Thursday, December 19, 2013

[Ribiu buku] Kawah


Mula membaca blog beliau selepas terbaca ribiu beliau mengenai konsert Search di Mont Kiara beberapa tahun dulu. 

 "Boleh tahan jugak tulisan brader ni" kata hati

Sejak hari itu rutin setiap hari saya ialah meng-klik ke blog beliau untuk baca entri-entri terbaru beliau. 


Sangat suka membaca akan tulisan beliau.

Kemudian beliau menjadi pengulas di blog bola di Laman Web Rasmi Bolasepak dunia

Sangat seronok. 

Tapi, 

Ku sangkakan seronok hingga ke petang, rupanya jadi tak seronok di tengahari. 

Beliau pon dah tak aktif menulis di blog. Bizi menulis dan menerbitkan buku barangkali.

Tapi masih dapat membaca tulisan beliau di fesbuk nya. 

Jadi lah. 

Buku ini gabungan dua buku tulisan beliau. 

Kacip + Chewah = Kawah

Ada juga cuba untuk mendapatkan Kacip tapi hampa sebab dah tak cetak lagi. 

Cerita dalam buku ini himpunan cerita pendek beliau di blog dari tahun 2006 hingga 2012. 

Sedap jugak baca cerita-cerita pendek ni kadang-kadang. 

Paling tak leh lupa perkataan ni, 

"Hari Raya Pilihan" dari tajuk Selamat Pilihanraya (m/s : 67)

Dan juga dialog MAKAN yang ni (m/s : 157)
"Kat Lipis ni tempat makan mana yang best?" tanya satu kutu yang pertama kali sampai Lipis. 

"Kentaki Fried Chicken" jawab gua

"Kentaki tu kat Kolumpo pon ada. Maksud gua makanan orang sini la. Lu orang Lipis takkan tak tahu?" balas kutu tu semula tak puas hati

Gua diam. Fikiran gua melayang teringat perjalanan hidup gua dari darjah dua hingga ke darjah enam. Dari tingkatan satu sekolah asrama hingga ke tingkatan lima. Dari semester satu belajar bela kereta hingga ke semester enam. Dari kerja repair kereta di Kolumpo sampai ke kerja repair kereta di Kuantan. Dari jadi pengajar hingga menjadi pelajar. 

Sesungguhnya setiap kali gua balik Lipis, gua makan nasi kat rumah.

Pernah alamai situasi ni dulu bila sedara mara yang datang dari jauh tanya tempat makan yang best di JB. Sebab kita bukan kaki makan luar jadi sukar sikit nak jawab soalan ni kepada pelancong. Hehehe

Kepada yang minat baca buku, sila lah baca buku ini. 

Selain untuk dibaca, buku ini juga molek  untuk dijadikan koleksi. 

Sangat di rekemen. 

No comments: