Salam saranghae. Ok harini ambe nak citer pasal 2Days 1Night ni. Baru-baru ni saya telah ter-follow 2Days 1Night Special dari mula depa call penonton yang hantar borang nak join 2D1N special ni sampai la episode latest di KBS World iaitu episode 144. Sebelum-sebelum ni memang tak berkesempatan nak fokus 2D1N ni.
Ambe ribiu sket bagi yang termiss.
Rancangan Korea ni tak sempat nak jemu kan. Macam-macam ada dengan idea yang segar dan lawak-lawak belaka. Gila babas lawak. Kadang tu bukan buat apa pon. Mungkin cara jawab dan ekspressi wajah mereka yang menjadikan mereka sesuai jadik Raja Lawak dari Raja Lawak yang sebenar kekeke
Episode special kali ni telah mengundang beberapa penonton terpilih untuk join games dorang. Setiap leader ada geng tersendiri yang depa pilih sendiri
Kim C pilih team rugby pompuan Korea. The only team rugby wanita kat Korea kata nya.
Lee Seunggi pilih student pilot sebab sebaya.
Jiwon pilih team balerina
Lee Sungguen pilih geng ahjussi drebar taksi
Jongmin pilih team ahjussi dan ahjumma
Yang lelain tu tak pasti pasal ada gangguan sebab time turn dorang tetiba hujan turun terus service not available. Ampehh. Episode kali ni ambe donlot sebab aritu tengok sekerat kat TV. Episode ni best sebab ada persembahan istimewa di akhir rancangan
Destinasi kali ni ke Pulau Jeju. Wohooo. Pulau idaman peminat drama Korea termasuk saya sendiri. Akan ku jejaki Pulau Jeju satu hari nanti Insya Allah. Ko tunggu ambe datang Jeju Island, ko tunggu. Memang betol lah :P
Game pertama - sapa menang naik kapal terbang pergi Pulau Jeju. Sapa kalah naik kapal laut 13 jam perjalanan ke Pulau Jeju. Omak aii 13 jam tuu.
Part tak larat Lee Seunggi kata kat tim dia, pilot kena menang naik kapal terbang. Memalukan persatuan pilot kalau pilot kena naik kapal 13 jam hahaha. Tapi team pilot kalah dan merasa la pegi Pulau Jeju naik kapal 13 jam.
Macam biasa sebelum dapat makan best kena menang game dulu. Leader bagi pemenang naik kapal terbang kena hapal nama sorang-sorang ahli. Ganjaran dia dapat makan ketam biru dan kerang special Pulau Jeju.
MC Mong phewittt. Semakin lama tengok, renung-renung, tenung-tenung, ambe rasa dia ada imbas Kim Rae Won sikit. Sesuai berlakon komedi. Buat muka seriyes tetap nampak komedi di beberapa angel hahaha
Ni geng kalah naik kapal laut. Game mereka kena nyanyi dengan lirik yang betul, baru dapat makan. Pakcik ni 300 kali pergi karaoke dalam setahun haha. Dahsattt
Leader terpaksa nyanyi sebab anak buah seme gagal. Pitching konpem ke laut sebab naik kapal laut haha
Tim Jiwon kalah. Menghiburkan hati gaya tersendiri sebab kalah tak dapat makan ketam biru
Seterusnya persembahan istimewa. Banyak persembahan tak laratttt tengok
Persembahan pertama, MC Mong berduet dengan Kim Tae Woo dengan lagu Thank You Oh My Love.
Persembahan kedua, Seunggun dan Jiwon
Persembahan seterusnya haha...geng ahjussi dengan beberapa lagu popular. Yang ni Heart Beat 2PM
Lepas tu Bopeep, Bopeep (T-ara kan) hahaha
Persembahan dari abang-abang pilot Korea dengan lagu 2PM Heart Beat jugak. Perghh dah la pandai, hengsem, terer nari dalam 2 minggu, cukup pakej dah ni hahaha
Persembahan kemuncak. Tak boleh lena tido dia memikirkan kena buat persembahan
Pertama kali nyanyi lagu tu
Lagu apaaa??? hahaha
Baek Ji Young feat Kang Hodong dengan lagu My Piggy (lagu asal My Ear Candy). Lirik tukar jadik pig barbeque. Ko asek ingat makan je Hodong haha.
Untuk donlot the whole episode sini sapa yang nak donlot. Versi KBS World ada sarikata.
Lagu asal My Ear Candy - Baek Ji Young feat Taec Yeon (2PM). Kang Hodong amek watak Taecyeon haha
No comments:
Post a Comment