Synopsis
The King and a Clown breaks the mold of an event film like Taegukgi or JSA - Joint Security Area with its lack of star casting, its period setting, its focus on the traditional arts, and an explicit gay subtext. The story of the film focuses on a pair of clowns who perform comic plays, songs, and acrobatic tricks for aristocrats and commoners during the Joseon Dynasty.
Two clowns living in the Chosun Dynasty get arrested for staging a play that satirizes the king. They are dragged to the palace and threatened with execution, but are given a chance to save their lives if they can make the king laugh
betol la dia ni cam pompuan hehe
Owh ini citer mengambil tema homoseksual sebagai jalan citernya. Aku beli citer ni pasal mau tengok iteww hero feminin looking boy, Lee Joon Ki lepas tengok dia lam drama My Girl Dia diberi watak sebagai 'pompuan' lam ini citer.
Awal nya saya no idea citer ni pasal pe. Jumat lepas ada baca write-up pasal Lee Joon Ki lam paper The Star
"The 24-year-old shot to stardom in South Korea playing an effeminate clown and the apple of a despot’s eye in last year’s King And The Clown, the most-watched movie in Korean history"
Sambil lunch kat Summit usha² tempat jual dvd ternampak citer ni, maka saya pun membelinya.
Citer mengisahkan 2 orang badut lelaki aka pelawak jalanan yang bersahabat baik mencari rezeki dengan membadutkan dirik di zaman Dinasti Chosun. Yang sorang badut tu sejibik cam pompuan iaitu actor Lee Joon Ki. Satu hari lepas kat tempat yang mereka salu buat lawak kurang mendapat sambutan maka mereka pon berhijrah ke Seoul. Masa berhjrah depa jumpa dengan lagi 3 orang badut jalan lantas mereka bergabung menjadik satu tim badut yang happenning. Kemdian mereka ketandusan idea badut yg up-to-date. Kalu dah hari² lawak yg sama buhsan gak org yg tengok. Maka mereka dapat idea nak membadutkan citer pasal Raja depa. Kemdian kena tangkap dan dihukum sebat oleh pihak istana sebab melawak kan Raja.
Mereka minta pengampunan. Menteri kata akan diampun kalau berjaya buat persembahan lawak yang boleh bagi Raja gelak tek henggat. Kalau Raja tak gelak depa kena potong kepala zassss. Nak dijadikan citer Raja tergelak la ngn komedi badut depa. Kemdian di-offer oleh Raja tersebut jadik pelawak kat istana.
Dipendekkan citer Raja yang telah beristeri jatuh hati sama iteww badut feminin looking yang lagi cantek dari minik dia hehe. Dalam masa yang sama pakwe dia jeles. Kemdian pak we itu diseksa oleh Raja hingga buta mata. Kerana tidak tahan melihat sobat dia diseksa maka dia bertindak membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya tapi tak berjaya mati. Mungkin lom sampai ajal
Citer ni berjaya pecah rekod pilem Taegukgi dan juga menerima pencalonan terbanyak untuk pilem festival Korea tak lama lagi. Pencalonan dia lebih banyak dari pilem Typhoon. Wah wah. Seswatuh nye. Mungkin 'kelainan' jalan citer dia menarik minat orang nak tengok kot. Walaupun citer dia amek sipi-sipi je tema Brokeback Monten tapi tidak sampai saya tutup mata tengok certain-certain adegan cam citer Brokeback Monten iteww. Tutup mata sebab errr...tergeleman la...hehe
Tema citer ni pon ekceli bukan asing dalam kehidupan manusia. Memang ada berlaku. Tak boleh juga nak menyalahkan mereka atas apa yang terjadik. Kita yang tak mengalami nya memang senang cakap, kutuk, menghukum etc etc Perkara ni melibat batiniah. Perkara-perkara batin susah mau cakap. Hanya Allah saja yang mengetahui sebab Allah yang menjadikan mereka. Kita doakan je la mereka diberi petunjuk, taufik dan hidayah oleh Allah s.w.t. dan juga buat kita semua anda, anda, anda dan juga saya dijauhkan perkara² yang diluar tabii. Amin
Update 01/11/08 (ribiu Iljimae): Ni zaman beli dvd lagi ni sbb tak reti dload hehehe
No comments:
Post a Comment