Thursday, October 01, 2009

Terkenang semasa dulu


Hahaha gelak dulu

"Dong Chan" 3 tahun yang lepas dalam drama Fireworks 2006

Tengok drama ni semata-mata beliau

Namun beliau agak mengecewakan dalam drama ni. Bak kata Rucci, macam nak lempang je kalu aktor feveret kita blakon watak jahat...kekeke

Satu yang ambe moskel sampai sekarang dalam drama Korea, kalau logo brand dia censor kan tapi logo ITALIA ditayangkan. Dah banyak dah ambe jumpa. Kenapa? Wae? Wae? Kenapa Italy, bukan Brazil atau England atau Belanda?

Satu contoh berbaik nak tunjuk. Cuba tengok logo Adidas kat sebelah di censorkan

Adakah kerana ambe penyokong pasukan bola Italy yg semakin lemau sekarang?? (Tiada kaitan langsung kekeke)

Apakah kerna Korea menewaskan Italy dalam Piala Dunia 2002?

Atau, adakah isteri Perdana Menteri Korea warga Italy?

Tiada jawapan ditemui sehingga sekarang. Misteri sungguh

Ada sapa tau?


Lantas nurkaseh beralih arah pada seorang lagi hero dalam drama ini

Dia yang dimaksudkan

Tidak lain dan tidak bukan

Lekin, lekin (cakap hindi jab), nurkaseh kembali bertaut pada tahun ini. Saingan pon ramai kali ni *coughSheecough* kekeke

Sedikit info mengenai beliau yang ambe tonton dalam Entertainment Weekly sebelum puasa rasanya. Masa street interbiu. Beliau terharu ramai peminat datang dek penangan drama Queen of Housewives. Dia anggap diri dia tak popular. Pot pet pot pet sembang, beliau kata umur beliau telah dimudakan 4 tahun oleh management beliau sebab beliau join industry ni dah agak terlambat. Dia kata 4 tahun macam over sangat, kalau 2 tahun ok la. Hehe So umur dia kat Wiki tu tambah la lagi 4 tahun.

Cuba la cari klip tu sebab ada part dia nanges sedih sebab bapak dia jatuh sakit masa Queen of Housewives sedang meletop

Satu lagi contoh dalam City Hall. Mungkin Italy sponsor baju-baju ni kot

Forza Azzurri! Hehe

No comments: