Gelanggang sehati berdansa entah bila telah di gemparkan dengan kedatangan aktor Korea, Lee Junki yang mahu turut sama menyertai rancangan itu. Ketika di temu bual oleh wakil GO-KWH, Lee Junki mengatakan beliau begitu teruja apa bila melihat episode ke-2 sehati berdansa di mana Sazzy Falak mendapat markah penuh 100 daripada juri pada ketika itu yak itu Kak Nita.
"Jika dia (Sazzy) boleh mendapat 100 markah, saya tidak nampak mengapa saya tidak boleh dapat 100 markah juga. Saya sahut cabaran itu"
"Jangan di sangka air yang tenang tidak ada buaya. Jangan di sangka ambe tidak pandai menari ye. Anda tunggu dan lihat. Belom terai belom tau" ujar Lee Junki dengan wajah konpiden sekali
(Wartawan sewaktu menemubual terpaksa menahan nak gelak guling-guling pabila melihat misai palsu Lee Junki itu)
Turut hadir bersama aktress Yoon So Yi (Goodbye Solo), heroin ke-3 HERO. Heroin final tak de tukar-tukar heroin lagi dah.
Yoon So Yi menggantikan aktress Kim Min Jung (New Heart) yang tidak dapat meneruskan berlakon dalam drama HERO ini akibat cedera sewaktu penggambaran HERO, yang tidak dapat sembuh dalam masa terdekat.
Sebenarnya aktress Kim Min Jung juga merupakan aktres pengganti. Menggantikan aktres asal HERO iaitu Han Ji Min (Cain & Abel) yang terpaksa menolak tawaran berlakon HERO disamping hero pojaan ramai Lee Junki kerana jadual penggambaran bertembung dengan jadualnya yang lain.
Belum apa-apa lagi heroin dah bertukar sebanyak 3 kali. Adalah drama ini akan sukses? Harap-harap nya lah. Harap drama ini berjaya mencurik sedikit rating daripada IRIS di KBS
"So Yi ahh, fokus, fokus. Abang Jaafar Onn nak bagi markah tu"
Sewaktu raptai
Saspen menanti markah dari juri
*Skali wak misai datang daa*
Berita sebenar - petikan di atas adalah dari adegan dalam drama HERO yang bermula malam besok di MBC. Episode brape tatau. Hehehe
No comments:
Post a Comment