Thursday, October 17, 2013

Agar agar rambutan



Rambutan terlampau banyak kat rumah. 

Setiap minggu cik asben pergi amek kat kebun di Batu Laut Sepang.  

Dah bagi-bagi orang pon masih banyak lagi.

Tak termakan sampai dah kecut. Nak makan berlebihan takut batuk.

Minggu ke-3...tak boleh jadi ni kena buat sesuatu dengan rambutan nih.

Tanya pokcik gogel ada tak orang buat puding / agar-agar rambutan.

Selain agar-agar, rambutan juga boleh dibuat kerabu. 

Next cen boleh try buat kerabu pulak


Bahan-bahan : 

Rambutan (kupas dan potong kecik-kecik macam nata de coco atau ikut suka)
1 paket agar-agar tali
Gula melaka
Susu cair
Daun pandan

Cara buat : 
1. Masak rambutan yang telah dikupas tadi. Lepas tu toskan
2. Masak agar-agar bersama daun pandan
3. Bila agar-agar dah cair dan mendidih, masukkan gula melaka dan susu cair
4. Bila dah agak-agak secukup rasa, ceduk dan masukkan ke dalam acuan
5. Bila agar-agar dah sejuk suhu bilik masukkan pula ke dalam peti es
6. Bila dah sejuk suhu peti es, masukkan pula ke dalam mulut. Nyam nyam

2 comments:

ashie minho said...

ambe pun x tau nk wat mende ngan moktan banyok ngat dumoh ni..kalu nk makan sorg x larat , berguni...ahhaa...kene test ar buat mende ni plok..

waiem said...

Aaa try test buat ni...