Wednesday, May 26, 2010

Saya sakit cip...sakit unta


Masuk harini hari ketiga ambe dilanda demam malaria tapioka. Eh bukan demam malaria tapi demam tapioka biasa. Kurang bitamin C.

Asal ngadu kat mak demam, soklan pertama yang keluar dari mulut beliau ialah,

"Dah makan bitamin C?"

"Errr..."

"Tak makan la tu. Degilkan. Mak 30 tahun dulu...pok pek pok pek...bitamin C tak penah tinggal...pot pet pot pet...jarang demam..."

Start dah syarahan dia mengenai bitamin C yang diamalkan sejak zaman berzaman 30 tahun yang lampau tapi sorang anak pon mengikut beliau makan bitamin C dengan berdisiplin.

Bukan tak ikut, tapi kadang terlupa nak makan sampai tak makan-makan langsung hehehe

P.Ramlee pon bersetuju sakit dan kurang bitamin C ada kaitan.

"Binatang afa bitamin C"

Buat ape seme tak de mood.

Tengok blog tak de selera.

Tengok Coffee House episode 1 separuh jalan. (Sab dah keluar kan...yipeee) Terasa hambar dan malap. Macam tak best plak cite ni rasanya.

Pendek kata 2-3 hari ni, buat apa pon tak jadik, asek nak mengarok je. Tapi makan tetappp ada selera. Benciiii. Tak penah yang tak de selera. Orang kata kalau taim sakit leh kurus sikit sebab tak de selera makan. Benda ni tak apply kat ambe rasanya. *Frusttt*

Semalam makan nasik lemak, makan obat dan lantas terus tido. Bertambah sihat la lemak-lemak di dalam badan gamaknya.

Disebabkan minggu ni last keje, maka ambe berusaha tidak meng-emce-kan diri walaupun kepala senoneng je rasa. Sebab banyak keje kena selesaikan sebelum coti.

Tengah taip ni pon terbatuk-batuk. *cough cough* Tapi ku tahan jebat.

Doakan la ambe kembali pulih dan sihat sebab banyak benda nak buat lagi ni. Mungkin doa-doakan kalian dapat membantu ambe sihat dan ceria seperti sedia kala. Terima kasih in edban.

Mengenai soklan kuiz di bawah, betul la dari pilem Ahmad Albab. Kepada para pemenang sila tuntut hadiah coklat di rumah ambe pada bila-bila masa dan ketika

Oittt belom ahjumma lagi. Minggu depan


Nantikan entri spesel ambe "hebahan dan jemputan" akan datang, yang juga merupakan entri terakhir........*srettttt...kesat hingus*

No comments: