Wednesday, February 02, 2005

Filem : The Way Home (2002)



Salah satu filem bes di Korea pada tahun 2002. Filem ni dibuat ditujukan khas utk insan-insan yang bergelar nenek. Cerita mengisahkan sorg cucu bernama Sang Woo, umur 7 tahun yg berasal daripada bandar Seoul, terpaksa menetap bersama neneknya yg berumur 77 tahun, yang menetap di kampung pendalaman. Nenek dia bisu dan kurang pendengaran. Bukan pekak yach sebab dia boleh dengar dan faham apa yg orang cakap tanpa perlu menjerit atau menggunakan corong pembesar suara. Amma sama appa Sang Woo baru bercerai, jadi amma dia mahu carik kerja kat bandar. Sementara amma dia nak dapat kereja, dia tumpangkan anak dia pada emak dia kat kampung.


Biasala budak bandar yg tak pernah dok kampung, serba tak kena Sang Woo dibuatnya. Merungut, marah, tunjuk perasaan, degil dan ego (tak reti mintak maaf bila buat salah) Ye la dah nama pun budak. Nak makan pizza, kentaki ciken, beger, mana nak dapat kat kampung. Adakala tindakan Sang Woo tu ada mcm ‘kuang ajo’. Ada ke dia panggil nenek dia bodoh. Memang nak kena peng budak ni. Tapi nenek dia tetap sabar dan salem kool planet. Mungkin dia paham ngn peel budak bandar.




Dalam citer ni kita dapat lihat kehidupan kawasan pendalaman di Korea yang jauh dari pekan yg terdekat. Aku saspek sama nenek tu, boleh survive idop sensorg. Fizikal nenek tu umpama 'sekali aku ketis bertabur tulang rusuk' tapi masih kuat. Angkat air turun naik bukit. Nenek ni nenek betol yach, bukan orang muda disolek jadi tua (yg mana sore tu mcm itik serati sebab nak buat2 sore org tua) Nenek ni yg aku terbaca di ambil oleh pengarah di tepi jalan. Nenek tu tengah berjalan, ternampak dek pengarah terus ambil berlakon dan lakonan dia tak mengecewakan. Sang Woo pun begitu bersahaja berlakon dalam usia yg begitu muda.



Jalan citer dia biasa je. Ada sebuah drama Melayu penah buat jalan citer mcm ni. Anak org kaya, taim cuti skola panjang mak bapak anto dok kampung ngn tok nenek utk merasai suasana kampung. Anak tak suka pas tu memberontak bla bla bla dot com dot mai. Bila nak balik semula ke bandar rasa sedih, daripada tak suka timbul sayang kat tok nenek yg kuno...bla bla bla. Cuma yang berbeza garapan pengarah, para pelakon, suasana kehidupan tempat yg berkenaan juga skrip yg berkesan.



Dipengakhiran citer, bila Sang Woo dah nak balik semula ke bandar, dia ajar nenek dia menulis. Dia mahu nenek dia hantar surat kat dia nnti. 2 ayat je dia ajar "Aku sakit" dan "Aku merindui kamu". Dia akan segera datang jumpa nenek dia bila dapat surat dari nenek. Masa dalam bas tengah lambai-lambai sayonara, Sang Woo mintak maaf kat nenek dia, guna isyarat org bisu. * sob* sob *

4 comments:

Aku Dan Kalam said...

Wow mana you dapat banyak maklumat pasal filem ni. Bestlah baca

waiem said...

Terima kasih :)

Unknown said...

Pnh tgk movie ni 1 ms dlu.. mmg touching sgt.. mcm x smpai ht tgk nenek dia.. rs nk amik bwk dok dlm idop lbh baik.. bju pon koyak2.. huhu

Unknown said...

Pnh tgk movie ni 1 ms dlu.. mmg touching sgt.. mcm x smpai ht tgk nenek dia.. rs nk amik bwk dok dlm idop lbh baik.. bju pon koyak2.. huhu