Friday, May 14, 2010

Saya dan blog


Salam ukhwah.

Apa ada dengan blog?

Pada Januari 2007, saya telah ditemubual oleh saudara Budiey mengenai blog. Terkasima kejap. Heh, nak temubual?! Adakah daku bermimpi di siang hari??? (drama2 :P)

Kemudian pada Mei 2010, saya dihimpit perasaan terharu pula (cewah) apabila blog saya telah menjadi sumber inspirasi seorang blogger yang cantek manes yang kini menetap di Kuching Sarawak iaitu saudari Hurulaini. Aigooo.

Terima kasih. Kamsahamnida.

Sehingga harini saya masih selesa lepak dan menulis di blog. Mungkin ada di antara anda yang sudah meninggalkan blog sebab beralih kepada Facebook (FB), Twiter dan sebagainya.

Secara peribadi saya lebih menyukai blog dari FB sebab blog lebih peribadi dan privacy. Pernah cuba try test menyertai FB dengan menggunakan ID orang lain. Memang tak sesuai dengan jiwa rasanya. Mungkin saya tak reti nak apdet status contoh sebegini,
 

"Bosannya tatau nak makan apa..."

"Jap lagi rasa nak gi KLCC lah..."

"Pening kepala. Tolongggg.."


Balik-balik nanti ambe akan apdet,

"Harini drama Coffee Prince cakap melayu di Animax jam 8.00 malam. Jangan lupa tengok"

Hahaha

Mungkin ada yang kata FB ni bagus untuk mencarik kawan lama. Ini yang saya tak gemor sebenarnya. Tak larat dah nak carik kawan lama. Kalau ada rezeki kita jumpa lah di tepi jalan atau di mana-mana. Mungkin dah serik dengan ragam setengah kawan-kawan. Lagi nak carik kawan lama. Tak mengapa lah.

Mungkin nanti kalu ambe ada bukak bisnes jual cookies ngn coklat ke, boleh la bukak akaun FB untuk promot bisnes. Haha. FB memang sesuai bab-bab promot ni kan.

Blog ini dibuka pada 31 Oktober 2004. Dengan tajuk Mesreee

Blog ini dari masa penubuhan dulu tuan tanahnya memang minat meribiu. Macam-macam cite ribiu dulu. Ribiu mengenai gadering, ribiu konsert AF, ribiu sinetron seberang, ribiu album, ribiu itu, ribiu ini, ribiu meroyan, ribiu emosional dan lain-lain ribiu lagi. Kemudian saya mengambil keputusan untuk sempitkan topik memblog dengan memfokus pada ribiu cite Korea saja. Cite lain kadang-kadang ribiu mengikut mood.

Drama Korea pertama yang ambe ribiu ialah Stairways to Heaven

Manakala filem pula, My Tutor Friend

Dedua cite Kwon Sang Woo gamaknya. Masa tu belom muncul lagi hero-hero lain yang kendo.

Lee Min Ho masa ni baru tamat Tingkatan Nam kot...kekeke Kang Ji Hwan pula mungkin pegi PLKN kot

Apa yang dicatatkan di dalam temubual bersama Budiey itu konsep dan temanya masih diaplikasikan sehingga sekarang. 


1) Menulis blog kerna syiok sendiri

2) Menulis blog sebagai hobi

3) Penggunaan bahasa rojak yang tunggang langgang. Tak reti la nak formal. Kat opis dah formal. Takkan kat blog pon nak formal jugak. Penat lah

4) Berapa hits dalam 1 hari? Seriyesly, saya tak pernah ambil tahu. Saya pon tak kisah kalau tak de orang baca blog saya ini. Tapi saya tahu ada orang baca. Antara pengunjung setia. Terima kasih diucapkan.

5) Menjana pendapatan melalui blog? Saya rasa blog saya tidak sesuai untuk menjana pendapatan sebab kebanyakan nya memaparkan gambar-gambar jejaka-jejaka kaberet Korea. Ada kalanya mereka berpakaian menjolok mata seperti beliau ni

"Annyeong noona.."

6) Cukuplah sekadar anda masuk ke blog ni dan sedekahkan senyuman. Senyum sikit. Kimchiiiiiiiiiiiiii (Kang kimci lain plak yang perasan kang haha). Orang Korea kalu nak bergambo depa cakap 'kimci'. Omputeh cakap 'cheseee'. Orang Melayu cakap apa ek?

7) Pengikut? Sila, sila dan sila. Tiada masalah. Tak perlu mintak kebenaran. Kalau anda link saya, saya dapat kesan dan akan jenguk ke blog anda pula sebagai pembaca senyap.

8) Dulu nama blog ni lain. Selepas ada yang memberi komen, "Ko ni asek ribiu cite Korea je", maka saya telah mengambil langkah menukar nama blog supaya bila orang masuk ke dalam blog ini, automatik akan paham pabila melihat entri-entri blog saya. Tak kan timbul ayat-ayat yang tak perlu sebegini di masa akan datang. Kalau tak paham jugak, tatau la. Ke nak ambe cakap bahse Korea? Haha

9) Cuba anda cakap macam ni pula kepada blog peng-ribiu cite-cite Hollywood "Ko ni asek ribiu cite Hollywod je. Tak de cite lain ke?" Tengok apa dia akan jawab.

10) Konsep berblog ni senang je. Tak suka jangan masuk. Jangan komplikatedkan kehidupan kita dengan perkara-perkara yang tak perlu sebegini.

11) Trend berblog sekarang yang saya dapat notis ialah, kalau ko masuk blog aku, aku masuk blog ko. Ko klik nuffnang aku, aku akan klik nuffnang ko. Kalu tak, tanak kawan. Kenapa ya boleh jadik macam ni? Anda berblog dan membaca blog untuk apa sebenarnya?

12) Satu je yang saya rasa, jika kita menulis dari hati, Insya Allah akan berdesup kepada pembaca.

Ciri-ciri blog yang akan dibaca

Blog yang simple dan tidak serabut. Ada blog kadang-kadang macam-macam dia letak sehingga lambat nak loading. Lepas tu macam-macam benda keluar, apa orang panggil pop up. Blog sebegini saya akan bukak sekali saja. Sebab dia macam bagi hint tak nak bagi orang baca blog dia.

Apa lagi nak cakap?

Tak de kot.

Akhir kata, mari la kita hepi-hepikan dirik di blog. Jangan stress-stress.


No comments: