Kebiasaan
nya kita dengar anak derhaka kepada ibubapa. Walau macam mana teruk atau buruk peel ibubapa kita, kita tidak boleh derhaka kepada mereka.
Kita wajib hormat dan mentaati mereka.
Tetapi
harini saya baru dapat tahu bahawa ada istilah ibubapa derhaka kepada anak, melalui
rancangan Tanyalah Ustaz pagi tadi. Topik harini dan semalam ialah "Derhaka
kepada ibubapa".
Ustaz yang bertugas |
Kategori
ibubapa yang derhaka terhadap anak ada 3. Tapi ianya lebih ditujukan khas
kepada golongan bapa.
Oleh yang demikian, bapak-bapak atau bakal bapak
yang berada di luar sana berwaspada lah. Untuk menjadi bapa yang baik, bukan
hanya bermula dari selepas bini beranak. Ianya harus dimulai dari sebelum
berkahwin, bermula dari hendak mencari pasangan hidup.
Firman
Allah ada menyebut, "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" dan
sebaliknya. Jadinya kalu kita mahukan pasangan yang baik, kita haruslah berkelakuan
baik. Insya Allah, kita akan dapat jodoh yang baik.
Bila
dah dapat jodoh yang baik, Insya Allah akan dapat anak yang baik dan tidak derhaka kepada ibubapanya. Benda ni sebenarnya dia
berkaitan di antara satu sama lain kalu kita selidiki dan fahamkan susur
galurnya.
Berbalik
kepada kisah bapa derhaka kepada anak.
Kisah
berlaku di zaman Saidina Umar Al-Khatab. Saidina Umar dikenali sebagai seorang
peminpin yang sangat adil. Satu hari ada
seorang bapa datang mengadu kepada beliau bahawa anak dia telah derhaka
kepadanya.
Lantas
Saidina Umar pon panggil la anak yang dikatakan derhaka itu untuk di basuh
otaknya.
Setelah
diberi beberapa patah kata nasihat, anak itu pon mengaku yang dia bersalah
sebab derhaka kepada bapanya.
Sebelum
pulang anak itu bertanya kepada Saidina Umar, ada tak ibubapa yang derhaka
kepada anaknya?
Saidina
Umar berkata ya ada. Yak itu…
1.
Bapa yang tidak memberi ibu yang baik kepada anaknya
2.
Bapa yang tidak memberikan nama yang baik kepada anaknya
3.
Bapa yang tidak mengajar anaknya Al-Quran
Anak
itu pon berkata, "Oh kalau begitu bapak aku terlebih dahulu telah derhaka
kepada aku. Dia tidak mencarikan ibu yang baik buat aku. Dia tidak bagi nama
yang baik untuk aku. Nama aku tiada makna. Dan tidak pernah satu pun huruf Al-quran
yang dia ajarkan kepada ku"
Tamat
kisah itu.
Moral
of the stori, mungkin adakah boleh kita simpulkan kederhakaan seorang anak itu
berpunca dari kederhakaan bapanya sendiri?
Derhaka
yang macam mana? Wallahualam. Hanya
mereka-mereka yang tertentu saja yang mengetahui.
Begitu
penting rupanya untuk lelaki mencari pasangan yang baik. Jika tidak boleh
jatuh kategori derhaka terhadap anak.
Saya
berfikir sebentar.
Dengan
kualiti remaja lelaki Muslim yang kita ada sekarang ni (tak semuanya la), yang
umur kecik-kecik dah pandai rogol orang, dah pandai beromen, dah pandai tengok
bideo lucah, dah pandai menyamun, mat rempit, bohjan, terlibat dengan dadah,
sebagaimana berita yang kita sering baca di dada-dada akhbar yang bidang itu…
Adakah
bapa-bapa mereka pada suatu masa dahulu seorang 'penderhaka'?
Itu
baru dari skop remaja.
Belom
masuk bab orang dewasa.
Belom
masuk bab bini skandal dengan lelaki lain hingga lahirkan anak luar nikah. Apa
akan jadi pada nasab dan keturunannya?
Adakah
kederhakaan itu akan berterusan dan berpanjangan?
Dan
lain-lain lagi. Pening pulak hamba nak fikirkannya.
Aduhai…besar
dan sulit sungguh peranan seorang lelaki
yang bergelar bapa ni ya. Nak menanggung dosa bini dan anak perempuan nya lagi.
Silap didik anak, anak akan jadi derhaka pula.
Patut
la ramai lelaki takmo jadi lelaki sekarang ni. Berat tanggungjawabnya.
Semoga
Allah selamatkan kita semua.
Akhir
kalam saya ingin kongsi satu status seorang rakan di fesbuk. Berbunyi begini :
Sedap
sangat la tu kan. Kasihan sebenarnya lelaki macam ni. Semoga lelaki kategori ini
diberi taufik dan hidayah oleh Allah dengan segera.
Nota : Doakan saya semoga dapat menjadi ibu yang baik itu. Amin
2 comments:
Sama2 kite bdoa dpt mnjdi ibu bapa yg baik.amin
Sama2 kite bdoa dpt mnjdi ibu bapa yg baik.amin
Post a Comment