Pertama-tama ucapan terima kasey diucapkan pada Cik Abang Fernando Muslera yang membuatkan ambe berselera kembali nak mem-potpet pasal bola hahaha
Di tambah dengan artikel yang dipetik dari akhbar Utusan niari,
"Pemain Paling Tampan (Mengikut Tahap Ketampanan)"
Tak larat btol ayat ni 'mengikut tahap ketampanan'. Tahap ketampanan mcam mana la tu agaknya ye
*klik untuk tumbesaran
Seperti yang diramal oleh waiem yang nak menumpang glamer Paul Sotong, Sepanyol bakal menang Piala Dunia edisi kali ni jika mengikut tahap ketampanan yang tertera di atas.
Pemain paling tampan jatuh pada cip pojaan ambe, Fabio Canavaro, yang memang tidak syak dan wasangka sekali memang tampan walaupun botak. Tapi tim cip dah pulang ke kampung halaman berhari raya.
To Senpai, sapa bilang orang botak tak tampan??? Canavaro telah berjaya membuktikan nya.
Cuba cek warga Holland dalam senarai ketampanan di atas. Tiada, walaupun ambe rasa Van Persie agak tampan dan kacak juga orang nya berbanding van motokar yang lain
1001 macam tanda tanya :
1. Tierry Henry lagi tampan dari Kaka ku???? Apoooooo??
2. Didier Drogba lagi tampan dari Kensuke Honda??? (Alamak bole terkena heart etek daa)
3. Pemain paling hodoh no.9, John Terry?? Walopun ambe tak taste dengan pemain England, tapi ambe tak rasa John Terry ni hodoh dari segi wajah. Mungkin peel boya tembaga nya yang buat dia kelihatan hodoh kot
Akhir kata, mari la kita menyokong tim Italy di kejohanan bola sepak akan datang untuk menjana mata yang lebih cerah, bundar, sihat, bersinar, galak dan yang sewaktu dengannya...kekeke
"Kini, saya tidak perlu eye mo untuk mencuci mata lagi"
(intonasi ala pelakon iklan sabun basuh yang berpuas hati dengan sabun basuh cap X)
Forza Azzurri!
No comments:
Post a Comment