Friday, November 08, 2013

The Heirs - Episod 1 & 2

Belom sempat tengok dramanya yang sebelum ni Faith, Lee Minho telah muncul dengan drama baru The Heirs. 

Sampai pengarah Faith mati bunuh dirik. Hilang lagi sorang pengarah berkaliber di Korea. Antara drama beliau yang ohsem ialah The Legend lakonan Bae Yong Jun. 

Perasaan selepas menonton episod pertama dan kedua ialah macam tak berapa nak masuk je ni. Citer hero anak orang kaya, heroin anak orang meskin. Gelpren / tunang hero juga anak orang kaya yang juga kekwat. Hubungan kekeluargaan juga hambar. 

Macam tak menyeru nak menonton episod seterusnya. 

Dan pelakon-pelakon pembantu kebanyakan dari drama To The Beautiful kecuali abang Kim Tan. Boleh tahan. Jalan tangan masuk kocek....kekeke


Episod pertama dimulakan dengan aksi hero bermain err...apa benda nama sukan ni ek. Lupa. Beliau menetap di Carlifornia US. Lagak nya seperti pro sahaja


Yang ni hero kedua. Masa tengok To The Beautiful macam cas negatif bertemu cas negatif hehehe. Muka ketat semacam. Tegang sangat. Terlebih botox agaknya. 


Heroin yang mantap. Anak orang meskin yang bekerja di sebuah cafe

Adek manes CN Blue ni juga ada dalam drama ini. Kali kedua bergandingan dengan heroin selepas drama You've Fallen for Me , yang hero dia penyanyi CN Blue. 



Suasana tegang dua beranak. Kakak beliau kini menetap di US (kononnya belajar), kemdian mintak duit dengan mak dia di Korea dengan alasan nak kawin. Mak suruh bank in duit, yang adik bangkang. Bior dia pergi US hantar duit dan sekaligus hadiri majlis perkahwinan kakak dia. Takkan hari kawin takde ahli keluarga yang hadir. Adik pon nak merasa jugak pergi US.


Sampai di US cari punya cari jumpa lah dengan kakaknya  yang bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe. 

*Samada abang Abu izin atau tidak saya nak kerja jugak...jadi pelayan*

Kafe ni tempat lepak hero yang bernama Kim Tan. Nama Melayu dia Atan.


Perjumpaan empat mata kakak dan adik. Disaksikan oleh 2 lagi mata. Mata air.

"Oh ini rupanya kolej engkau ye unnie? Baju kolej kau pun cantik"

"Kau ni bengap ke hapa? Does this look like a college to you?"

"Kau menipu mak selama ini. Tergamak kau ya."

"Mana duit? Ada bawak tak?"

"Kau tak tanya pon kabar aku terus mintak duit? Kakak jenis apa kau ni?"

"Shadap you"

Kakak terus selongkar beg merah adik dan melarikan duit berserta diri nya. 
  
Adik terus kehilangan kakaknya selepas itu.


 
Datang la Atan menenangkan keadaan. Atan ajak heroin bermalam di rumahnya sebab rumah kakaknya tiada orang. 

"Terima kasih Atan kerana sudi menumpangkan aku di  rumah kau. Sesungguhnya kau tak Arrogant. I like..."
 

"Atan, mana ahli keluarga kau yang lain? Kau tinggal seorang di rumah sebesar ini? Kau tak takut ke kena kacau dengan ju-on?"

"Kau diam boleh  tak. Bilik kau kat sana. Dah pergi membuta sana"



Yang ni mak tiri Atan. Yang baju biru mak kandung Atan. Mereka berebut suami.

"Kau jangan nak berangan jadi isteri kepada suami aku. Selagi aku berhidup jangan harap ya. Kalau bran pergi la menikah kat Siam "
 

Tunang Atan juga datang ke US. Atan ni macam tak suka akan tunang dia. Mungkin sebab tunang paksa.

Lari punya lari, (mereka melarikan diri dari penjahat) mereka masuk ke dalam panggung wayang dan dipendekkan citer Atan mengeluarkan dialog berbunyi,

"Kuch kuch hota hei kah aku...???? "

4 comments:

Unknown said...

hehe...nama atan plak..dari kim tan jadik atan..hahah
ambe dah sampai ep 10 dah....download...ep 9 aksi tumbuk menumbuk..

waiem said...

Lambatnya tumbuk menumbuk...aigooo hehe

ikansepat said...

Tak tahan gelak baca recap...

waiem said...

:)