Monday, March 14, 2011

Kuih gandus


Semalam selepas makan tengahri di rumah seorang sahabat di Selayang, perjalanan diteruskan ke pasar Datok Keramat untuk membeli kuih gandus.


Pengaruh tivi.
Al-kisahnya, kisah kuih gandus ini telah dipaparkan di Majalah 3 malam Sabtu lepas. Kami pon berdesup ke Pasar Datok Keramat dari Selayang.


Kelihatan menggiurkan sekali kuih gandus ini. Hajat dihati nak terai test barang sekeping dua. Dibuat secara manual oleh pakcik ni (lupa plak nama) dengan macho sekali. Pergh timbul urat dawai tulang besi beliau sewaktu memasak kuih gandus ini


Inti jem nenas. Jem nenas ala kuih tat tu.
Setelah mendapat parking setelah 2 kali pusing sebab keadaan begitu sesak sekali, senario di depan gerai kuih gandus adalah diseperti di bawah


Terus kengsel nak beli kuih gandus sebab beratur sungguh panjang. Aigoo...mesti orang lain pon seperti kami yang berdesup ke gerai kuih gandus pada hari Ahad selepas menonton Majalah 3 malam sebelum nya. Melepas nak merasa kuih gandus. Akan cuba lagi minggu depan. Aja-aja fighting!

Kredit gambo : Pakcik google

Kepada Kak Jay, terima kasey banyak-banyak di atas segalanya. Muahhhsss...

No comments: