Saturday, May 22, 2010

Tempahan coklat : Episode 1


Dengan izinNya, ambe telah mendapat kastemer pertama yang tempah coklat. Klako pon ada. Betul ke ni? Hahaha. Sebab belom terpikir lagi nak bisnes bagai. Objektif utama gih blaja kelas coklat sebab nak buat doorgift di suatu majlis bulan depan.

Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik.


Taraaaa. Tima kasey diucapkan pada Abang Sempoii kerna sudi menempah coklat untuk besday parti anaknya. Beliau telah oder asalnya sebanyak 50 kotak coklat 6 pieces ni bersama 50 bijik coklat teddy bear di bawah. Tapi disebabkan masa tak cukup taim, akhirnya sempat siap 47 kotak dan 47 teddy bear dengan tidak sengaja. Sehati sejiwa pulak kome ya, 47-47.


Asisten datang tolong isi coklat dalam kotak dalam masa kecederaan sebab beliau nak ambek coklat dengan segera. Tema parti hitam putih, jadik coklat pon ambe buatkan coklat coklat bersama coklat putih. Yang part klakonya sebab ambe belom sempat bagi beliau sampel untuk terai tapi beliau dengan tahap konpiden level yang tinggi terus menempah tanpa rasa dulu. Beliau telah berjaya memecah kebuntuan ambe nak jual macam mana, nak letak harga berapa, etc etc. Alhamdulillah. Terima kasey yang tidak terhingga. Semoga beliau dimurahkan rezeki, bertambah kapal di laut, gedung di darat setiap tahun dan boleh oder coklat lagi. Hehehe


Coklat teddy bear sebijik 70 sen. Untuk first taim memang penat giler buat bendalah ni dengan kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat sorang-sorang. Tapi disebabkan semangat aja-aja hwaiting menebal dalam diri, maka daku meneruskan perjuangan...kekeke. Semoga berpuas hati ye Poii :)

Untuk tempahan episode 2, kena tunggu lambat sikit. Mungkin lepas raya atau tahun depan. Tunggu katalog siap. Cewah macam ada orang nak tempah lagi. Yakin boleh. Kekeke

Photobucket

Seterusnya, soalan kuiz. Sapa teka betul dapat coklat sekotak

Ada orang carik dialog ni,

"kebahagian ini datang dari allah bukan dari bapak filem apakah"

Saba je la. Ada jugak orang gugel carik dialog ni.

Sebuah dialog dari filem P.Ramlee. Teka filem apa?

Elf dilarang jawab dulu hahaha. Elf macam ambe jugak peminat tegar dialog-dialog dari pilem P.Ramlee. Pilem komedi terutamanya. Kadang tu dari sekecil-kecil scene boleh ingat dialog hahaha Dalam ribiu mesti ada terselit dialog P.Ramlee sket. Sapa yang tak faham tu, buat-buat faham la yek hehe. Sapa lagi yang tegar dialog P.Ramlee bole join we ols.

Satu lagi, dah lama nak apdet benda ni, ELF ialah nama fanclub Super Junior daa. Apa nama penuh dia ek? Lupa

No comments: