Ribiu tertangguh. Wiken aturcara agak padat. Tak sempat nak jengah blog.
Sebab kalah, pertama, sebab ambe tengok. Uwaaaaaaaa bencikkk. Apa lah artinya sebuah game bola jika kita penyokong tidak menonton nya. Ampeh la kome. Nak suh ambe tidur ke baru leh menang. Korang memang kijam mendera jiwa dan raga daku. Len kali men la game pagi, memang konpem tak tengok dan boleh menang. Aigoo aigoo. Penat aku asek ber-aigoo je taw. Ai wait u ols kat Piala Asia pulak pas ni. WC 2014 lambat lagi mau tunggu.
Kedua, sebab kalah sebab tidak menurunkan pemain ganti di bawah ni.
Penat beliau wamap sehingga lentik, berguru dengan Abang Jem namun ahjussi coach tamau turun-kan beliau bergandingan dengan Park Ji Sung. Ambe dah SMS ahjussi coach suh turunkan pemain gantian ni masa kedudukan 1-1, namun dia buat dek sahaja.
Sekarang sapa yang frust??? Saya dan keluarga mereka jugak
Saba la dongseng. Nanti kem salam dengan Kidong. Ambe saspek Kidong pon mesti kaler-kaler muka macam ni jugak
However, menonton perlawanan Uruguay vs Korea Selatan tempohari tidak sia-sia sebab ambe ternampak sesuatu penambah selera.
Selain comey beliau juga cekap menampan dan mendakap bola terutama tendangan dari Abang Tam Spider Korea kita
Tam Spider Korea versi tak mandi pagi. Banyak membuat serangan-serangan merbahaya, namun tiada rezeki nak bolos. Dibantu dengan kecekapan Abang Muslera menangkap bola. Aigooo sayang. Separuh masa kedua Korea bermain dengan begitu ekselen sekali kan untuk mencari gol pertama. Uruguay pulak macam malas nak tambah gol. Lepas kedudukan 1-1 baru Uruguay mencecet nak tambah gol lagi.
Kwenchana oppa oii kawenchana. U ols telah membuktikan bahawa u ols terer dari Italy dan France dan setaraf dengan pemain-pemain EPL yang lain dengan bolosan yang sama dan padu, 4 berbalas 1. Depa sanggup tiru korang punya score.
Baru la nampak muka Ahn Jung Hwan. Apa laa coach tamau kasik can langsung beliau beraksi
"Sukses, sukses...cukup berpuas hati. Yipeeeee..."
Sekarang harapan tinggal pada tim Amerika Latin pilihan pertama.
Tim Eropah dan tim Asia pojaan pertama ambe dah balik kampung wo ho ho balik kampung hati girang.
World Cup dulu ambe minat gak kat Mexico sebab keeper dia yang gila glamer, suka pakai jersi berwarna warni. Kadang jersi dia ada sayap macam nak terbang. Tapi tak menang gak World Cup...ahaks.
Kenalkan Jorge Campos, keeper Mexico di World Cup 1994 & 1998.
Untuk game akan datang, kepada tim Samurai Biru harap dapat menurunkan pemain gantian berikut
Beliau sudah bersiap sedia dengan jersi biru dah ni. Pasan tak tim Asia bertemu dengan tim yang ada nama 'guay' kat blakang.
Korea Selatan vs Uruguay
Jepun vs Paraguay
Apakah tanda nya ini?
Selamat kembali beraksi kepada Ricardo Izecson dos Santos Leite (nama sebenar). Tanpa mu jelas hambar permainan. Berkongsi kuih seri muka dengan Portugal kekdahnya. Pliss pliss pliss kamu jangan nakal dapat kad merah lagi. Gudlak
No comments:
Post a Comment