Saturday, May 01, 2010

Gadering GO : Perut di dahulukan, Lee Min Ho di utamakan ahaks


Satu gadering GO Part 2 telah selamat berlangsung sebentar tadi sempena dengan kedatangan Cik Rozie kita dari Melaka seperti mana yang telah sedia di war-warkan sebelum ini. Terima kasey pada yang hadir.

GX dan Ipah (Mrs. GX), Kak Hood dan FT Triple nya, kemunculan ahli baru Elf dan juga rakan sekerja GX yang alkisahnya pembaca senyap blog waiem beloksepot iaitu Nisa dan Zizi. Congmal kamsahamnida. Kemunculan istimewa Rozie dan adik bradek nya, G'Ja aka Mrs. Gong Yoo (tak larat) dan Nurul.

Rucci, G'Ja nak gih Ukiss fan meeting gak. Nanti ambe leh anto kome2 sampai depan pintu hehe

Apa lagi agenda kita makan dan makan lapan lagi. Dan topik gosip hangat malam ni mengenai abang seluar senteng kita haha Ramai yang sedang melayan PT di kala ini. Ada orang tu siap ada gambo Park Gae In bermisai dalam henfon dia. Kekeke



Macam biasa ambe tak ingat mana menu. GX oder ni
Eh cop kalu tak silap nama dia Nasik Kus Kus. Kus semangat kan. Ayam 2 ketul bersama nasik yang diperbuat dari gandum katanya. Dan menggunakan minyak masak olive oil kata pakcik William. Jadi tak gaduh risau gemuk selepas makan. Yo la tu


Ni apa nama ni. Rib Stik. Minggu lepas GX oder. Kali ni dia suruh kawan dia Zizi plak oder. Bau dia menusuk hidung sekali. Zizi, seorang jejaka peminat kumpulan KARA you hehe


Ini pulak roti nan di cecah kuah ayam mexico ke hapa tah tu haha. Di oder oleh Kak Hood. Ambe pon oder roti nan. Roti nan karamel tapi tak de kuah sebelah tu.
Berlori-lori kalori nampaknya


Ini pula...aigoo ini apa ini. Promosi berlian Habib Jewel kini berlangsung sehingga 2 Mei. Promosi cincin berlian sementara stok masih ada hahaha
Elf yang tidak sabar nak ngap makanan


Gambar recycle minggu lepas. Soda herbs. Air peberet ini telah di oder oleh GX, rakan sekerja nya, Kak Hood dan juga Elf. Ambe nak oder tapi tak teroder. Masih mode terkezut lagi hahaha

Ok ya lepas ni jangan ajak ambe gi makan lagi. Kena stat diet dah masuk bulan 5 ni hahaha

Selamat Hari Pekerja u ols.

No comments: