Thursday, November 11, 2010

Zuriat



Topik pagi tadi di Tanyalah Ustaz di TV9 Dekat Di Hati. Sekarang kat TV9 banyak selingan lagu Maher Zain yek...hehehe

Saya sempat menonton 30 min terakhir sewaktu sedang bersarapan pagi di rumah tadi. Saya nak ribiu sikit tentang beberapa perkara yang berbangkit.

Ustaz yang bertugas pagi tadi ialah Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang, antara Ustaz peberet saya. Sejuk dan sedap mata memandang wajah Ustaz ni. Hehehe

Dulu sewaktu sebelum kawin saya sering mendapat skrip ni
 

"Kau bila nak kawin nih? Nanti tak kawin takde anak sapa nak doakan kau bila ko mati nanti????" 

"Eh aku doa la sendiri semasa aku hidup. Masa mati aku serah pada Allah. Kau kenapa??"
 
Skrip lazim yang akan diajukan pada remaja 30-an yang masih belom berkahwin. Cara mereka bercakap seolah-olah konpem anak-anak yang mereka ada pasti soleh dan pasti akan mendoakan mereka sewaktu mereka mati kelak. Dah jodoh kita belom sampai, kita nak kawin macam mana, ye tak. Ingat senang ke nak kawin?

Saya pernah mendengar ceramah, menurut Imam Al-Ghazali (kalu tak silap) ada berkata, untuk mendapat anak yang soleh dan baik, harus dimulai dari sebelum pasangan berkawin lagi. Seperti contoh adab-adab ber-kapel mesti jaga, batas-batas halal haram 'berendut' mesti jaga sehingga la ke alam berkahwin dan seterusnya ke alam dapat zuriat dan membesarkan zuriat.

Sewaktu berkapel dan bertunang HARAM berpegangan tangan. Saya rasa ni ramai yang tahu, tapi buat-buat tak tahu. Alah pegang sikit-sikit je, bukannya beromen.

Orang sekarang bila nama bertunang saja dah berlagak macam somi isteri kan. Bergambo dok atas riba, lentuk sana, lentuk sini. Secara tak langsung anda telah mengajak syaitan bersama-sama di dalam hubungan anda. Syaitan sentiasa ada di mana-mana. Bila dah diajak, lagi la dia guling-guling suka.

Sewaktu nak bersetubuh secara halal juga kena baca doa dulu. Bukan main terkam saja. Dan sebagainya.

Bab ni malas nak citer panjang. Nanti u all nak kawin dan dah kahwin tahu la.

Agama kita cukup lengkap ajaran-ajarannya. Nak dengan tanak ikut saja.

Tapi mereka lupa selain anak-anak yang soleh...oh ya anak-anak itu mesti lah soleh ye u oll. Kalau setakat ada anak kalau tak soleh tak ingat mak bapak sesia juga uols. Buat abeh boreh yo.

Sambung balik, selain anak-anak yang soleh yang mendoakan ibu dan bapanya, ada 2 lagi perkara yang tidak akan terputus bila anak Adam mati iaitu harta yang digunakan pada jalan kebaikan dan ilmu yang baik yang digunakan pada jalan yang baik juga.

Kemdian ada orang tanya "Kalau kita takde harta macam mana, Ustaz?"

 
Ustaz jawab, "Gunakan ilmu yang ada untuk berbakti dan membuat kebajikan"

 
Senang citer, jangan lokek ilmu yang baik lah.

Ustaz bagi contoh Imam Nabawi (kalu tak silap), beliau meninggal dunia sebelum beliau sempat berkahwin. Tiada zuriat tetapi beliau meninggalkan ilmu yang sangat banyak untuk dimanfaatkan.

Jadi bagi yang tiada anak dan tiada pula banyak harta, tapi ada blog, gunakan lah medium blog ini untuk berkongsi ilmu yang baik-baik. Mudah-mudahan ilmu yang baik ini dapat memberi manfaat kepada orang lain turun temurun.

Saya pernah bercadang untuk bersara dari alam blog selepas berkahwin, sebab mungkin tak de masa nak berblog, tapi bila fikir blog ini ada manfaat buat saya berkongsi ilmu dengan sedara sedari, maka saya kengsel tak jadik padam blog ini.

Berkongsi citer Korea pula sampingan hobi semata-mata. Saya berharap ianya tidak mengajak sedara sedari ke arah memungkaran ye. Teruk nanti ambe menanggung saham kemungkaran nya di kemudian hari. Hehe

Sebenarnya kalau kita ajar anak remaja kita layan drama Korea, mungkin gejala sosial dapat dikurangkan sebab mereka akan terperap duduk dalam rumah, tak mo keluar rumah. Siyes. Sebab melayan drama Korea adalah ketagihan yang terlampau. Boleh layan berjam-jam tak buat benda lain. Tengok bersama mak bapak sekali lagi cun. Member ajak keluar berpoya-poya di luar rumah pon tak sudi hahaha. Tapi kena pilih drama yang bagus dan baik lah. Tapi kebanyakan drama Korea kurang adegan-adegan terlampau. Kalau filem dia lain macam sikit. Agak terbuka sikit. Game show dan variety show mereka pon banyak yang lawak-lawak. Tapi bukan lawak bangang yang membodohkan penonton.

Ok itu cuma pendapat saya saja.

Bersambung, kemdian ada sorang makcik ni tanya Ustaz mengenai anak angkat. Bagaimana kalau orang yang tak de zuriat ini mengambil anak angkat.

Ada kaedah-kaedah dan cara-cara yang perlu kita patuhi jika kita mahu mengambil anak angkat dari sudut agama sebab ianya melibatkan bab aurat, hukum halal haram dan harta pusaka. Penting juga ya bab harta pusaka ni ek. Jika tidak dosanya kita akan tanggang sepanjang hayat.

Saya ringkaskan saja ye. Kalau sapa-sapa nak ambil anak angkat sila la rujuk Ustaz-Ustaz dan pakar agama dahulu.

1. Anak angkat di bawah umur 2 tahun di susukan. Kalau mak angkat tak de susu sebab belom penah melahirkan anak, anak angkat perempuan boleh suruh adik beradik belah isteri susukan. Kalau anak angkat lelaki, adik beradik belah suami susukan

2. Jika anak angkat berusia lebih dari 2 tahun, status dia adalah seperti orang asing. Ini dari sudut aurat dan halal haram

3. Anak angkat tidak boleh di-BIN / BINTI kepada bapa angkat. "HARAM, HARAM, HARAM..." Ustaz kata. Sebab akan melibatkan harta pusaka, wali dan sebagainya.

Dulu baginda Nabi Muhamad juga mempunyai anak angkat bernama Zaid. Nabi sangat sayang akan Zaid ni lantas beliau membinkan anak angkat ni dengan dengan nama Zaid bin Muhamad. Kemdian Allah menurunkan wahyu, tapi Ustaz tak cakap pulak surah apa, menyuruh Nabi tidak men-BIN-kan Zaid dengan nama beliau. Lantas Nabi pun menukar kepada nama asal Zaid bin Harithah.

Sekiranya ada kenalan sedara sedari yang telah mengalami hal seperti ini, harus la disuruh tukar nama walaupun dah buat kad pengenalan, walaupun anak angkat itu sudah tua.

Bagi yang belom dikurnia zuriat, boleh la diamalkan doa Nabi Zakaria ini

Surah Ali-Imran, ayat 38

"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."

Nabi Zakaria antara Nabi yang lambat dikurniakan zuriat oleh Allah.

Kalau dipikirkan Nabi pon lambat Allah makbulkan doa kan, oleh itu kita manusia biasa jangan la berhenti berdoa dan berputus asa.

Bagi yang lambat jodoh juga teruskan lah berdoa, kerana doa adalah senjata orang Islam.

Waulahualam.

No comments: