Wednesday, September 14, 2011

Melayan telemovie raya


1. Berselindung Di Sebalik Kaabah

Semalam sempat layan telemovie judul "Berlindung Di Sebalik Kaabah". Mula-mula tayangan pertama dulu malas nak tengok bila tengok promo macam citer sedey je. Nampak Eizlan Yusuf halau Didie Alias keluar rumah. Musti citer orang jahat buli orang meskin ni. Mesti orang meskin tu nak minta sesuatu dari orang kaya tapi orang kaya dengan angkuh tamao layan dan halau orang meskin keluar rumah hingga tersungkur. Tak pon musti citer ala-ala si tanggang anak derhaka kat mak bapak. Mencik la nak tengok. Dah tau dah balasan kat anak derhaka ni. Tapi Ashie ada update blog kata citer ni best, maka ada kesempatan semalam saya menonton ulangan di Estero Prima. 

Hmmm…kisahnya mempergunakan agama bagi menutup kemungkaran yang dilakukan untuk mengaburi mata-mata hati yang buta. 

Rina, lakonan Zarina AF2 bertindak mengubah penampilan dirinya yang seksi dengan memakai tudung dan baju kurung menutup aurat untuk melindungi perutnya yang semakin membuncit akibat berzina dengan teman lelakinya. Bapa dan kakak dia ingat Rina sudah mendapat hidayah dan insaf dengan berubah ke arah yang diredoi Allah. Rupanya Rina telah me-munafik-kan diri nya sendiri. 

Saya tunggu nak tengok apakah balasan yang Rina dapat di akhir citer. Rina telah disimbah asid oleh lelaki yang dia telah fitnah iaitu teman lelaki kakak nya. Teman lelaki Rina menghilangkan diri. Lantas dia mahu cari lelaki lain untuk dijadikkan pak sanggup dan buat dajal kat teman lelaki kakak nya sendiri. Dia tuduh teman lelaki kakak dia rogol dia. 

Pengajaran yang diperolehi melalui citer ini ialah ibu bapa jangan lah pilih kasih terhadap anak-anak mereka. Layan mereka sama rata. Rina menjadik sakit hati dan dengki dengan kakak nya yang pandai dan selalu menerima pujian ibu bapa mereka sedangkan Rina tersisih sebab menjadik pelajar yang bodoh dan bebal. Orang ada hasad dengki ni senang syaiton yang direjam nak cucuk jarum. 

Melindungi kemungkaran dengan agama tu yang sedey kan? 

Harap-harap dijauhkan la kita dan keturunan kita tergolong dari kalangan manusia yang semacam ini. Amin. 

2. Oh Harammm...

Citer seterusnya di tonton dalam slot cerekarama minggu lepas. Baca synopsis macam best. Maka kami laki bini pon layan la sambil mengemas rumah. Sapa ada tengok? Best jugak jalan citer nya. 

Mengisah Ramli lakonan Aqasha yang baru tamat pengajian dalam bidang keagamaan. Bermula la episode baru dalam kehidupan beliau untuk ber-amal makruf dan nahi mungkar dengan ilmu agama yang dia ada. Di mulakan dari dalam rumah. Semua perkara yang mungkar di dalam rumah Ramli akan menegur ibubapa dan adik perempuan nya. Kalimah yang selalu keluar dari mulut nya ialah "haram, haram, haram". 

Moral of the stori, di zaman sekarang ini jika seseorang bukan Ustaz/Ustazah tapi ada ilmu agama sikit mahu menegur orang yang jahil kena ada cara nya. Sebab kalu kita tegur secara sound direct kang kita kena cop macam bagus. Walhal niat kita baik mahu mencegah kemungkaran dan membetulkan cara berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

"Sampaikan dariku olehmu walau satu ayat" (Hadis)

Tapi ramai orang Islam sekarang ni cara hidup mereka tidak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Sebab itu mereka tidak boleh terima teguran yang membina. 


Walaupun digarap secara komedi, mesej citernya sampai kepada saya. Saya sangat suka skrip di mana Ramli menegur emak nya yang mahu menukar langsir baru sempena raya akan datang. Berbunyik lebih kurang, 

"Tiap tahun tukar langsir baru. Tiap tahun tukar baju baru. Telefon upgrade baru. Penah kah kita terfikir nak upgrade iman kita setiap tahun?"

Peh terdesup jugak hingga ke sanubari. Ye tak ye jugak kan. Buat ingatan diri sendiri dan sedara sedari yang lain. 

Penah tak kita upgrade bacaan dalam solat kita? Solat adalah perkara pertama yang akan di hitung di sana kelak. Kalau bab solat dah faul, bab lain tak dilihat langsung. 

(Ya Allah, berkata pada diri sendiri)

Ada tak kita upgrade bacaan Al-Quran kita setiap hari or setiap bulan or barangkali setahun sekali sebab bizi katanya. 

Bagi yang perempuan, penah tak kita upgrade cara kita memakai telekung? Atau kita sudah cukup yakin cara pemakaian telekung kita betol dan perfect dan tidak perlu di kemas kini lagi? 

Adakah telekung itu betul menutup dagu kita? 

Adakah kita yakin rambut kita tidak terjulur keluar jika kita tidak memakai anak tudung / scarf kepala? Rambut yang belah belakang yang bersanggul tu bagi yang rambut panjang. 

Tudung sekarang jenis yang tak payah pakai anak tudung kat dalam. Bila nak solat kita main sarung je telekung tanpa anak tudung. Ada tak kita cek rambut kita tertembus keluar atau tidak?

Adakah pakaian dalam kita sentiasa cantik dan indah sewaktu mengadap Allah? Bukan pakaian dalam yang coli tu haa. Pakaian yang bawah telekung tu. Jika kita memakai tiset tiada lengan, adakah kain telekung kita cukup tebal dan tidak nampak lengan yang tidak bertutup itew? 

Firman Allah, 

Wahai anak-anak Adam!  

Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. (A’raf : 31)

Dan sebagainya. Sama-sama kita renungkan. Kita termasuk diri saya sendiri. 

Selain Aqasha, ada Rita Rudaini yang dok menggoda Ramli, Sharifah Amani selaku adik Ramli. Bila tahu adiknya itu adik angkat, Ramli terus bersolat taubat. Bapaknya Jalil Hamid dan emak Hamidah Wahab.

No comments: