Aku terlambat menonton citer ni sebab banyak hal nak setel pindah rumah. Asyik pospon nak tengok. Hanya 8 org yg ada dlm GSC Summit USJ smlm tgk citer ni. Mungkin ramai org dah tengok. Bagus gak tak ramai, dapat menghayati cerita dengan tekun nya. Kalu tgk awal mungkin dapat canang kat orang² kampung suh pi tengok citer ni. Keluar panggung aku kata ‘eh bagus la citer ni’ Osmet aku mengiya kan. Sebelum tu kawan dia kata citer ni tak bes, yg bes bab racing jek. Nasib baik tak terpengaruh sebab aku kata tak pe kita tengok apa yg tak bes nya.
Bagi aku citer ni ‘superb’ sebab aku tak jumpa kelemahan yg ketara dalam filem ni. Sikit² tu adat la selagi tak mencacatkan keseluruhan cerita. Plot jalan cerita tersusun kemas. Kebanyakkan elemen tertumpu kehidupan org kota yang tak reti tido waktu malam. Sarat dengan moral. Syabas buat semua warga kerja filem ni. Sekalung tahniah buat pengarah, Bade Hj Azmi, yang dapat membuat filem Melayu dengan begitu baik sekali. Puas hati la tengok ni juga berbaloi. Filem mampu raih byk anugerah kalau tak de citer yang lagi bagus drpd ni selepas ni. Award Pengarah Terbaik tahun 2003 dipikul dengan baik oleh Bade.
Jalan citer bertemakan tentang masalah social yang sering terpampang dalam akhbar. Dadah, ectasy, lumba haram, samseng, along, sutun, skim cepat kaya, rogol, bahasa kesat digunakan pakai iaitu barua (tanpa disensor dengan bunyi ‘tut’) Yang tak de pelacur dan cd cetak rompak. (Mungkin ada dalam pilem gerak khas 3 kot) :)
Tiga cerita yang bertemu di satu penghujung yang sama - Rosli, Nala dan Legau tiga karektor berlainan yang langsung tidak punya kaitan atau hubung kait di antara satu dengan lain. Namun uniknya ia dilakonkan aktor yang sama iaitu Rosyam Nor.
Ia berkisar mengenai Rosli seorang peniaga kecil-kecilan yang bercita-cita besar tetapi bertindak melulu hingga terperangkap dalam kemelut ceti haram dan Ria teman wanita Nala seorang pengedar pil ecstacy yang cuba keluar dari hidup ibarat neraka.
Dan di satu sudut kehidupan yang lain, Rizal anak seorang Tan Sri yang terjerumus dalam kancah lumba haram menanti masa untuk menjadi mangsa Legau (Rosyam Nor).
(petikan dari sinema bintang popular oleh susan ahmad)
Kesimpulan yg dapat dibuat melalui filem ni :
Orang jahat pasti akan dapat balasan.
- Adlin Ramli sebagai Beron, seorg along. Bini susah bersalin, akhirnya mati bersama anak.
- Watak Nala (Rosyam Nor) dan Ben (Aqasha), masing² pengedar dadah, akhirnya mati ditembak sama sendiri.
Orang jahat pasti akan dapat balasan.
- Adlin Ramli sebagai Beron, seorg along. Bini susah bersalin, akhirnya mati bersama anak.
- Watak Nala (Rosyam Nor) dan Ben (Aqasha), masing² pengedar dadah, akhirnya mati ditembak sama sendiri.
Orang yang mahu bertaubat tuhan akan bagi peluang
- Ria (Siti Elizad), awek kpd Nala, masih bernyawa setelah mengalami kemalangan yang teruk
Nafsu lelaki yg tulen memang satu dan menjurus ke arah ‘itu’ : P
- Terbukti melalui filem ni kes rogol berpunca dari orang lelaki. Bagaimana bisa ya perempuan yang menutup aurat boleh menaikkan nafsu lelaki melainkan lelaki itu sendiri yang menaikan nafsunya sendiri. (Ni cakap dalam konteks perempuan menutup aurat yg dirogol yach) Syabas lagi sekali tuan director. Ini lah kita carik² selama ini. : ) Perogol semacam ni tidak harus dibiarkan hidup kerana telah menyalahgunakan anu dia. Salah dan merbahaya hohoho
Watak Ako Mustapa pon aku suka. Anak org kaya yg blur², tak de arah hidop, mengabihkan boreh jo. Baik mati. Kesempatan ni di ambil oleh Saiful Apek sebagai penghasut selain aksi² racing bising yang buat aku terpegun gak la seketika. Watak Rosyam sebagai 3 org yang berlainan tu aku rasa utk mewujudkan kimia antara ketiga² jalan cerita tu. Mungkin kalau letak orang lain feel dia tak sama. Loded le Rosyam blakon citer ni, leh dapat bonus 3 kali ganda dari org lain mcm yg dia mintak kat Aqasha dalam citer ni hehehe Mesreeeeeeee
No comments:
Post a Comment