*Ni mesti keje Mat Saman ni. Oiii Mat Saman...* (Teka cite apa? Huhu)
Ambe cek paspot, terakhir ambe pegi Singapore pada tahun 2006. 3 tahun rupanya tak pergi Singapore walaupun ada sedara masa di sana. Sedara mara asek la tanya mak ambe bila waiem nak datang rumah. Kalau time raya memang tak sempat nak pegi (alasan stended) Raya bertemu raya tiap tahun pon masih tak sempat lagi pergi walaupun jarak antara JB dan Singapura hanya RM2.50 kalau naik bas ekpress. Kalau naik teksi sorang RM10.
Tapi kali ini sempat plak ambe menyempatkan dirik ke Singapura tanpa banyak alasan haha. Dasar sedara lupa sedara. Maafkan lah saya wahai sedara mara ku di Singapura. Lain kali saya pasti datang.
Trip kali ni ambe dengan paksa rela membawa sorang bodigad untuk teman. Ingatkan nak amazing race sorang-sorang, tapi disebabkan bangunan Kastam Diraja Msia dah pindah bangunan baru, maka ambe macam cuak jugak nak terjah sorang-sorang. Kang tah mana-mana aku termasuk karang.
Bak kata pepatah, "kecik-kecik cili padi". Teket bas tu tak padan kecik tapi sungguh bernilai walaupun berharga RM2.50 saja.
Check poin 1 ialah bangunan Kastam DiRaja Malaysia. Setelah selesai semua tak de sangkut income tax ke, nama tak kena black list ke hapa, kemudian anda harus naik bas semula dan pergi ke check poin 2 pula iaitu Imigresen Singapore tempat di mana cop paspot dan scan diri, scan henbeg, scan beg baju dan sebagai nya. Jika anda ada bawa barangan terlarang, alamatnya jawab lah sendiri. Tak dapek den nak nolong. (Sapo agaknye monang Sabtu ni eh?)
Yang lagi satu tu teket balik. Harga Sing dolar 1.50. Balik naik bas lain yang bukan ekspress pulak.
Ni di Serangoon Road. Serangoon Road ni kawasan Little India. Selepas sampai di hentian bas Rochor Road, kami menaiki teksi menuju mencarik Pak Mustafa yang katanya mempunyai bangunan Mustafa Centre yang gebedas. Saya belom pernah ke sini seumur hidup. Macam tak caya je seh. Percayalahhh
Kemain beso iklan minyak cap kapak dia kan
"Namaste"
"Aap ka nam kiya hei?"
"Mera nam joker hei"
Jeongmal babo gataseo Saranghanda haji mothaneungeon amado Mannam dwiyeh gidarineun apeumeh Seulpeun nanaldeuri dooryeowoseo ingabwa Manyageh niga ondamyeon Niga dagaondamyeon Nan eoddeogeh haeyamanhalji Jeongmal alsu eobtneungeol "Babo" dalam bahse Korea ialah bodoh atau pon bengap Teka lagu OST drama apa? Hero dia yang ambe nak jupe ni la huhu Pertama kali rasa nya nampak aktres Korea pakai braces kan
Perasaan semakin berkecamuk pabila menaiki eskeleter. Poster tergantung di bawah eskeleter. Maknanya kalau anda naik dan turun eskeleter, wajah nya ada di situ. Oh berdebar nya rasa haha
Tiba-tiba perut terasa lapar. Ambe pon pergi la mengalas perut di Mekdonel yang terletak di bahagian bawah. Pertama kali ambe menggabungkan sos cili dan sos tomato bersama sebab rasa sos cili dia lain macam. Kalau kat sini memang tak pandang sos tomato. TOMA je yang ambe pandang keke
No comments:
Post a Comment