Monday, November 15, 2010

KDrama : Oh My Lady (2010)



Synopsis

A spunky 35-year-old housewife, Yoon Gae Hwa, takes on the job of manager to prickly top star Sung Min Woo in order to earn enough money to regain custody of her child from her ex-husband. Romantic hijinks and hilarity ensues when they find themselves in an awkward living situation as Min Woo pays Gae Hwa to take care of his daughter, Ye Eun.

 
Credit :
http://wiki.d-addicts.com/Oh!_My_Lady


Ye Eun datang entah dari mana. Nugu semika?

Seperti yang telah diceritakan di dalam pra-ribiu episodes 1 & 2, drama ini adalah versi drama filem pojaan saya iaitu Speedy Scandal. Oleh disebabkan itu maka saya gigih juga tamatkan menonton drama ini.

Mengisahkan seorang selebreti bernama Sung Min Woo lakonan hero pojaan ramai Choi Siwon dari Super Junior yang tiba-tiba mempunyai seorang anak perempuan bernama Ye Eun. Suasana lantas menjadi haru biru lagi kontrobesi. 


Min Woo menyoal dengan keras sekali

Dengan rasa amarah Min Woo ingin membuang saja anak itu pada awalnya. Namun akhirnya Min Woo tidak sampai hati. Ciri-ciri haiwan belom ada di dalam dirinya untuk membuang anak sendiri di tong sampah atau dihadapan pintu pagar mesjid. Beliau bagaimanapun berasa insap sebentar kerna berzina di masa lalu hingga dikurniakan seorang anak yang comel. Demi keperimanusiaan dan sifat aboji yang ada dalam diri beliau (sebab satu hati nanti beliau akan jadi aboji jua) beliau telah mengambil keputusan untuk menyimpan anak itu sementara dalam masa yang sama beliau berusaha mencari emak si Ye Eun itu.


Ye Eun perlahan-lahan telah memasuki hati ayah nya.

Bagi meng-kaber line yang anak itu telah sah anak nya melalui ujian DNA, Min Woo mengupah seorang Ahjumma (lakonan Chae Rim) supaya menjadi ibu kepada Ye Eun bagi mengaburi mata orang ramai. Jika dia tidak berbuat begitu, jatuhlah sahamnya sebagai idola artis berbadan sasa yang mempunyai kepingan coklat di perut jika kawan-kawan ELF mengetahui beliau mempunyai anak luar nikah. Mana mahu diletak wajahnya yang kacak dan kendo itu.
Ahjumma pula perlahan-lahan mengelap contengan di poster giant gamba Min Woo yang telah diconteng oleh Ye Eun


Bak kata pepatah, sekeras-keras kerak nasik, bila ditaruk air lembik juga jadik nya. Sekeras-keras hati jantan Min Won berserta ego yang tinggi, akhirnya terkulai layu dan timbul rasa sayang terhadap Ye Eun, dek kerna Ye Eun ni seorang anak yang kasihan dan tidak banyak ragam. Ye Eun ni tidak boleh bercakap uols. Mungkin sebab factor persekitaran yang membuat beliau tidak mahu bercakap. Menurut kata pakar kanak-kanak, Ye Eun boleh bercakap jika layanan yang baik diterima dari bapa nya.

Min Woo mula menunjukkan sifat kebapaan terhadap Ye Eun dengan meminta maaf di atas kesalahannya. Sebagai gantian Min Woo kena basuh berak Ye Eun dengan perasaan yang tabah

Bagaimanakah layanan bapak Ye Eun terhadap Ye Eun selepas itu? Ottoke?

Adakah Ye Eun berjaya bercakap akhirnya?


Adakah Min Woo berjaya menutup mulut dan telinga orang ramai yang mengatakan dia dan Ahjumma telah mula ber-kuch kuch hota hei?
Min Woo mengadakan sidang akbar untuk menjelaskan hal yang sebenarnya bahawasanya beliau dan Ahjumma sedang berdeting di antara satu sama lain.
Saksikan lah drama komedi ringan ini untuk mengetahui ending nya yang hepi!

Para pelakon yang telah menjayakan drama ini



Choi Si Won as Sung Min Woo


Chae Rim as Yoon Gae Hwa


Park Han Byul as Hong Yoo Ra


Lee Hyun Woo as Yoo Shi Joon 
Dari dulu hingga sekarang saya pasti terganggu kalau melihat beliau berlakon sebab tangan salu masuk kocek dalam apa situasi sekali pun. Tak larat btol...hehehe


Kim Kwang Gyu as Han Min Kwan

Dah namanya selebreti, pasti lah ada melibatkan wartawan. Wartawan kepoci ini sanggup berbuat apa saja untuk mencungkil dan membuka rahasia Min Woo seorang bujang tapi sudah miliki anak. Paling tak larat sanggup tidur di tempat parking kereta semata-mata untuk dapatkan berita sensasi hiburan terkini Min Woo. Kau kenapa?

OST
Antara lagu yang sedap dalam drama ni - Kajima kajima kajima oleh Jo Seoung Wook

No comments: