Tuesday, March 23, 2010

Kamus GO : Repackage


Baru-baru ni ambe telah terdedah dengan satu perkataan baru iaitu "Repackage". Baru bagi saya kerna selama ni ambe hanya layan drama dan OST. Tak amek pot pon pasal album, pakej album ke, repackage ke dan yang sewaktu dengan nya.

Namun, bak kata pepatah, sekali air bah, sekali pantai berubah.

Mengapa bah, kau berubah mengapa bah!

Sekarang ni ambe sedang mengubah selera, kemaruk mendengar lagu-lagu dari album penyanyi-penyanyi yang terpilih. Nak dengar 1 album penuh. Tak nak dengar 1-2 lagu hit mereka saja.

Arakian lanjutan dari perubahan itu, kerja-kerja mengupas dan mengorek data dan info pon dijalankan dengan gigih dan efisyen sekali tanpa mengira penat dan lelah (Banyak la lelah. Dok depan PC tet tet tet tekan kibod sambil goyang kaki saje keke)

Kupas punya kupas, korek punya korek dan berjumpa la dengan terma "Repackage" ni.

Al-kisah Korea juga melaksanakan konsep kitar semula lagu-lagu yang telah sedia ada dan diberi kulit album yang baru. Tak pasti diberi napas baru ke tidak macam kita kat sini atau sekali napas je ni. Sebab belom dengar dengan penuh konsentrasi lagi.

Adakah sama dengan konsep lagu-lagu single yang dimuatkan dalam 1 album baru? Ambe rasa lain


Antara album yang mengalami 'repackage'. Dalam proses nak dengar album ni.

'Repackage' bagi pemahaman ambe, lagu-lagu lama bercampur dengan 1-2 lagu baru dan diberi pakej baru iaitu kulit album baru.

Album repackage seterusnya. Album ke 10 Lee Seung Chul. Ada 13 lagu kesemua nya dalam album Mutopia ini. Kulit album dengan gaya posing macho di atas sampan. Bahye tu pose gitu ahjussi. Tak de dayung. Kang terbalik sampan camno...sampan kaler ijau lak tu. Haha

Kemudian Lee Seung Chul ada keluarkan 1 single baru berjudul "Love is So Difficult" yang pernah dipromo kan di dalam blog ini sikit masa dahulu. Maka lahir la album yang baru, yang memuatkan 13 lagu sedia ada sebelum nya + 1 lagu baru = kulit album yang baru yang dipanggil 'repackage'.

Kulit album kali ni posing sekerat badan saja. Tapi masih menten kan prop air tasik. Beliau pecinta tasik barangkali.

Buat penat ambe donlot album atas tu. Tau-tau di-repackage-kan pulak. Baik donlot versi repackage saja. Jimat masa.

Jenuh nak dengo semua album Lee Seung Chul ni. Ada 10 album kesemuanya pakcik ni. Baru try test dengo album ke-10. Kena undur satu per satu hehe

Seterusnya album terpilih untuk di dengar ialah K.Will The Second Album. Yipee. Album ni belom di-repackage-kan lagi kot. Dengar citer Lee Min Ho telah menetes kan ayor mata nya sewaktu mendengo salah satu lagu dalam album ni. Syahdu sangat lagu itu barangkali. Tak sabar ambe nak mendengarnya.

Ribiu akan menyusul sekiranya rajin. Hehehe

No comments: