Tuesday, October 22, 2013

[Ribiu buku] Cerita Seram

"Banyak dugaan dalam menyiapkan buku ini, antaranya gangguan di kuburan sewaktu penggambaran gambar untuk kulit depan buku ini..."  Tok Awang Mut, Serdang


Koleksi buku indie seterusnya yang dibeli dan dibaca terbitan Abang Dubook Press .

Kisah dalam buku ni merupakan himpunan pengalaman dan kisah seram penulis yang tidak mungkin dilupakan.

Jarr Nadjmuddean, seorang anak muda kelahiran Terengganu, dikatakan memiliki kuasa yang jarang dimiliki orang lain iaitu kemampuan melihat hantu (petikan kata Pengeras)

Kisah hantu yang terdapat di dalam buku ini adalah seperti berikut dengan sedikit kopipes babak seram pilihan penulis blog

1.    Hantu Berlumut

Aku demam 3 hari kerana kejadian ini. Sebenarnya mak aku pernah cakap, dari kecil lagi aku ni mampu untuk lihat benda-benda ghaib yang tak mampu manusia biasa lihat.

Anugerah ini kekal sampai sekarang. Aku tak fikir benda ini menyeronokkan dan kadang-kadang aku tak paham kenapa aku boleh nampak.

m/s : 8

2.   Cincin Pusaka

Orang tanpa muka muncul depan aku. Demi Allah. Muka gondola tak ada apa-apa. Aku Cuma ingat apa “dia” cakap.

"Bagi balik cincin tuuuu! Bagi balikkkkk!!!!!"

Macam guruh. Aku jatuh terjelepuk. Lepas tu aku dah tak ingat apa-apa dah.

m/s : 13

Bek ground musik,

Pulangkan lah oh pulangkan lah…

Oh hentikan lah menghantui kuuuu….

Yang ni ambe tambah hehehe

3.   Terowong Pontianak

Kisah seram di terowong Bedok Reservoir Singapura

4.   Farish Disergah Pontianak

Sekeliling rumah makcik aku di tingkat 3 dicakar sepanjang malam sampai ke subuh. Kakak ipar dan mak cik aku masih hidup lagi kalau anda mahu dengar ceritanya.

m/s : 20

5.   Arwah Mak Lang Pulang 

6.   Hantu Bukit Bauk

Aku tanya Pjoe, "Masa kau jerit, apa yang kau fikir?"

Pjoe diam lama,  dia pandang aku, dia tunduk.

"Mat masa kau bukak tingkap, “benda” tu dah meluru ke arah kau. Tu pasal aku menjerit"

Aku sapu muka berkali-kali.

Bukit Bauk, kau dah banyak makan orang.

m/s : 28

7.   Harum Cempaka Ditengah Malam

Pokok kemboja dan pokok cempaka wanginya memang lain macam.

Ini kisah seterusnya pengalaman aku diganggu makhluk halus yang menumpang di pokok cempaka.

m/s : 29

8.   Hantu Genting View

"Perghhh, taubat aku tak pergi dah Genting View tu. Haram jadah punya tempat."

m/s : 36

9.   Gadis Bergaun Putih Di Desaru

"Aku teringat pesan Ummi, kalau ada benda ikut dan tak tahu nak buat apa, nyalakan sebatang rokok sambil baca 3 Qul dan Kursi, aku buat"
 
"Kepada pembaca, semasa aku meletak rokok di atas pagar hujung kurang 50m dari tempat dia berdiri, dia tunjukkan rupa dia. Subhanallah..."

 
"Baru aku faham kenapa Ummi pesan pasang rokok. Kuasa Allah, selesai aku baca seperti pesan Ummi, "benda" tu seakan pergi mengikut asap itu"


m/s : 38

Moral of the stori, untunglah harga rokok mahal boleh buat halau hantu...hehehe

10.  Kisah Seram Diganggu Hantu Lebuhraya

 Yang ni biasa kita dengo. Hantu tumpang naik kereta. 

11.  Hantu Ikut Mengaji dan Arwah Budak Mati Dilanggar

12.  Ukay Perdana

13.  Pontianak Kampung Pauh 

14.  Hantu Mak Kerinting 

15.  Perempuan Tua di Pantai Teluk Ketapang

16.  Hisham dan Arwah Nadia

Yang ni pon seram dan sedih. Penulis berkawan dengan Hisham dan Hisham ni berkahwin dengan Nadia. Entah apa masalah ada orang dengki dengan pasangan Nadia dan Hisham dan mereka menyantau Nadia hingga mati. Hisham tidak dapat menerima kenyataan dan masih menganggap Nadia masih hidup. “Nadia” tinggal serumah dengan Hisham dan memasak untuk Hisham macam biasa.

“Ustaz Khidir mengucap panjang. Kata beliau, sampai begini sekali orang yang dengkikan Hisham dan arwah. Mempergunakan jasad Nadia untuk memesongkan Hisham”.

m/s : 65

17.  Kawan Serumah Angah

 Hantu menjelma jadi hausmet yang sedang balik kampong.

18.  Arwah Mak Kinah 

19.  Kampung Sinsing 

20.  Paya Hitam

21.  Tampiness Street 32

22.  Pintu Ke Alam Ghaib

23.  Cerpen Seram Bonus – Puaka Bukit Depu

Ok sekian saja dulu. Kalau anda suka akan cerpen-cerpan hantu, dapatkan segera buku ini. Boleh beli di atas talian.

Baca siang memang steady, gagah dan berani. Datang malam terimajin macam-macam. Hampeh.

Mintak dijauhkan telinga ni dari mendengar bunyi cakaran di tingkap dapo sewaktu tengah buatkan susu anak di tengah malem yang sunyi sepi. Hehehe

Nota tak berapa serem : Sebagai mantan pembaca tegar blog Sokernet suatu ketika dolu, ambe kenal Jarr ni selalu komen dan beliau merupakan penyokong Liverpool.

5 comments:

Unknown said...

nk komen ikut tpon dok s3dap wase...tp ambe rajin kene gok lembaga tumpang kete...pahtu yg bukit bauk tu mmg ramai doh kene situ

Unknown said...

nk komen ikut tpon dok s3dap wase...tp ambe rajin kene gok lembaga tumpang kete...pahtu yg bukit bauk tu mmg ramai doh kene situ

azy said...

salam sis

wah..macam menarik je buku ni..tp kena hati kering la huu

waiem said...

ashie,

aigooo..seremnya lembaga tumpang kereta...

waiem said...

azy,

wslm...menarik kalu minat citer seram hehe