalam diri mereka walaupun negara terkenal dengan kemiskinan, korupsi, depressi, stressi (mcm salu dalam drama mereka stres tak abis²...mcm mana tak stres asek dengan 'rencana' aje...tiap citer kalu tak de 'rencana' tak sah...)

Stesen radio pon satu gemar memilih lagu dari luar. Sorang artis promot 1-2 lagu cukup la. Ni sampai satu band luar 4-5 lagu putar. Asal orang tanya kata pendengar yang mintak. Eh ello kalu ko tak pasang tak promot, pendengar tak tahu dan takkan mintak lagu. Di sini juga kita ada masalah patriotisma yang tidak kuat dalam diri kita yek sebenarnya. Tak rasa sedih ke? So sempena kemerdekaan yang 50 ni insap-insap la. Kalu tak sampai 100 tahun merdeka pon tak de memberi apa-apa makna dalam diri kita jika asek membelakangkan produk tempatan."

Sekian jawapan saya sampai terlencong ke stesen radio skali pegi nya...hehe

Citer ni mengisahkan Tok Wan yang nak cari pewaris saka harimau nya. Dia tak confirm lagi nak turunkan kat ahli keluarga yang mana satu tapi syaratnya mesti perempuan. Orang laki dia tak mau. So sapa kah yang layak mewarisi saka itu? Anda nonton la di pawagam.

Dalam citer ni menunjukkan saka yang dimiliki oleh sorang nenek bukan menjadi rahsia sebab antara ahli keluarga dok bincang sapa yang sudi mewarisi saka rimau tersebut. Memasing takut nak warisi sebab banyak pantang kena jaga. Saka yang Tok Won miliki digunakan untuk mengubatkan orang sebab Tok Wan ni bomoh.

Beberapa perkara yang dinotis dalam pilem

2. Bibir Dang Suria kelihatan lebih tebal dari biasa. Pinjam bibir Tok Pah kah? ;p

3. Air mata Maya Karin kelihatan seperti di taja oleh Eyemo Sdn Bhd sebab pe tau bila dia nangis macam nak rak ayor mata berjujuran tapi mata putih dia tak merah. Biasa kalu kita nangis mata putih mesti sket merah kan? Contoh menangis terbaik masa Arina nangis pakai kebaya itam...hehe

4. Rupa Rusdi Ramli sangat buruk menjadi mak nyah

5. Panggilan 'Mat Kepit' kepada Ari oleh mamat-mamat tepi jalan rasa macam pelik lah. Rasa nya orang tak panggil 'mat kepit' tapi panggil cik pon atau mak nyah, ye tak?

6. Panggil nama Ari terus terbayang Ari Wibowo hahaha

Lakonan seme mantap waima Joanna Bessy pon best.

Dialog paling haru dari Ari yang bertukar jadi Arina bila dia kata lebih kurang cam ni 'jadi lelaki salah, jadi pompuan salah' bila famili tak dapat nak terima Ari menjadi Arina. Ari khunsa sebenarnya. Masa adegan ni saya turut menitiskan ayor mata ori secara perlahan...;p kehkehkeh
*style gelak Tok Wan rimau*

Shabas kat Shuhaimi Baba

No comments: