Wednesday, May 31, 2006

KDrama : Wedding (2005)




Synopsis


Wedding begins with two young lovers tying the knot. However almost from the word go, things do not go smoothly for the newlyweds. Se-na (Jang Nara) is a music graduate from a rich family and works as a manager at a theater. She was introduced to diplomat Seung-woo (Ryu Shi Won)) and the two decide to marry because they are considered a good match.

As time goes by, however, they clash on virtually every issue because of their different backgrounds and life values. Seung-woo begins falling for his childhood sweetheart, Yun-soo (Myung Se Bin), who is far less reckless than Se-na. But as her husband drifts away from her, Se-na grows more attracted to him and begins to take steps towards reconciling their differences


Total episode : 18

Credit : DramaWiki


Tajuk drama ni pon wedding so citer dia pon mengenai perkahwinan sebelum dan selepas.

Beli citer ni aritu kat Manila. Haha mcm tak de benda lain nak beli kan. Murs murs bleh tahan rege dvd dia yeww. Yg ni dalam 580 peso = RM43. Ori yach. Yang pirate kat pasar malam 200 peso = RM15. Tu lom tawar lagik tu. Tapi kualiti tatau la kan murah² pon. Tapi kalu include duit flight, otel sama lebih kurang beli kat sini sajor hehe

Kemdian citer ni sedang tayang jugak kat tibi Pilipin alih bahse Tagalog. Kat Siam citer Korea alih bahse Siam, kat Indon aku agak pon alih bahse Indon (sbb citer Industan dia alih bahse Indon...sarok kan cakap Indon u hehe), kat Sengpore cakap Mandarin. Of kos la kan sbb majority ramai Chinese kat sana. Waima aku rasa pilem Hongkong pon alih bahse Mandarin kat tibi Sengpore, kalu tak silap pendengaran aku. Tapi kat Mesia nape tak alih bahse Melayu ek. Kata Bahasa Melayu bahasa resmi negara? Kalu nak guna sore aku untuk alih bahse citer Korea, mek volunteer pinjamkan suara. Harga boleh runding....muahahahaha (verangans)


Selepas menyaksikan Jang Nara blakon ala² selebet dan tomboy dalam My Love Patzzi dan Successful Story of Bright Girl, mek looking powed nak tengok dia blakon jadi wanita anggun ayu vogue giteww kan. Dan ini la citer nye. Dia begitu anggun dan comel skali.

Hero dia plak iteww Ryu Shi Won antara hero yg paling saya tidak disukai. Sebab pe tau tak suka tengok dia sebab pesen rambut dia hahaha. Sapa ada tengok citer Purity ke Propose ke musti tau pesen rambut dia cam ne. Potong stim muahahaha. Sebab pe tau kita kureng suka la lelaki rambut cam tu. Tapi kita beli gak citer ni sebab nak tengok Jang Nara nye pasal ngn lagi 2 orang plakon yg kita gemor jugak tengok dia blakon.

However dalam citer ni Ryu Shi Won sangat la cool dan soft spoken melayan kerenah bini dia yg kiyut miut itew. Dan saya lantas suka plak pada Ryu Shi Won ini kehkehkeh. Tu la bak kata omputeh don’t jugde a book its cover. Don judge Ryu Shi Won kerna rambut dia. Rambut dia tak bersalah u ols....mukakakakak.

Citer ni pasal hero yg mengambil keputusan untuk berkahwin ngn tak pedulik sapa pasangan. Hero ni ada childhood gelpren. Jiran sekampung dia. Tapi dia tak brani cakap sama itu pompuan yg dia suka sama itu pompuan. Sampai la bila itu pompuan kata mau kawin sama lelaki lain, hero sentap dan terus la dan dan nak kawin jugak mengobat hati nya yg cedera iteww.
Bila dah kawin bini hero lakonan Jang Nara makan hati la sebab hero asek tingat akan mak we lama dia walaupun hubungan mereka cuma seperti adik bradik taking care each other kunun. Tak de rasa cinta. Jenuh la hero explen kat bini dia yang dia tak de pape ngn mak we lama dia namun bini dia tak percaya. Yang mak we tu plak asek la tanya kabar, mintak tolong kat hero, masakkan tok hero dll selepas hero dah kawin sbb mereka mmg dah mcm adik bradik.

Worst kam to worst bini dia mintak cerai demi kebaikan bersama. Hero bagaimanapun sudah sayang sama bini dia dan tak sanggup untuk berpisah sama bini dia. Beremosi la tengok citer ni kan mcm mana seorang isteri mengalami tekanan perasaan bila dalam hati suami dia ada perempuan lain selain dari dia. Dalam hati ada cinta 2,3 dan 4 episod la ni huhuhu. Walaupun kat mulut si suami kata tak de pape dalam hati dia tak boleh melupakan mak we lama dia yg lemah lembut lagi yatim sebatang kara iteww.

Kemdian keluar la kata² ini dari emak hero sebab mak dia rasa cam ada tak kena ngn hubungan depa somi isteri

Getting married is to leave one’s parents
And be united with the other one
Two who forget their past met
And create the new future together

 
Moral of the stori bila dah kawin kena la lupakan perkara² yg lepas supaya tidak memudaratkan suami atau isteri selepas kawin. Setiap orang ada kisah cinta silam sebelum kawin. Yang dah lepas tu biar la lepas. Bina hidup yang baru. Tapi kalu nak carik penyakit jugak lantak deme la. Tak dapek den nak nolong eh hehe

plakon² sampingan...tet cop yg paling kiri...muahahaha :P

Kena tengok citer ni sebab buat pertama kali dalam drama² Korea aku tengok hero pi keje tak bawak kete hahaha. Dia lebih suka naik public transport dengan briefcasenya. Dan lagi hero dia tak de langsung tinggi sore tengking bertempek kat heroin hahaha Sapa tengok citer Korea tau la. Hero keje sebagai diplomat. Bapak mentua dia ada kasik sebijik keta tapi dia tak suka guna harta bapak mentua dia kasik termasuk juga dia tak terima adiah rumah yg anggun sempena hadiah perkahwinan. Bini hero anak orang kaya. 

Faktor kedua musti tengok citer ni sebab baju plakon² pompuan dia cantik² dan henbeg dia pon cun² huhuhu. Veri de stylo gitu la.

Tuesday, May 30, 2006

KDrama : Only You (2005)



Synopsis 

After winning a cookery competition, Cha Eun Jae (Han Chae Young) wins the opportunity to go and study at a cookery school in Venice, Italy. Once there she goes searching for her old landlord to learn the secret recipe for perfect spaghetti, but instead meets the handsome, yet arrogant Han Ee Joon (Jo Hyun Jae). There is an instant attraction between the two but, due to a misunderstanding, Ee Joon leaves, believing Eun Jae to have another boyfriend. 
Six years later, back in Korea, the couple meet again and Eun Jae discovers that Ee Joon is now the successor to a large company. Will she pursue him after he abandoned her all those years ago?


Total episode : 16 

Credit : Drama Wiki, Only You

Huhu citer ni pon best dan best dan best lagik. Dalam 10 citer yg tengok 8 yg best. Cemana tuh. Manalah tak addict tengok huhu. Mungkin ada yang dah lama tengok citer ni. Sangat direkemenkan nonton bagi yang lom tengok. Pertama tengok citer ni boleh buat anda lapa dengan tiba². Kedua tengok citer ni tetiba dapat ilham nak cipta kuah pasta ikut suka hati sesedap rasa. Ketiga akan ulang tengok balik beberapa adegan tertentu sebab geram tengok anak dia yg sangat cute giler. Kemana tumpahnya ensem bapak kalu tak ke anak ye tak hahaha

bapak yg esmem...molot seksi yeww hohoho

Citer mengenai heroin Cha Eun Jae yang tak minat bersekolah tapi minat masak terutama masakan Italy. Masuk peraduan memasak dapat nombor satu. Satu hari mak dia hantar pi skolah asrama kemdian dia larikan diri ke Italy. Kenapa lari ke Italy sebab hadiah menang tempat pertama peraduan memasak tu dapat lanjutkan pelajaran dalam bidang masak pasta kat Italy. Dia lari sesenyap sebab mak dia tak bagi galakan dia ceburi bidang masak memasak ni dengan harapan nak buktikan pada famili dia juga boleh menjadik tukang masak masakan Italy yg professional setanding ngn Chef Wan juga Chef Diva dan juga Iron Chef ahakss

Nanti dekat nak penghujung citer mak dia nyesal sebab tidak support minat anak dia jadik tukang masak. Moral of the stori, support la minat anak anda seadanya. Tapi kalu dia minat yg bebukan tu, boleh kasik lempang satu kali lahh haha

Bila kat Italy Eun Jae berjumpa ngn hero Han Yi Joon yg sedang mencari mak dia yang tinggalkan dia masa umur dia 7 tahun. Sebetolan tuan guru kebetulan, hero ngn heroin mencarik orang yg sama. Eun Jae plak nak carik cekgu dia pakar masak kuah pasta hingga menjilat garpu. Eun Jae nak hasilkan kuah pasta yang boleh bagi dia markah tinggi taim exam sampai boleh dapat anugerah dekan.



jemput datang makan lunche kat gerai ayam gulek saya plak...asek pi bukit angkasa jek u ols huhu


Maka mereka pon tugede-gede berganding bahu mencarik mak hero walaupun diawal nye ada sedikit masalah sbb hero ni eksen berlagak la kunun tak suka layan orang. Kemdian bila dah tugede-gede tu berlaku la insiden 'terlanjur' yang menghasilkan orang ngeh ngeh dan seterusnya balik ke Korea dan buat hal memasing

6 tahun berlalu

Bagaimanapun Eun Jae tidak meneruskan cita² menjadik tukang masak. Ada halangan. Sampai la satu hari terjumpa ngn hero kembali. Dan hero sambung tekel Eun Jae sebab selama 6 tahun dia asik tingatkan Eun Jae sampai otak dia nak meletops haha Over la iteww sampai nak meletops pala otak kaedahnya

Hero plak ditanggungjawabkan oleh bapak dia sebuah restoren Italy kepunyaan syarikat bapak dia yang hampir bengkrap. Dia diberi masa 6 bulan untuk buktikan keupayaan dia lam bidang pengurusan restoren sekali gus menambat kembali kepercayaan bapak dia.

Maka dalam pala otak hero tak de orang lain, hanya Chef Eun Jae. Dia mau Eun Jae jadik chef kat restoren dia. Motif disamping leh ngorat Eun Jae skali

Yang meletihkan citer ni asek kena pecat kemdian ambek balik keje kemdian pecat, kemdian tawar balik keje sebab melibatkan perasaan peribadi. Kalu mek la yg kena, mau kena bakar restoren tu hahaha. *Biar dia rasa...salah tempat mau tunjuk samseng daa *:P Hero jeles sama teman lelaki tapi mesra Eun Jae yang kelihatan sangat akrab ngn Eun Jae malahan depa tu tinggal serumah lagik dan tambah jeles lagi bila dapat tau Eun Jae ada anak umur 6 tahun tapi belum kawin.



pandai dia pilih plakon anak branak...muka nak sama...tang molot pon sama huhu 


Ekceli sorang pon tatau sapa bapak kepada anak Eun Jae yg cute itew sebab Eun Jae mengambil keputusan kata 'no komen' cam sorg artis mesia bila org tanya sapa bapak anak dia

Bagaimanakah reaksi hero bila dapat tau anak tu anak dia?

Memula dia sangat marah sebab kata selama 6 tahun Eun Jae tipu dia. Sampai cd 12 pon Eun Jae tak bitau anak tu anak dia (semua ada 16cd) Derang jumpa balik selepas 6 tahun masa cd 4 kalu tak silap. Lama beza 8 cd u ols hahahaha

Bagaimanakah reaksi bakal pak mentua Eun Jae bila hero kata nak kawin gak ngn Eun Jae tak kisah Eun Jae ada anak atau tidak, juga tak kisah anak tu bukan anak dia atau tidak *Aiman tak kisah* Chentar nye pasal. Only Eun Jae saja perempuan yg dia akan berkahwin. Bapak hero suh Eun Jae tinggalkan hero kalu mau anak dia berada selamanya dengan dia. Zalim ni men ugut².

Bagaimanakah reaksi anak Eun Jae bila dapat tau appa dia idop lagik dan berada depan mata dia skrg? Dia nangis u ols tak bleh terima

Seterusnya kena saksikan sendiri penghabisan citer ni yach

Cam besa la trend drama Korea kebanyakan akan ada 4 plakon utama. 2 hero 2 heroin. Yang lagi 2 org tu (second hero ngn heroin) akan dapat watak kuciwa menonggeng.


Citer ni aku rasa cam lebih kurang nak sama Sam Soon sbb pasal keje restoren ngn tukang masak. 

Monday, May 29, 2006

Album : VOICES from the FIFA World Cup



Lagu dalam ni seme bes². Eh ada lagu ni...eh lagu ni pon ada…eh lagu ni ada gak…eh eh eh eh...tanpa banyak pikir terus la bayo kat kaunter. Berbaloi beli untuk wang saya sbb majoriti lagu peberet ada lam ni.

1. The Time of Our Lives : The Official Song of the 2006 Fifa World Cup Germany
Il Divo with Toni Braxton

Ni ke ek lagu rasmi World Cup 2006? Muzik lagu ni mcm lagu orang baru putus chentar daa. Ala² cam nak meraikan Jerman tak menang Piala Dunia hahaha Very de sentimental. Cam kureng seswai la jadik official song. Ku pasti yakin dan pasti lagu ni akan tidak diingati pas abis Piala Dunia. Tak mcm lagu The Cup of Life Ricky Martin. Setiap kalu kuo intro lagu The Cup of Life orang akan...zasss toink otomatik terbayang bola sepak kan?

2. One Moment in Time
Whitney Houstan

Mek sedih tengok keadaan penyanyi ni sekarang (bukan dia je seme la yg terjebak ngn najis dadah) Bukan sedih apa. Sedih kesan dadah memang menjahanamkan. Susah dadah ni kalau dah masuk lam badan. Nak nak kalu yg lama ngisap benda tu. Dah jadik darah daging. Memang susah nak ilang. Kalu la aku jupe sapa yg cipta salah guna dadah ni mmg aku nak kerat² dia.

Maka saya dengan ini ingin mengempen dan menyeru pada anda semua jauhi lah Nakotin (sempat nyelit kempen lagi tu :P) Awal terkejebak nya dadah ialah mengambilan Nakotin. Aku suka satu iklan dadah kat tv yg budak tu drive Mercedes langgar mati orang sebab pengaruh dadah. Reverse reserve tengok awalnye dari rokok sewaktu skolah.

Aku penah SMS soklan mungkin 'bodoh' pada u ols (sbb jadik ilang akal jap) pada sorang member tanya 'Boleh ke orang tak merokok isap ganja ek?'

Beliau ini Incik S (bukan nama sebenar) yang merupakan perokok semi tegar membalas 'Tak boleh...nehiii...nggak boleh dong ittew worang ngisap ganja tanpa master dalam seni ngisap rokok dan juga skill menghembus asap ikut idung. Secara saintifiknya rokok tu adalah kunci segala bentuk2 penghisapan. Contoh kalau ko tak reti nek beskal, camne ko boleh bawak moto superbike 500 cc?'

Begitu panjang lebo jawapan dia. Terima kasih diucapkan dengan ucapan teruskan usaha gigih untuk mencapai ketahap 'tegar' yg lebih teratas muahahaha. (kalau direk kata suh benti tak menjadik nye so kita galakkan la dia)...jangan mara cik salmah...nnti kita pi makan ayam gulek :P

Sebab aku ada kes adik laki yg kunun tak merokok tetiba air kincing positip dalam satu serbuan rambang. Terhenti kejap la kan degupan jantung.

*ala emcee Man Laksa* Maka nya skali lagi saya menyeru sapa yang ada anak lelaki, adik lelaki yang masih skolah juga anak / adik pompuan (sbb pompuan skrg pon merokok) pantau la depa. Yang dah jadik bapak tu boh boh la isap rokok. Ayah yang tak isap rokok tak semesti anak tak isap gak (Ayah aku tak isap rokok, anak dia secret² isap) Tengok ngn sapa depa berkawan. Kenali kawan mereka juga. Jemput datang umah wat makan² ke, men PS ke, wat game friendly match ke. Jadik leh eratkan hubungan sesame kawan² anak / adik. Bagi mereka perhatian yang sewjarnya mereka terima.

Akhir kata Belia Benci Nakotin!!!!!!

Hahaha hambek ko panjang lebo ribiu lagu One Moment in Time ni

3. Your Song
Elton John

4. Because of You
Kelly Clarkson

Because of you
I find it hard to trust not only me
But everyone around me

Lagu peberet buat masa ni

5. Hero
Mariah Carey

6. Everythime We Say Goodbye
Rod Stewart

7. Hips Don’t Lie – Bambo (2006 Fifa World Cup Mix)
Shakira feat Wyclef Jean

Aaaa lagu ni best. Kedengaran segar ceria dan teruja nak tengok bola hahaha Lagu ni lagu remake. Lirik tukar kot sbb ada sebut nama Pele, Maradona segalak

8. Always in My Mind
Elvis Presley


9. Woman in Love
Barbra Streisand

10. Praying for Time
George Michael

11. Truly Madly Deeply
Savage Garden

12. Wonderwall
Oasis

13. Just The Way You Are
Billy Joel

14. Thank You
Dido

15. You Raise Me Up
Westlife

16. I Believe In You (Je Crois En Toi)
Il Divo & Celine Dion

17. Celebrate the Day : 2006 FIFA World Cup Germany Anthem
Herbert Gronemeyer feat Amadou & Mariam

Aaaa lagu ni pon best ada tema bola. Bila dengar rasa cam nak pi Jerman bulan depan hehehe

18. GEMILANG
Jaclyn Victor

Caya lah Jac. Sempat dienterprem kan dalam ini album. Smoga pasokan bola sepak tanahair teruskan mencari gemilang di mata dunia (yo la tu) :B

PENUTUP : Go Go Go Azzurri!!!!!! huhuhu

Friday, May 26, 2006

Filem : Daisy (2006)


Synopsis

"Daisy" is a story about the inevitable showdown between a detective and a killer who fall in love with the same woman. In the story, Jeon plays a street artist who dreams of opening her own exhibition someday, while Jeong portrays a killer who loves her but cannot confess his love to her because of his profession

Starring :
Jeon Ji Hyun, Jung Woo Sang, Lee Seong Jae

Website
Daisy 2006

Kopipes komen org dari
IMDB

Set in Amsterdam, Daisy tells the frustrating love triangle story between 1 girl and the 2 men in her life. One a professional hit-man eking out a living, the other an Interpol agent. Featuring a Pan-Asian cast (Korean, Hong Kong) and crew (director Andrew Lau from Hong Kong, writer from Korea, and a Thai post production team), I could imagine the headaches in coordination



Bilang saja citer Korea maka mek sangat teruja ke panggung hehe. Memula ajak ini teman boleh tahan mesreeee tapi skali dia terpaksa angkut para perajurit dia daaa sbb tak de org jaga. Terpaksa lah menonton sorang. Cam tak seswai la kan budak derjah 1 tengok citer ni plak. So depa tengok Over the Hedge bagi mengikut tema penonton yg ada hehehe

Best citer ni u ols. Sedey dan de touching dan lomatik. Yang paling penting usaha tangga kejayaan hero dia taste banget haha. Harus la aku carik seme citer dia pas ni.

Citer dia mengenai pandang pertama namun akhirnya tak kesampaian. Suatu hari hero Park Yi sudah ternampak heroin Hye Young disebuah padang bunga daisy tengah melukis dan hatinya terpaut. Sejak hari itu dok skodeng pompuan ni dari jauh dengan secret-secret bila masa dia lapang. Dia ni banyak masa lapang bila tak de 'tugasan'.

Tugasan dia ialah membunuh orang dan dia boleh dikategorikan sebagai pembunuh upahan professional di bandar Amsterdam. Cara skodeng dia mencuit hati. Almaklum orang tengah gila bayang. Tiap pagi dia akan hantar sejambak bunga daisy kat kedai antik pompuan tersebut. Pompuan tu minat melukis dia beli buku baca pasal seni lukis melukis, pompuan tu suka dengar muzik klasik dia pon beli cd lagu klasik, pompuan tu terjatuh sungai masa jalan kat titi pokok kelapa kemdian dia bikin jambutan yg besar sket tok pumpuan tu the next day, pompuan tu lambai tangan tanda nak balik kat org lain, dia pon ikut lambai tangan sama dari bilik kaca dia. Hahaha.


marey marey kita lihat siapa yg kena...smlm aku mimpi nombor 2 aku mau tikam nomo 2 lahh...mek tikam yang pakai topi iteww hikhik

Hingga la satu hari pompuan tu patah hati dan sedih akibat kuciwa di tinggalkan hero satu lagi Jeoung Woo, maka hero Park Yi ni bertindak muncolkan diri depan pompuan tu dengan niat nak mengobati kesedihan pompuan itu tapi Park Yi tak stori la yang dia sebenarnya buatkan titi baru kat Hye Young. Derang sekadar fren fren jek sebab Hye Young kata hati dia dah tak de ruang dah tok orang lain.

Hingga la satu hari rahsia terbongkar. Tapi bukan dibongkar oleh Wan Kamarudin ye haha. Apakah rahsia nya? Sila la menonton citer ini sendirey. Siap sedia tisu untuk adegan akhir.

Jalan citer saya bagi 5 bintang
Hero taste up lagi 5 bintang
Heroin yang very de natural tambah lagik 5 bintang
Sinematograpi yang cantik tambah lagik 5 bintang
Lagu dia yang best tangkap syahdu campur lagi 5 bintang

Pendek kata citer ni banyak bintang² berkelipan ada dalam haha

Jadik saya AFREKEMEN DAISY untuk anda menonton

P/S : Currently listening to cd album Voices from the FIFA World Cup beli smlm. Keluaran Sony BMG. Ada 18 lagu kesemuanya. Ada Elvis Presley, Whitney Houstan, Mariah Carey, Rod Stewart, Kelly Clarkson, juga lagu tema World Cup 2006 nyanyian Il Divo ngn Toni Braxton dll. Yang nak tergelak terselit satu lagu Melayu Gemilang Jac dalam tu hahaha nnti kita stori mori yach.

Thursday, May 25, 2006

Filem : Sympathy for Mr. Vengeance (2002)




Synopsis

a green-haired deaf mute who dutifully cares for his ailing elder sister. Without the proper medical attention, however she is bound to die of kidney failure, and since there's no suitable donor in sight, Ryu decides to turn to the black market for help, selling his kidney in exchange for a fresh one for his sister. Sadly, when Ryu awakens from the surgery, he learns that he's been swindled not only out of his life savings, but his kidney as well! Even worse, he soon learns from the doctors that a donor has been found, and that all he needs to do is put up the money for the transplant!

Starring : Sin Ha Gyoon, Song Kang Ho, Bae Doo Na


Kejap la nak gelak kahkahkah. Aku mau citer lain budak kedai tu bagi citer lain. Title penuh citer tak pasan cuma pasan perkataan 'sympathy' ngn 'vengeance'. Musti dah betol tu. Maka dengan hati yang girang pasang la ini citer.

Tengok punya tengok mana la heroin ni tak muncol². Heroin drama Jewel in the Palace. Kata menang best actress. Takkan dah nak abis citer baru muncol. Tak pe tengok sampai abis sampai kesudah heroin tu tak keluar hahaha Cek cek tengok balik title yg ni ialah Sympathy for Mr. Vengeance. Citer yg aku nak tengok ialah Sympathy for Lady Vengeance hahaha tertuko 'Mr' ngn 'Lady'. Lain yg aku mintak, lain yg ko kasik labu. Layanss

Citer dia pasal dendam. Si A dendam ngn si B sebab anak dia mati. A saspek B yang bunuh anak dia. Si B plak dendam ngn A sebab kakak dia mati. Kakak B mati bunuh diri sebab terbaca surat B dibuang keja. Yang buang B keje ialah A. Tapi B bukan sengaja sebabkan anak A mati. B adalah seorang yang pekak lagi bisu. Ada paham ka? muahahaha....tak pe tak penting paham ke tak paham sebab last² seme org mati hahaha

In between citer berkisar B sebenarnya nak carik buah pinggang untuk kakak dia. Carik² tak jumpa lalu dia jual buah pinggang dia di satu tempat black market jual beli organ dalaman tok dapat wang. Asal boleh sesuka ati dia bedah kat tempat cam yang lagi tak hgyience. Sihat walafiat plak tu pas bedah. Tak terkena jangkitan kuman plak ke hapa hiks

Banyak adegan mengilukan seperti mencabot pisau kat leher, hiris perut yang gebu zig zag ngn pisau belati, kerat buku lali ngn pisau ala² kerat daging daging kat pasar, rodok pisau kat perut belah tempat buah pinggang kuokan buah pingang...aiyah mengalahkan longkong u ols. Dan juga banyak stok darah digunakan lam pilem ni. Boleh bikin loya la tengok hehe

Ini citer juga merupakan trilogy pengarah. Pas citer ni citer Oldboy pas tu baru Sympathy of Lady Vengeance. Oldboy baru tengok sekerat jalan dari taun lepas tak abis² hehe

Tengok citer ni, mengingatkan saya pada sorang kawan saya yang ada kad derma organ sekiranya dia ditakdirkan meninggal dunia bila². Saya ingat saya juga mahu mengikut jejak langkah dia. Apa kata survey?

Tuesday, May 23, 2006

JDrama : Physco Doctor (2002)





Synopsis

Are you afraid of heights? Why? Is it just acrophobia? Or, perhaps as a very young child you witnessed the murder of your father as he was pushed off the veranda of your apartment building and now have a deathly fear of going up to the 20th floor of any building! Psychoanalyst and counselor Kyosuke Kai (Yutaka Takenouchi), a bit quirky with compulsions of his own, ends up finding out more than just the standard medical reasons for his patient's emotional problems. So, rather than just practice counseling Dr. Kai becomes in effect a detective as well. Join Dr. Kai and examine his case files to learn more about his patients and what makes them tick...or crack.

Total episode : 11

Starring :
Takenouchi Yutaka

Credit :
Psycho Doctor



Hehehe ini satu lagi citer lakonan itu Takenouchi Yukata. Dalam ini drama dia blakon jadik dokter saiko. Tapi saya baru tengok sampai episod 3 je sebab mek ala² tertido depan tv nak perabih tengok cd 3 walaupun muka hero dia tak lapok dek ujan tak lekang dek panas mata memandang. Lagi 8 episod nnti la bebila percuma baru sambung tengok. Unless kalu u ols ada cita² nak jadik dokter saiko mcm ini dokter boleh la menonton sampai abis citer ni untuk megetahui cemana dokter saiko ni selesaikan setiap masa-elah. Kalu u ols tera cuba selesaikan masa-elah ni

Satu banyak banyak
Dua sedikit sedkit
Tiga kad-dang kad-dang kita lihat
Ampat jarang jarang kita nampak

Apa kah dia? Kekekekeke

Setiap episod ada berlainan kes dan files (ala x-files la kot)

Episod pertama tentang seorang wanita yang takut akan ketinggian. Siasat punya siasat rupanya dia telah menyaksikan bapak dia kena bunuh ditolak dari bangunan tinggi sewaktu dia kecil

Episod kedua pasal seorang wanita yang lupa ingatan. Siasat nye siasat rupanya dia mau melupakan kisah silam dia sama boipren dia

Episod ketiga lak pasal seorang studen wanita yang mati kat hotel. Siasat nye siasat budak ni punya napsu makan yg kuat. Bawah katil kat umah dia penuh ngn junk food. Sebab pe dia kuat makan, mek tak ingat plak la sebab waktu ni mek dah di alam lain. 

Sedo² kat tv tertera tulis ni 'woi bangun la woi tuko cd 4 plak...membute plak die'...muahahahaha Lantas saya pon amek remote di sebelah dan tekan butang power off dan sambung zzzzzzzzzzzz

Nanti mek apdet kalu berjaya abiskan kesemua episod yach sebab takat ni ada 5 citer waiting list utk di tonton hehe

Monday, May 22, 2006

Mari baca Jawi (kelas 4)


Ini gegambars aku snap snap dari suatkabo Utusan Melayu yang dah kembali di arena persuratan khabar tempatan. Try baca gak satu artikel pasal Cik Siti tu. Sangat tergagap² u ols hehe. Mari la kita basah² lidah ngn baca Jawi sebentar dengan baca tajuk² Utusan Melayu hari ini

(a)

(b) hehehe


(c)

(d) mak aku bilang ini akdemi al-quran sangat bagus...musti nonton...tapi astro lom ada chanel 9 ek?


(e)


(f) klue kat gambar hehe

Sunday, May 21, 2006

Filem : Running Wild (2005)




Synopsis

JANG Do-young is a hot-blooded homicide detective who has lost faith in the law. OH Jin-woo is an elite prosecutor who stands in opposition to JANG in that there's nothing but the law in which he can believe. However, learning that they're running after the same target, the two men decide to team up. As they get deeper into the investigation, a huge conspiracy awaits them, in which YOO Kang-jin, boss of the Kuryong Family, is involved. Feeling threatened, YOO blackmails JANG's family and pulls strings to get OH off the case. Now an unavoidable battle begins between two men and the kingpin of the criminal world.

Starring : Kwon Sang Woo, Yoo Ji Tae

Kalau anda mau tengok ini hero Kwon Sang Woo (KSW) dalam 4 S, boleh la nonton ini citer. 4S serabai, selekeh, serabut dan samseng kampung dusun :B Hilang imej hero air mata dia hehe. Walaupun lagak nye cam samseng tapi dia sebenarnya polis ye u ols. Polis yang panas baran. Dalam citer dia juga dia dimekap untuk jadik orang berkulit hitam ala² sawo matang. Kemungkinan pengarah fikir tak macho samseng kalu kulit putih makanya dicoklatkan kulit hero satu badan. Tangan dan muka sama warna kulit.

Aksi² yang ditonjolkan dalam citer ni pon dahsat. Kete boleh kejar moto di tengah kesibukan bandar Seoul. Sebab dia polis maka berjaya la kejar itew penjahat yang naik moto. Itew penjahat pon sangat jujur dan lurus bendul tamau cilok² ke lorong sempit supaya gagal di kejar oleh polis tersebut. Ha ha ha.

KSW menjadik seorang didektif dan polis yg sangat dedikasi. Bila dah namanye polis tu musti keje tangkap org jahat. Satu hari adik dia mati ditikam secara sangat tragik. Sebelum adik dia ditikam dia telah bersembang dengan adik dia dulu di hadapan 7-11. Mungkin sebab kehausan (bak org kelantan kata dahaga air...ye la musti la dahaga air takkan dahaga nasik plak kan tehehehe jgn mara gurau jek) maka KSW pegi beli air sebentar. Dari cashier dia boleh nampak adik dia duduk di bangku dari cermin dalam 7-11. Tah mcm mana dia ternampak borang toto dan mahu mencuba nasib. Sewaktu dia sibuk dok tandakan nomo toto itu, adik dia telah ditikam. Aku suka scene ni. Bila dia keluar dari kedai, adik dia telah berlumpuran darah. Yang buat dia ralat ialah sebab dia gagal menyejar iteww pembunuh, maka dendam kesumat telah tersemadi di dada.

Sejak daripada kejadian adik nya dibunuh, dia menjadik seorang polis yang mempunyai emosi panas yang terlampau melangkaui batas di tambah ngn mak dia sakit tenat. Harus mak dia pendek nyawa kalu tau adek dia mati. Dia mahu mencarik dan membunuh pembunuh adik dia dengan sendirian.

Maka bermula la intermission. Adik dia dibunuh oleh seorang insan 'A' yg sangat berpengaruh, yg salu kaber line wat khidmat masyarakat kpd rakyat, salu hulur derma pada orang susah tapi sebenarnya dia adalah ular sawa bertopengkan cipan. Sapa yang bocorkan rahsia, tak lama idop la jawabnya.

KSW bagaimanapon digantung keje sebab terlalu agresif dan tak brape kemdian diambil menyertai satu misi polis dibahagian lain yang juga tengah siasat kes 'A'.

Bagaimanakah beliau mahu memusnahkan pembunuh adik nye? Orang besar biasa sukar nak ditumpaskan sebab kroni dia ramai.

Part nak akhir aku juga suka yang mana seorang hero yg hanya bersenjatakan sepucuk pestol dikepung oleh berpuluh polis SWAT. Kemdian iteww polis SWAT acukan beberapa bijik senapang ke badan hero dan banyak la kedapatan cahaya lazer merah di badan hero. Tunggu masa hero lepaskan satu tembak maka berpuluh das tembakan akan dilepaskan ke arah hero. Aku rasa adegan ni mcm la hero ada kuasa mejik yg boleh hilangkan diri pas tembak itu orang hehe.

Adakah hero mati atau terselamat? Kena la tonton sendiri ini citer. Aku rasa citer ni tak lepas tayangan kat tv sebab banyak perkataan 'chee-bai' dilafazkan. Sama cam citer Mr. Socrates iniew. Kurang seswai untuk tontonan kanak².

Friday, May 19, 2006

KDrama : Princess Hour / Goong (2006)






Synopsis

Due to a promise between the former king of Korea and an ordinary, strong-willed girl's grandfather, our heroine finds herself betrothed to a seemingly cold-hearted prince of Korea. How can she marry a guy who she overheard him proposing to another girl! Both unwilling parties agree to the marriage, each with his and her own different motivations for the agreement to marry. Can love bloom under the strain of love rivals and political ambitions?

Total episod : 24

Credit : Goong, Photo gallery






Ini drama katanya tengah meletops pom pom sekarang kat Korea. Sapa yang mengikuti drama² latest Korea musti tau. Tajuk lain dia Princess Hours / Palace. Seme plakon ada lah plakon baru dan kebanyakan merupakan model².

Bagi saya ini drama gitu-gitu je saja. Jalan citer dia veri de biasa. Citer Sweet 18, Little Bride pon jalan citer cam ni. Arrange marriage dari kecik.

Cuma yang yang melainkan dia dari drama-drama yang saya tonton sebelum ni ialah citer kisah dalam istana dari sudut undang², peraturan, hukum alam kehidupan di istana dan percintaan anak² raja Korea
(however Jewel Palace mek lom tengok laie yach)
Yang buat citer ni lagi kureng sebab hero dia pada saya macam kayu daaa hahaha Jgn mare. Tarak bleh feel sama lakonan dia. Tatau la mungkin disebabkan dia kena bawak watak cam tu dia blakon cam tu atau.... Kena tengok dia blakon citer lain baru leh nilai. 4 kali pandang muka hero ada sket cam Leon Lai Ming iteww Hongkong actor bukan Leon Saling Merindu yach...muakakakak. Atas permintaan ramai kabarnya citer ni nanti ada sambungan Goong 2.

Heroin dia cun sedap mata memandang cam muka heroin Full House sket. Seken hero leh tahan ayu hehe

Citer dia mengenai anak raja yg masih skolah kena paksa kawin ngn pilihan atok dia yg tengah gering sebab atok heroin penah tulung atok hero suatu masa dulu. Ala² tanak bagi tali silaturrahim putus dan juga balas budi la ni. Sesuka je derang ni ek arrange kawin cam ni. Bayangkan kalu di alam realiti, buat nya jantan tu samseng, brutal kaki pukul pompuan buat naya je pompuan tu heheh
Hero ngn heroin satu skola. Lepas kawin depa teruskan persekolahan juga tapi tidur berasingan sbb lom cukup umur. Cukup umur tok kawin je hehe. Majlis kawin ala² anak Sultan Brunei kawin kena arak satu bandar, masuk tv, wartawan luar pon ramai datang wat liputan sebab anak raja tu bakal Sultan.

Hero dah ada gelpren tapi kawin jugak. Hero cakap ngn heroin pas kawin depa bercerai. Heroin plak terpaksa mengkawinkan diri juga sbb nak bagi senang parents dia. Bapak dia kena buang keje. Untung² kawin ngn anak raja nnti leh dapat restoren kimchi sebijk ke, jadik bapak dia leh keje situ.

Cam besa la kan memula kawin mencik antara satu sama lain. Dah lelama hero terpikat lak kat heroin sbb heroin ni ala² bengong sket ada fius longgar hehe dan tak jadik nak ceraikan.

Kemdian muncol lak seken hero anak raja gak sepupu kpd hero. Tinggal lam istana gak. Heroin salu ngadu nasib kat seken hero ni kata hero (asben dia) ada suka pompuan lain. Dia ngadu asben dia tak chentarkan dia, tensen dok lam istana, tak bebas buat itu ini etc etc etc. Seken hero pon simpati hingga kuch kuch hota hey sama heroin. Sanggup tunggu heroin bercerai sama hero kemdian mau masuk minang heroin.

Melihat keakraban seken hero dan heroin, hero jeles. Jeles jeles gado haha. Gelpren hero plak still in lap sama hero. Dia mau pelan² rampas hero ala² Camilia rampas Putera Charles.

Gitu la citer nye. Senak perot nak abiskan tengok. Ada 24 episod kesemuanya. Rasanya tak lama lagi sure kuo tv citer ni. Ini dvd saya beli lanun maka kualiti sangat tidak bagus. Saya amat tak puas ati tapi padan muka saya sapa suh beli yg lanun. Oleh itu elakkan beli dvd lanun demi kepuasan org umah kita menonton bersama...kekeke Dan saya mau carik soundtrek ini drama sebab muzik dia best ada elemen tradisional.

Slamat menonton!!!

Thursday, May 18, 2006

Manila : Hari² seterusnya dan tamat





Green Hill Shopping Center




kedai kristal ngn pearl yg meletops


kedai makan muslim middle east
shopping mall Market! Market! ala cam CM


Glorietta shopping mall
maid pon ada uniform taw...hehe

kedai henbeg kat green hill



ada malaysia curry jual kat sini
dahsat khai ada bukak kedai kat manila hehe

henbeg LV peten baru bentuk bola basket...ehehe

kraf tangan kreatip...huhu

shopping sampai tercangkung hehe


tengah pikir mana mau bawak painting naik kapal tebang


fifi monster bukak kedai kat pilipin jual ice lepas kuo jel hahaha

abg sekurity tulun tahan teksi
kinky kek


kat sini pun ada berartis ber-aura hehe


azure on stage ari rabu hehe

bleh pi mexico dari manila yach

nasik lemak pak nasser

Ok kali ni kita cut cut short citer la ek. Fenat mau citer panjang hehehe.

Hari Ketiga

Hari ni pergi Green Hill Shopping Center. Kat sini la tempat shopping yang sebenar-benarnya. Ini la tempat shopping yang kita carik selama ini tuan direktor. Sapa mau pi Pilipin datang shopping sini saja. Cakap je nak apa barang pelesu tak pelesu seme ada. Kitorang 2 kali datang sini. Tempat dia cam ala² Midveli tapi dia lagi besar. Ada left ngn right wing building. 5 hari pun tak abis pusing ni dan yang paling best ada gerai jual makanan Islam dan yang paling gempak mokcik jual nasik campur tu reti cakap Melayu sebab penah keje kat Mesia hahaha.

Yang paling terangkat skali ialah telah menjumpai lubuk menjual kristal dan mutiara. Yiehaaaaaaa. Macam² paten mak nenek ado dan rege cip cip wan. Boleh tawar maut nye.

Ada tukang jual tu eksen seh ngomel 'ask ask only no buy' sebab aku banyak tanya tapi aram satu tak beli hahaha. Ye la kita musti tanya dulu kan. 3 kali aku pusing² tempat yg sama sbb tatau mana satu mau bili hahaha

Sebelah malam pas balik dr Green Hill pi cari tempat makan Muslim kat area yg we all tinggal. Aku ada ternampak signbod sebelum ni kedai Middle East *dia tulishh Arab* Sebelum jumpa kedai makan tu sesat dulu. Teksi tu tah masuk jalan mana peh tu terlajak ke jalan besar. Sampai kat kedai makan tu, aku plak nak terbuang air besar so tak dapat makan kat restoren tu. Suh depa 'take out' kan nasik beryani. Gerun gak nak jalan kaki balik hotel sensorang tapi kuatkan mental nak melepas kat toilet yg selesa nye pasal, ku gagahi jugak balik hotel sensorang hehehehe. Seberang jalan sana je hotel *sambil tangan angkat tinggi tunjuk arah belah sana * :P
Bleh tahan la beryani dia. Dah kebulur kan jangan banyak komplen. Hari ketiga baru jumpa nasik.

Hari Keempat

Kali ni 5 org je pi keluar berjemaah. Yg lagi sorang tamau pi shopping dah. Katanya duit peso dah abis tapi kad kredit platinum ado.

Hari ni pi ke Market! Market! Boleh tahan gak tempat shopping dia. But still tak leh lawan sama GreenHill Shopping Center. Pas pi Market! Market! we all tahan teksi ke Glorietta. Kawasan area Glorietta ni cam tempat 5 bintang ala² Star Hill, KLCC la kot. Kat sini ada Hotel Shangri-la, Inter-Continental Hotel. Hotel lain tak nampak. Sapa yg mahukan tempat tinggal yg ada star leh lah menetap di sini.

Nampak je shopping complek Glorietta ala² tempat shopping 5 star kan maka kita tukar plan plak. Suh teksi drebar tu pusing pi ke Green Hill lagik hehe. Dah bleh agak dah apa yg ada jual lam Glorietta tu. Bakal sama cam KLCC tak de yg spesel dan kelainan.

So Green Hill Shopping Center la pilihan ramai. Balik Green Hill kemas beg² esok nak balik. Malam tu makan abiskan ration yg bawak sesambil bergosip hehe

Hari Kelima

Sewa van dari hotel ke Clark epot. Sampai epot kena bayar lagi 350 peso lak terminal fees. Lam flight seme oder nasik lemak Pak Nasser RM8.00 sebab veri de lapar dan wendu sama nasik lemak hehe

Kesimpulan trip

Boleh pegi Manila sapa teringin mau pegi dan bagi mereka yg suka travel dan ada wang lebih untuk travel. Pi 4 ari pon dah okke. Sapa yg ada duit lebih leh la naik MAS landing kat Manila epot untuk jimat masa. Masa 3 jam dari Clark epot ke town Manila leh diperuntukkan pi shopping hehehe. 3 jam tu tadi kalu naik Air Asia la.

Kalu tinggal kat Adriatico Street tempat saya tinggal ada restoren Muslim situ. Juga boleh pi GreenHill Shopping Center untuk makan sambil shopping sakan kat situ. So masalah makan tak timbul kat sini. Oh ya satu lagi citer masa we all dok tanya org Muslim yg jual pearl kat sana mana restoren Muslim. Dia kata KFC. Dia kata 'You read Bismillah...halal' 2-3 Muslim kat sana cakap cam tu. Pape pon kita tak yakin mau makan. Tunggu balik Mesia la kalu nak makan KFC.

Juga kalkulator jangan lupa bawak disamping buku kecit tok catit barang² yg dibeli. Nnti senang mau kelim kat asben ke, pak we ke hehehe. Lagi satu dinasihatkan telan dulu pil tahan napsu shopping bagi yg tak percaya ngn napsu sendiri muahahaha

Tang keselamatan tu, doa je la bebanyak mudahan di selamatkan perjalanan kita. Kalu nak pikir bahaya, kat memana pun ada bahaya. Sesambil travel boleh la kita nikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Ok kita jumpa lagi di lain trip. Salam mahal kita dari saya. Tata.

Wednesday, May 17, 2006

Manila : Hari Kedua



Hotel Hostel 1632

Hari kedua pepagi bangun mau check out dari itew Malate Penssione. Tarak sabar mau pindah otel baru yg lagi cun dan selesa. Nak jimat duit nye pasal dan tanak berat angkut beg, tahan satu teksi. 2 org naik follow teksi, lagi 4 org jalan kaki kengkonon nak pi shopping. Assume beg² tu seme yg 2 orang tu yg punya hahaha Jalan kaki tak jauh satu jalan

Rate Hostel 1632 ni 1800 peso. Dalam RM135 cam tu. Boleh la. Hotel baru lagi. Cuma yang tak best tak de electric lam bilik. Hangin tol. Jenuh la tepon request mintak termos air panas. Nak buat air panas pon payah.

jurujual ada pen ni

Lepas cek in siap² pi SM lagi skali (sbb tatau lain tempat mana mau pigi) sebab ni trip blasah pepandai sendiri tak de tourist guide segala. Sesambil tanya orang local mana tempat shopping lain. Kali ni SM yg besar ala² One Utama kat Megamall smlm. Ada ice skating bagai. Memasing berpecah jumpa kat tempat masuk lagi 2 jam.

Yg best naik 1 teksi 6 orang haha. Drebar teksi kata tak leh overload nnti pulis tangkap. We all cakap pay extra 50 peso...ok jalan.

Cukup 2 jam jupe kat luar SM tempat masuk tadi. Tunggu punya tunggu sorang ahli tak muncol². Kasik masa lagi. Tak muncol jugak. Kuat blanjo demo tu. Tak muncol lagi ketua trip pi kaunter info wat announcement. Tak muncol gak. Seme org dah hangin. Bukan apa enpon seme tak bawak. Risau gak kat dia. Tapi dia dah buat kitorg seme tunggu dekat nak 2 jam tambah masa dari 2 jam yg diberi. Patut tunggu lagi ke atau chow je tinggalkan dia? Maka kata sepakat di buat tinggal kan je dia. Takkan nak tunggu sampai berjanggut. Ada lagi tempat nak pi ni. Veri de jual ikan nye attitude (sel-fish) :P. Org bilang 2 jam, 2 jam la. So moral of the stori kalu berjalan dalam group kena disiplin kan dirik ye u ols. Jangan bagi susah org lain. Kalau nak jalan sensorg cakap, bukan susah sangat.


jeepney...salah satu pablik tranport kat pilipin

So kitorg tahan jip pi pasar Bacalaran (prounce Bak’kalaran) Masa ni ujan renyai². Sampai area Bacalaran dah nak gelap. Tengok lain mcm je tempat. Tak de rupa pasar pon. Aku imajin pasar cam kat Hatyai tu la kan. Ada jual² barang seme. Ada la org jual² sayur, buah kat tepi jalan.

Keadaan sekitar dia jalan dia cam kedai kat Chokit dan Lorong Haji Taib. Tapi aku sudah nampak kedai jual produk Korea hehe. Pi sana la tengok pe ada. Ampes. Barang seken hen seme. Tanya org kat situ mana pasar tempat shopping. Ngok ngek ngok ngek ngn mokcik kat situ dia kata belah kanan. Ok la sat lagi kita pi. Ada yg kata suh balik je sbb tempat dia tah pape. Tapi sayang plak nak balik duit teksi 600 peso dah bayo.


sana ada mrt

Kita singgah Mekdonel dulu sbb ada geng lapar banget. Oder fries ngn fillet O’fish. Dalam Mekdonel tanya lagi orang mana pasar tempat shopping. Budak tu kata belah kiri pegi straight. Belah kiri plak. Tadi mokcik tu kata belah kanan. Hahaha. Disebabkan budak yg kat dalam Mekdonel ala² smart pakai henbeg cun maka we all ikut kata dia. Andaian di buat musti dia suka shopping banding ngn mokcik tadi. Bila pi trip cam ni banyak andaian dan teori bleh dibuat dan guna pakai. Hahaha. Kejap lagi ada satu lagi teori. Ketua trip ni mmg pro bab² cam ni. Saspek sama dia.

Lepas makan Mekdonel we all jalan along the street. Hujan renyai². Baru la nampak gerai jual barang. Mmg ala² Chokit la ni. Ada pasar malam situ. Makanya kami pon jalan la kan tengok. Banyak la kedai baju, seluar, cd cetak rompak dan mcm² lagi. 



Jalan jalan dan terus jalan. Besar pasar malam dia. Jalan jalan jalan masuk kiri masuk kanan. Lalu kat gerai perumahan ada kedai runcit, ada jual daging, ada gerai jual mee goreng. Ada geng suh benti sat pekena mee goreng Pilipin. Bau sekeliling plak mcm aram jadah. Hancing pering paing seme ada. Aku tarak bleh tahan terus muntah. Sapa isap rokok suh hembus kat muka aku. Bau asap rokok tu lagi wangi. Lagi mau makan mee goreng haha
 
Kemdian teruskan jalan lagi ke depan. Tetiba keadaan sekeliling sunyi dan gelap. Hilang dah keriuhan kat pasar malam tadi. Uik masuk mana dah ni. Rupanya tiba kat kawasan perumahan derang. Golongan bawahan nye perumahan la cam tu. Memasing cakap slow² bisik nak buat cemana. Teruskan je jalan. Jangan buat² lost kang depa pasan. Tengok kat depan pon gelap. Ada la nampak beberapa kumpulan budak laki tengah lepak kat tepi jalan. Perut dah kecut ni. Seme baca ayat² Quran pape yg patut sambil pala dah stat imajin yg bebukan


seat driver belah kiri


Sorang lak kata ni dah mcm citer Hostel. Ceh. Lagi tambah kecut perut. (Citer Hostel kisah pasal 3 org pelancong travel ke Eropah. 2 mati kena culik. Sorang je terlepas tu pon 1 jari kena kerat)
Ketua trip kata kita gamble tanya orang situ jalan kuo. So dia pi tanya orang situ dengan nada ceria sbb kat tepi tu nampak teksi tak gerak. Musti ada drebar teksi tinggal situ. Akhirnya ada mamat ni bawak jupe sorang pokcik bawak moto sapu (beca yg pakai moto) then bawak kitorg ke jalan besar. Imajin 5 orang naik. 2 orang dok atas moto blakang pokcik tu. Lagi 3 org yg bleh tahan kus semangat dok lam beca tu. Hahahaha.
kita take away...dia take out


Alhamdulillah selamat sampai Hostel 1632. Balik bilik member sorang lagi lom balik lagi. Mana la dia pegi. Tak lama lepas tu dia pon balik dengan selamat gak. Dah besar dia tau la cemana nak independent balik sendiri. Dialog 'panas' selanjutnya terpaksa disensered hehe.

Lepas mandi makan keluar lagi. 3 orang je keluar sbb yg lagi 2 orang kelepakan. Kali ni mau carik buah pelam plak sbb iteww ketua trip sudah kena sembelit. Mau carik buah anti-sembelit la haha. Jumpa la org jual buah pelam kat depan Pic Pac (ala 7-11 la ni) Pas tu masuk lam beli air. Kat dalam tu plak ada nampak sorang nyah kertu² sket. Ketua trip ni pun terus datang satu lagi teori. Kalau nyah musti suka shopping tempat² henbeg, baju dll. Musti dia tau mana nak shopping. Maka tanya la kat dia. Skali dia sombong la u ols. Buat muka kerek. Cess. Orang sebelah dia plak yg jawab. Pot pet pot pet ok minah tu sajes pi Star City. Dekat je dia kata. Naik teksi 50 peso jek.


nampak ni terbayang makincik muahahaha...cemana dia betulkan kabel tu...tak konpius ke?

Dengan pantas kami tahan teksi terus pegi Star City haha Kemaruk nak shopping. Sebab ada orang tu warga Intekma komplen duit dia 12000 peso tak luak² pon lagi. Kemain lagik duit tak luak katanya hahaha

Masuk Star City kena bayar sebab dia ada theme park dalam tu. Bayar la 60 peso sorang. Sebelum masuk gad tu kata lagi setengah jam nak tutup. Round la kat dalam tu sekali lalu. Pas tu jeng jeng baru la jumpa ngn kedai jual gelang kristal. Puas la mencarik. Kat SM langsung tak de. Tapi tak banyak gelang dia. Ada la beli sket 2-3. Ada kristal peten baru. Tatau la baru ke idak. Kristal dia bentuk pat segi. Lawa u ols. Tapi ada satu je kat situ. Ketua trip beli. Mintak² jupa lagi kedai jual gelang kristal kat tempat lain. 2 hari lagi ada.


memang la buy 1 take 1...takkan buy 1 take 2 huhu

Baek nye tawar menawar lepas tu balik bilik sebab nak tutup dah Star City tu. Tahan teksi dia mau 200 peso. Huk ala. Pegi tadi 60 peso jek. Ampes nye la. Sesukati dia je charge tambang teksi.

Kitorang tak naik. Dok kat tepi restoren tunggu teksi lain. Hujan renyai. Tengah tunggu teksi aku tanya sorg minah Filipino kat sebelah 'expensive' lam tagalong apa? Dia kata 'mahal'. Uik mahal gak. I lap u pon mahal, expensive pon mahal. Gasak depa la mahal ke murah kan hehe

kawasan ni nama RIMAS...area Bacalaran

Pokcik drebar teksi tu datang lagi kat kami turun kan harga 150 peso. No no mahal kitorg kata. Kalau 100 peso yes. Pokcik tu pon jual mahal gak. Dia pon jalan kulu kilir kunun² carik penumpang lain. Pas tu datang balik kat we all turun harga lagi 120 peso. Hahahaha 3 kali datang kat kitorg Dari 200 turun 120. Kitorg tanak gak. Nak 100 jugak. Aku cakap ngn ketua trip tak pe la kita tunggu je teksi lain, kita pon bukan nye in hurry sesambil ngumpat pokcik teksi tu.

Buat² muka nerd tunggu teksi lain. Peh tu ketua trip memecah kesunyian kata 20 peso tu cuma RM1.40 je yg kita nak bertekak. Ye tak ye jugak. Kerana RM1.40 sanggup nak tunggu teksi lain yg tah bila leh dapat. Sebab Sun City tu masuk ke dalam sket. Lepas tu sesame gelak berjemaah sambil naik teksi yg mahal tambang teksi tu cuma RM1.40 saja...muahahahahaha



sapa mau apdet blog leh pi sini hehe

Balik bilik belek² gelang kristal baru beli huhu. Esok sambung jalan lagi dengan harapan jumpa lagi kedai jual gelang kristal. Mek nak gak kristal bentuk pat segi seperti gambar di bawah hiks

cantek bukan? huhu...mau tanya kat Sabah dah ada lom kristal cam ni? Kalau ada mau kirim sapa pi Sabah hehehe...mau buat 2 kaler plak