Semalam tengok 2 citer di GSC. Kawan ambe mimpi apa tah nak tengok wayang maratahon. Ambe sempat join 2 citer, dia tengok 3 citer. Ambe tanya dia lepas midnite tak de citer lagi ke? Kita sambung tengok sampai subuh, terus ambe pegi keje. Hahaha. Best jugak kalau GSC bukak 24 jam kan hehe
1st tengok cite Maikel Jeksen. Ingatkan cite ni pasal kisah hidup beliau dari kecik sampai dia mati. Rupanya bukan. Rakaman raptai dan kisah belakang tabir untuk konsert London yang bakal di adakan pada 03 July 2009 tapi terpaksa kengsel sebab ajal beliau telah sampai terlebih dahulu sebelum beliau sempat meng-konsertkan diri di London. Beliau meninggal pada 25 Jun 2009. 8 hari lagi menjelang konsert.
Walaupun ambe bukan kipas susah mati Meikel Jeksen tapi sebak jugak la tengok muvi ni. Begitu kerja keras beliau untuk memastikan konsert tu nanti adalah yang terbaik. Muzik kena ikut dia, bukan dia yang ikut muzik. Semua kena perfek
Artis yang kerja keras buat yang terbaik untuk peminat dia ni ambe memang tabik hormat betul lah. Usaha dan kerja keras tu peminat boleh rasa. Kita boleh tahu orang tu buat sepenuh hati ke, kerna terpaksa ke, tangkap muat ke, cincai ke, kan?
Kerap kali keluar dari mulut beliau,
"That's why we rehease"
Mesti seme krew yang raptai sama masa ni meraung-raung masa beliau mati ek. Ambe kagum dengan gitaris solo pompuan masa lagu Beat It. Mantap seh. Maikel Jeksen pilih dia. Rasa macam nak men gitar plak. Kekeke
Bagi yang kipas susah mati Maikel Jeksen pastikan anda tidak ketinggalan nonton citer ni.
* Michael Jackson's This Is It
** Ni plak versi This is not it
Lepas tu kita nonton citer ni plak. The Time Traveler's Wife. Ambe pon no idea pasal citer ni sebelum nonton. Layan je la sebab member dah belikan teket.
Selepas menonton, ya ini lah contoh ilmu 'PLING' yang ambe hendak sangat hahaha. Tapi dalam cite ni dia 'pling' dengan masa. Kejap dia pling pergi tahun ni, kejap pergi tahun depan, kejap pergi ke tahun terdahulu sewaktu dia kecik sebab dia ada masalah genetik disorder yang boleh buat dia pling-pling. Paling kesian bini dia la. Baru nak makan bersama eh dah hilang. Lama plak tu hilang 2 minggu. Suami dia travel pergi ke masa dan tahun lain meninggalkan bini dia sorang diri.
Tapi ambe nak 'pling' pergi ke lokasi-lokasi atau tempat di mana mat tahir ambe berada hahaha
Citer di adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama. Pening sket la tengok cite ni sebab hero dia kerap 'pling'.
Kemudian citer sampingan. Ada sorang pengurus artis join movie marathon kitorang. Terkenal jugak la artis ni. Pernah menang Vokal Terbaik dalam Juara Lagu. Kalau ambe sebut nama mesti kenal punya. Tapi tak boleh sebut nama. Ala Soseh-Soseh plak aku hahaha Artis dia tu kawan member ambe
Masa nak tunggu waktu tayangan, we all jalan-jalan lah kat Midveli. Terlalu depan kedai ZARA. Sekali pengurus artis tu pun cakap,
"Ini la brand baju yang K (nama samaran) suka pakai dulu"
"Oh ye ke?" ambe kata
"Sekarang tak lagi. Sekarang dia suka pakai brand baju dari Korea. Kedai tu ada kat Sunway Piramid"
"Brand apa ek?" ambe tanya dengan penuh eksited. Terus semangat aja-aja fighting menguasai dirik. Ahaks
"Tah, lupa la"
"Trugen ke?"
(Tak agak-agak Trugen. Terus terbayang wajah tampan duta baju jenama TRUGEN itew keke)
"Agaknya la Trugen"
"Hmmm (apa punya pengurus daa, lupa brand baju artis sendiri)" ambe kata dalam hati.
Hehehe saje je tak penting pon. Kami pon meneruskan perjalanan ke GSC
Tapi ambe rasa Trugen belom sampai KL. Jadik, apakah brand baju dari Korea yang dipakai oleh artis itu? Kena siasat ni kekeke
No comments:
Post a Comment