Tuesday, December 20, 2011

Tak salah


Semalam selepas makan malam terima satu panggilan telefon.

"Hello Puan waiem, saya Cik Meng (nama samaran) dari syarikat XYZ. Saya dapat nombol fon Puan dari rakan kerja Puan, Mr. Kim (Bukan nama sebenar). Kami nak bagi servis percuma cuci tilam…hapus bakteria…suci murni...bla...bla...bla..."

"Ok" saya menjawab

"Kami nak datang rumah Puan esok lepas Magrib. Demo cuci tilam ni makan masa dalam 45 min, sejam la lebih kurang. Boleh tak kami datang esok?"

"Oh esok saya balik lambat la. Hari-hari saya balik lambat" cuba bagi alasan supaya mereka tak datang rumah.

"Bila hari yang Puan balik awal? Macam mana dengan Sabtu? Kami datang hari Sabtu."

"Hmm tak pe la saya tak berminat."

"Puan ni servis percuma Puan. Tak perlu bayaran satu sen pon. Tak salah Puan cuba" pujuk Cik Meng lagi.

"Tapi tak salah juga kalu saya tak berminat kan?"

"Ok la Puan terima kasih" Cik Meng pon letak telefon. Dah kehabisan ayat nak pujuk lagi.

Pasti anda jua pernah menerima panggilan telefon yang sebegini yang isi penting di dalam skrip dia ialah servis PERCUMA.

Biasa kalu saya terima tawaran PERCUMA yang sebegini saya akan tolak dengan baik. Fikir alasan-asalan yang sesuai untuk menolak.

Nak salahkan mereka pon tak boleh jugak sebab dah macam tu kerja mereka carik makan. Cuma kita sebagai pelanggan kena tahu jalankan watak kita. Nak terima atau tidak.

Bukan apa bila depa dah datang dengan khidmat PERCUMA itu, takkan kita tak tersentuh dengan usaha dan keringat mereka yang datang PERCUMA rumah kita untuk promot sekali gus menjual produk mereka. Sedikit sebanyak mesti akan TERbeli jua.

Sebab saya kenal diri saya, mudah termakan pujuk rayu ataupun kesian.

Tapi selalunya nya kesian punya faktor lah.

Kes yang lain pulak. Yang jual membership. Suruh pergi hotel sekian, sekian sebab nombor telefon terpilih menang hadiah berupa pakej penginapan kat hotel berbintang-bintang.

Dah tahu semua tu penipu besar. Pengampu orang kaya.

Selalu bagi alasan begini,

"Tak pe la saya ni anti-sosial. Tak suka dok kat hotel."

Terus dia letak telefon.

Dalam dunia sekarang ni tak de benda yang free dah. Gores dan menang pon kalu menang hujung-hujung kena bayau duit jugak dek non. Jiran sebelah umah dah kena. Hangus RM3 ribu gara-gara menang gores. Ampeh tol.

Penipuan zaman sekarang macam-macam pesen.

Ter-latest kena tipu dengan Awang Hitam.

Kadang tak paham macam mana mudah orang boleh bank in duit kat orang asing yang tidak dikenali. Bukan sikit. Ada yang berjuta-juta pulak tu.

Hai doniya doniya. Menipu orang lagi untung dari meniaga unta. Wow!



No comments: