Selepas keluar di dalam sokkabar tempohari, kami pon berdesup ke restoren ini bagi menikmati juadah makanan Korea halal yang menjadik pojaan ramai gara-gara banyak sangat menonton citer Korea. Hiks
Berlokasi di No.11, Jalan SG1/1, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor. GPS je la uols pada sapa yang nak pegi tempat ni. Nak eksplen pon ambe tak mahir sangat. Kalau ternampak kedai Sekinchan Ikan Bakar tu, dah dekat dah tu. Terus naik atas lagi naik bukit. Sekinchan belah kanan, Spring Potato belah kiri. Kalo agak-agak sesat tipon la Spring Potato sendiri di talian 03-6188 4471
Jajangmyeon aka black bean noodle. Harga RM11 semangkok. Boleh tahan sedap. Serasi dengan tekak. Cuma jeruk lobak yang kuning tu ciput sangat
Ini pula Bibimbab, makan banyak pon tak debab. Terjemahan nama lain Korean mix rice. Ala kalu dalam drama depa gaul-gaul nasik dengan kimci, sayur-sayuran dan minyak bijan, makan tengah malam atau makan bila taim tensen tak leh tidur atau tensen boipren deting dengan awek lain. Semangkok RM11 juga
Ini Kalguksu aka seafood noodle, juga RM11. Harga makanan Korea seme stended RM11 kecoli Kimbab semida itew.
Ini namanya Perfect Taste. Tapi ambe asek tersasaul nak sebut Personal Taste je. Drama Lee Min Ho yang ambe belom katam lagi. Tinggal lagi 6 episod
Cik asben tanya, "Ottoke tu apa?"
"Ottoke tu maksud dia macam mana"
"Geng macam mana?"
"Geng macam ni la.."
Hehehe
Congmal kamsahamnida bagi yang hadir memeriahkan mejelis.
No comments:
Post a Comment