Pejam celik makan tidur keje shopping, dah nak masuk suku akhir dah WC. Minta maaf tiada ribiu-ribiu drama atau filem Korea sebab tuan tanah dah tersampuk dengan bola. Memang belom sempat layan drama. Sempat donlot je.
Bak kata pepatah, sementara diberi nikmat makan, kita makan.
Sementara diberi nikmat tengok bola, kita layan bola. Bukan semua orang diberi nikmat tengok bola ni. Terutama orang pompuan. Guane tah ambe leh tersampuk tengok bola ni pon tatau. Layan bola yang melibatkan negara selalunya. Liga bola kelab-kelab tak bape masyuk sangat.
Kita mulakan berita bola dengan idola Senpai daripada Belanda ni yang tak bape hengsem katanya. Skali imbas tengok macam Zidane pon ada
Arjen Robben, yang telah menjaringkan gol pertama Belanda semalam dengan penuh bergaya. Senpai dah marah sebab kita asek usha pemain yang hengsem saja. Tah ambe tak leh gi la dengan tim Belanda ni. Baik dari zaman Nisteroi sampai la ke Kunyit, pemain Liverpool tu. Kalau leh gi pon sebab dulu ada Van Der Ser, keeper yang hengsem dan tinggi lampai. Eh faktor hengsem lagi.
Iklan : Ari Jumaat lepas layan 2 Days 1 Night. Nak pecah pewotttt hahaha. Kang Hodong kekurangan 40 sen lagi baru leh naik bas awam. Part yang dia baring tepi jalan lepas tu kemraman shooting bideo klip. Tak laratttt
"Tahniah Ben tahniah. Moh le kita pekena ayam belanda masak lomak cili padi pas ni"
"Dank u (tengkiu versi Belanda). Molek gak tu. Ambe dah lapo gak ni. Penat gelecek tadi"
Keputusan :
Belanda 2 - Slovakia 1.
Merasa gak la Slovakia penalti saat akhir minit 94
Sementara perlawanan awal pagi tadi menyaksikan Brazil 3 - Chile 0.
Kan ambe dah habaq mai, dengan hadirnya beliau di padang, perlawanan kembali ceria dengan rentak samba yang sebenar. Walaupun tak menjaringkan gol, tapi beliau banyak menjana kepada jaringan gol rakan-rakan sepasukan. Sama jugak macam Messi. Abeh camno nak score asek kena kawal rapi manjang.
Abeh camno tak minat pemain hengsem.
Dah la hengsem, terer main bola plak tu, hmmm
Jawab Senpai jawab.
Kalau sebut tim Chile, ambe ingat kat sorang bekas player dia yang terer tapi tak bape hengsem yang bernama Marcelo Salas. Rentak permainan beliau ganas, seganas wajah beliau. Ni kalu kita jalan sorang-sorang, orang wajah macam ni follow kita, memang seriau.
"Tima kasey la cik pengadil bagi saya kad lagi pada harini"
Aksi Ghasidah lagi. Jalan daa
Perlawanan sengit yang bakal berlangsung pada malam ni
Jepun vs Paraguay
Harap-harap Ju-on akan bergandingan bahu bersama Oltromen, Doremon, Sinchan, Hagemaru untuk tolong jaga gawang Jepun. Agak-agak bola Paraguay nak bolos je tak jadik. Oltromen fire melencong gih tempat lain. Ju-on pulak menyamar jadik bola sebab kaler muka dah putih macam bola. Biar bola sebenar dapat kat tim Jepun je. Fuh fuh
Dalam pada fuh tu kena pasti kan Abang Dozo ini di kawal ketat
Dozo bukan berasal dari Jepun
Ini Dozo Paraguay mari
Oscar Cardozo boleh tahan taste jugak ek....kekekeke
"Dozo" dalam bahse Jepun apa? Jemput makan ek? Tingat citer Badul tajuk apa tah
Sorang lagi ni Torres Paraguay, Aureliano Torres
Ingat Sepen je ke ada Torres, Paraguay pon ada Torres da.
Amacam Torres ni? Ok tak?
No comments:
Post a Comment