Tuesday, January 25, 2011

Mak Nani obses drama Korea



Namun, obsesi Mak Nani terhadap drama-drama Korea membuatkan perasaannya meluap-luap untuk kembali menduduki kerusi pengarah.

Katanya, dia begitu kagum dengan budaya rakyat Korea yang ditampilkan dalam drama-drama mereka yang disifatkannya begitu jujur, ikhlas dan praktikal.

"Jalan cerita yang diketengahkan memang bagi Mak cukup bagus. Bukan Mak mengagungkan produk luar tetapi itu adalah realiti yang Mak rasa tidak boleh dinafikan."

"Para pelakonnya juga tidak mengenakan solekan tebal seperti mana kebanyakan dalam drama tempatan yang ada kalanya kelihatan sungguh tidak logik." [Haha very derr trueee]

"Jadi, apabila sudah menonton dan asyik dengan drama Korea ini, tiba-tiba perasaan itu datang untuk kembali mengarah. Mak mahu memperbaiki kelemahan lalu itu dengan mengaplikasikan teknik pengarahan baru," katanya sambil menunjukkan isyarat bagus untuk drama Korea berjudul The Slave Hunters.

"Hai Mak Nani, saya la Slave Hunters itu. Saranghae.."

Semalam saya sempat menonton episod pertama drama arahan akak Erma Fatima berjudul "Dia Bukan Maryam" di TV9.

Tengok pon sebab mak saya SMS suh tengok drama ni. Ekceli saya pon nak nengok drama ni sebab judul dia. Dah lama aim nama "Maryam" ni. Tup tup keluar plak drama nama Maryam, terpaksa la ambe menonton nya..hehehe

Saya jarang layan drama kat TV Media Prima sebab iklan. Tak boleh sabar dengan iklan. Iklan lebih berjela dari drama. Apa barang. Estero pon sekarang dah banyak iklan jugak. Cesss. Ini semua memang menggalakkan kita semua layan channel 391. Layan berita Korea walaupun tak paham hahaha


Baca sinopsis drama ini mengisahkan tentang pengorban seorang sahabat baik kepada sahabat baik nya.

Komen episod 1. Apa yang saya kurang berkenan pesen pengorbanan macam ni. Pengorbanan bagi boipren ni. Aigooo. Very der. Baru boipren je kak oii. Kira tak de jodoh la tu. Redo je la. Tak payah nak melalak meraung tepi pantai macam tu..kekeke. Cuba buat pengorbanan yang mencabar sikit contoh bagi suami ke kan. Bermadu dengan sahabat karib. Baru la berkorban apa sajaaaa, harta atau pon nyawa. Itu lah kaseh mesera sejati dan muliaaaa

Tak pe kita saksikan seterusnya drama ini, apa kisahnya dengan Maryam (antara 4 wanita yang telah dikonpemkan Allah syurga).

Masa tengok Fahrin Ahmad, hati ni terngomel kecil, kan bagus kalu hero pojaan Malaya ambe yang berlakon drama ni. Cerah sikit bijik mata. Huhuhu. Pagi ni gugel nak carik gambo drama ni terjumpa gosip ni pulak Fahrin ganti Ady dalam Dia Bukan Maryam. Hahaha. Sayang seribu kali sayang.

Sebab saya rasa Erma Fatima antara pengarah yang suka amek Ady Putra blakon dalam drama & telemovie beliau. Antara nya yang diingat, Qasidah buat Laila kat Estero Prima dan cerekarama Karma Salina.

Kenapa Ady, wat hepen, wae wae???? Ko bizi syuting iklan Breeze ek?

No comments: