Wednesday, October 28, 2009

Filem : My Girlfriend is an Agent (2009)





Synopsis

Disguised as a travel agent, "Su-ji" is a government spy with six years’ experience who can’t reveal her career to her boyfriend "Jae-joon." After she lies again, her boyfriend breaks up with her and leaves without notice, leaving her struggling alone with her sadness. Three years later, while chasing an industrial spy in disguise as a cleaning lady, she happens to run into Jae-joon. He’s become an international certified accountant, and seeing him throws her feelings into doubt.

Jae-joon has become tired of his girlfriend’s constant and suspicious lies. In one phone call, he tells her he’s leaving Korea to study in Russia. Three years later, disguised as a distinguished international accountant, he enters the NIS (National Intelligence Service) as an agent in its overseas branch. He’s a newbie who got a late start, but he’s highly motivated and takes off on his first field mission, chasing a Russian crime organization, when he runs into Su-ji. It’s shocking to see her now as a hotel cleaning lady, but his affections for her are as strong as ever…

Lying is part of the job, secrecy is the name of the game in "My Girlfriend is an Agent".

Credit : http://asianmediawiki.com/My_Girlfriend_is_an_Agent


************************************************

Jeng jeng jeng. Salam secret agent. Lepas 2 kali tengok baru dapat ribiu. Sebab masa pertama kali ambe tengok citer ni, ambe terkedu sebab ambe dapati citer ini tak de la lawak seperti yang digembar-gemburkan oleh orang yang dah menonton citer ni. Adakah kerana ambe terlupa baca sarikata? Terlupa baca sarikata kerana khyusuk menatap wajah kesayangan hamba ni? Ahaks. Boleh jadi juga. Tengok kali kedua dengan penuh penghayatan baru la feel komedi nya. Hehehe.

Antara tajuk lain citer ni ialah "Secret Agent" dan juga "7th Grade Civil Servant'. Biasalah Korea , kalau tajuk takde 2-3 tak sah. Tak kisah la berapa tajuk sekali pon, yang pasti cite ni sangat lucu. Selain lucu, citer ni sungguh laku di pasaran sewaktu tayangan di Korea. Mungkin sebab lucu maka ianya laku. Ada kaitan jugak tu.

Seperti kata Kang Ji Hwan,

"Saya rasa bersyukur pilem ini balik modal dan tidak merugikan penerbit yang ambil saya blakon filem ini. Saya pun tumpang gumbira. Cukup puas hati. Malah lebih dari itu. Andai ada sumur di ladang bole kita menumpang mandi. Andai ada filem baru, ambil la saya blakon lagi. Pasti berbaloi"



Mari la kita selami ribiu filem ni. Ribiu yang bias, sebias biasnya hahaha

Kisah mengisahkan hubungan gelpren dan boipren. Gelpren ni salu tipu boipren dia. Yang si boipren ni pulak, disebabkan terasa asek kena tipu lantas mengambil keputusan mahu memutuskan hubungan dua hala dan pergi ke luar negara membawa dirik yang lara dek selalu diabaikan oleh gelpren nya itu.

"Apa barang salu kena tipu nak tunggu lagi. Aku pun bukan nya tak ensem" antara kata hati boipren itu

Boipren ni sangka mesti gelpren dia main kayu tiga bersama lelaki lain. Sebab asal call je sibuk, asal dia sibuk mesti boipren dia call. Maka nya dia pun pasrah dan menyumpah agar gelpren nya akan bertemu dengan lelaki yang suka menipu macam dia jugak

Ucapan buat boipren itu, aweks bukan sekuntum. *ehem*

Sebenarnya gelpren nya itu menipu ada sebab. Gelpren nya itu seorang ejen rahsia seperti tajuk pilem ini "My Girlfriend is an Agent". Bila dah rahsia makna nya segala info mengenai tugas tidak boleh didedahkan kepada orang lain waima boiprennya sendiri. Sebab jika terdedah bahaya menanti sebab musuh ada di mana-mana.

Mari kita ke ribiu bergambo pula





Sewaktu gelpren itu membuat tugasan under kaber, boipren itu telefon. Tangkap penjahat dengan jet ski dengan memakai gaun pengantin. Cool




Si boipren ni hangin sebab gelpren tu salu tipu dia ada kat Pulau Jeju bawak pelancong haha. Dengan wajah yang hangin, boipren itu bagi seranah dua kata dalam voice mail sebelum boipren itu berangkat ke luar negara untuk sambung belajar




3 tahun selepas itu mereka bertemu kembali di dalam tandas. Boipren tu sedang membuang, manakala gelpren itu sedang cuci lantai tandas. Terkezut nya dia bila lihat wajah mat tahir nya itu seperti ekpressi di atas. Apa lagi dihambat nya boipren itu dengan mop lantai sebab meninggalkan dia tanpa pesan.





Pergaduhan di tandas berakhir di balai polis. Di sini mereka bertekak lagi. Boipren itu tambah yakin gelpren nya itu memang suka menipu sebab kali ni dia jadi pencuci tandas pulak.





Dipendekkan citer boipren ini juga seorang ejen. Beliau ke luar negara sebab ada misi nak berkas penjenayah dari Russia. Ejen vs Ejen la ni. Boipren ni pon kemudian dihantar masuk ke sebuah pasukan polis di Korea untuk membantu berkas penjenayah. Setiap file dia ada "password". Bab password ni pon lawak jugak. Di akhir citer dapat tahu apa password dia






Dipendekkan citer lagi sewaktu sedang memberkas penjenayah, beliau kena tembak tapi terselamat (Biasa la kan hero mana boleh kena tembakan walau 1000 peluru datang sekali pon haha *pakcik elakk*). Dia balik ke markas dan sound Chief dia, kenapa dia tidak dibekalkan pistol. Dia pun team Harimao jugak. Nama team polis ni ialah Harimao ye. Boleh dengar la KJH cakap Melayu Harimau hehehe




Kemudian misi under kaber lagi. Sorang wanita Russia menjadi sasaran. Dengan karisma kasanova yang ada pada beliau, beliau mengorat wanita Russia itu untuk mengorek info hingga tersembam di dada empuk wanita Russia itu (Heppp!) Sewaktu adegan ini gelpren nya itu masuk ke dalam bilik. Gelpren itu juga sedang intip penjenayah juga di situ. Bergaduhan berlaku dan mereka di bawa ke balai sekali lagi dengan pegawai polis yang sama melayan depa.





Di balai polis. HAHAHAHA. Cong ceng cong ceng bertekak terkeluar la isu dada empuk wanita Russia itu.


"Damn right!! They're bigger than yours" tempik boipren itu

"Size isn't important. Having two is what matters!" balas gelpren itu dengan hangin sekali sebab boipren nya membuat perbandingan saiz dada

"No, they have to be big too..." sampuk pegawai polis itu dengan tiba-tiba.

Hahaha. Kuang asam.




Lepas bertekak di balai polis, gelpren itu nekad mahu berpisah dengan boipren nya itu





Rahsia pon terbongkar.





Masing-masing ingat mereka dipergunakan antara satu sama lain





Dipendekkan citer lagi, keadaan menjadik bertambah getir. Penjenayah sudah berjaya dapat virus yang bakal merosakkan dunia. Boipren ni lari nak pi kejar penjenayah itu. Tapi dia nak beberapa info dari dalam laptop dia. Terpaksa Chief dia yang bukak kan laptop dia dan cari maklumat. Masa ni password terbongkar hahaha. Password dia "Chief Asshole" sebab masa mula-mula boipren ni masuk tim Harimau dia kena buli dengan Chief itu. Masa ni boleh tengok air muka Chief itu yang nak marah tak boleh marah sebab keadaan tengah getir nak kejor penjenayah.




Gandingan yang kimia sekali. Gandingan buat kali kedua selepas drama air mata sepupu sama sepupu tak boleh kawin 90 Days To Love





Akhir nya misteri ejen rahsia terjawab jua.

Moral of the stori, jika anda ada boipren yang comey macam ni jangan la menipu. Tak berbaloi rasanya hehehe

Hero seperti biasa lakonan mantop. Dengan pitching menjerit yang sedap di dengar kekeke. Harap beliau akan raih anugerah di dalam pesta anugerah yang akan datang 6 November nanti menerusi filem ini. Fighting Kang Ji Hwan sshi! Saranghae ^^^

No comments: