Mari mariii kita menonton drama malayu di RTM1 saluran infotainmen anda hohoho. *artiyemmmm teman setiyaaa andaa* Berbaloi rasanya. Lebih nilai utk masa anda. Iklan yg pendek serta durasi tayangan 1 jam. Baru 2 episod.
Waktu tayangan tiap hari sempena bulan posa jam 10 malam. Sempat tengok pas balik terawih. Drama ni diadaptasi dari novel. Arahan sapa aku lupa tapi skrip dia Sharifah Abu Salem, penulis novel karangkraf yg fofular itewww. Antara tarikan drama ni ialah penggambaran dibuat di Madinah. Mcm aku lom penah pi sana lagi sangat berminat mao tengok ini drama.
Para pelakon Datuk Sarimah, Wardina, Zul Yahya, Shukri Hashim dll. Sinopsis sket. Bapak Zul Yahya orang Patani telah 'menghilangkan' diri selama 20 tahun dengan alasan mau berhijrah demi memperbaiki hidup depa 3 branak. Dia pi berhijrah ke Bangkok. Mak Zul Yahya iaitu Datuk Sarimah percaya bahawa suaminya masih hidup walaupun ada kabar angin mengatakan Shapiee, suaminya telah mati akibat rusuhan yg berlaku di Bangkok di mana suaminya bekerja. Zul Yahya dah beso dapat belajar di Madinah. Mungkin kat Madinah dia jupe bapak dia kot. Kita saksikan episod seterusnya yach.
No comments:
Post a Comment