Tuesday, July 03, 2012

Tips membeli tembikai manis



1. Episode semalam di Masterchef Selebreti dalam saingan kumpulan, mereka dikehendaki memasak makanan faveret Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. 

2. Moral of the episode semalam, banyak noo nak kena bersabar kalu kerja dengan double AA tu kan (merujuk kepada komen-komen Fazley Yaakob)

3. Tapi ambe rasa si Fazley tu pon silap jugak. Yang kau pegi suruh Chef Jo pilih sorang ahli group kau sapa suruh. Kau kan dah diberi kuasa untuk memilih ahli kumpulan sendiri. Kalau tak ko pilih je la Angah atau pun Farouk tu atau ahkak Juliza kita itu.

4. Kadang mata ni tak berkenan sungguh dengan lelaki yang suka naikkan kolar baju bila pakai baju tiset yang ada kolar. Tak naikkan tak boleh ker haa? Huhuhu

5. Sapa tau apa makna yang tersirat? 


6. Antara makanan feveret Tan Sri P.Ramlee ialah makan tembikai cicah dengan sambal kicap. 

7. Kalau u ols nak beli tembikai yang manis try cari tembikai yang ropa macam tu. Ni tips saya dapat daripada emel kawan bos. Kalau emel dari dia biasanya boleh dipecayai. Saya pon dah beli tembikai mengikut tips itu hari Sabtu lepas tapi belom sempat potong lagi. Tembikai dah depan mata pon tak sempat nak potong kan. Very de bizi la. Hehe

8. Katanya tembikai yang ada kesan-kesan parut macam tu ialah kerana kesan gula dari dalam tembikai itu. Gula tu macam dah banyak sangat jadi dia nak meloloskan diri dia keluar dari kawasan jajahan maka terbit la kesan parut yang warna coklat itew. 

9. Jadi tembikai itu pon pasti berasa manis sebab kesan gula itu. 

10. Selamat mencoba!


11. Satu lagi makanan feveret Tan Sri P.Ramlee ialah kerang rebus.

12. Bagi sapa yang berminat makan kerang, ada sorang sahabat ni telah menjalankan perniagaan IKS menjual kerang rebus dah siap dengan sambal nya sekali. Perniagaan itu di beri nama Kerang E-Jau Resepi Asli. Bole like fesbuk dia di sini


13. Satu pek taufufa tu rege RM5 saja. 

14. Makan dengan nasi putih panas-panas, sedappp! 
 

No comments: