Wednesday, November 18, 2009

Haeundae (2009)






Untuk jalan citer terperinci sila baca di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Haeundae_(film)

Bagi citer tema bencana alam cam ni, rasanya lah, jalan citer jatuh nomo 2. Tarikan utama nya ialah kesan khas (spesel efek) yang ditonjolkkan dalam filem itu. Kita nak tengok segempak mana kah dia punya kesan khas itu.

Jika filem 2012 kisah mengenai dunia kiamat, ada tsunami, gempa bumi dan gunung berapi, filem Haeundae ini hanya fokus pada tsunami saja.

Ribiu 2012 boleh la anda gogel carik sendiri. Blog ni tak ribiu lah cite Hollywood sbb dah ramai rasanya pengulas blog citer Hollywood di luar sinun. Kita sini tumpu pada Korea saja lah ye dan jiran sebelahnya iaitu Jepun (kadang-kadang) dan Malaysia, jika ada tengok.

Mula-mula ambe ingat "Haeundae" ni bermaksud tsunami dalam bahse Korea. Rupanya bukan.

Haeundae ialah nama daerah di Busan/Pusan, Korea Selatan dan di Haeundae ni ada pantai yang terbesau di Asia katanya. Tapi ambe tak sempat lah nak pergi ke Haeundae dulu. Hanya lepak di kawasan Changwon saja untuk tamatkan 3 hari terakhir yang hazab di Korea hahaha. Busan destinasi terakhir.



Seperti yang tertera di gambarajah atas, "Haeundae has one of the biggest beaches in Asia"


Ha Ji Won. Adakah beliau dipilih sebab tajuk filem bermula dengan 'Ha' jugak? Ha Ha Ha


Filem ini menggunakan dialek Busan sepenuhnya sebab shooting kat Busan. Dialek Busan ni berbeza dengan Seoul. Bunyik dia macam kasar sket. Perkataan pon ada beza. Contoh perkataan yang berjaya di-spot :

"Wae" jadik "Wa" (Kenapa)

"Chaka-man-nyo" jadik "Chaka-man-nye" (Nanti sekejap)



Antara tanda-tanda tsunami. Burung-burung kelam kelibut berterbangan di udara. Ada satu lagi tanda, ikan-ikan timbul lam laut kan?


Tsunami datang


Omo











Akak berbikini ni pon kelam kelibut berlari mahu menyelamatkan diri


Tersangkut dalam lif. Ottoke?


Antara adegan yang menyedihkan. Adegan di tengah-tengah laut. Petugas penyelamat tengah selamatkan mangsa naik helikopter. Skali tali nak putus sebab tak boleh menampung beban 2 orang. Petugas itu iaitu aktor Lee Min Ki nama nya, suka rela mengorbankan nyawa nya dan terjun ke laut dalam. Uwaaa. Inilah wira negara sebenar yang kita carik tuan direktor.


Tak larat tengok Manager Ma dalam ni. (Manager Ma dari You're Beautiful)


Selepas tsunami

Sekiranya kita sendiri yang ditimpa tsunami, agak-agak apa yang kita akan lakukan ya?

Ambe rasa ambe pon tatau nak buat apa. Perkara ni tak terjangkau dek fikiran.

Panik, tergamam, menangis, mengucap dan berserah, barangkali.

"DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali"

No comments: