Hujung minggu di bulan puasa jadual ambe agk padat. Tak dapat nak layan blog sangat. Mianhe.
Ambe pon terkilan Junpyo tak menang satu tropi pon semalam haha Tak habis-habis lagi. Adakah beliau sudah tidak HOT sekarang? Wae? Wae? Tapi ambe rasa bukan salah dia. Ni semua management dia yang salah ni. Kita suruh dia pecat manager dia. Manager tak buat kerja. Tak promot habis-habisan. Makan gaji buta. Mari kita mogok. Ahaks
Kepada semua rakyat Malaysia, selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-52. Selamat meneruskan keamanan dan keharmonian negara dalam masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama. Hidup la kita bersatu padu hingga ke akhir hayat. Tak usah la gaduh-gaduh. Hidup hanya sekali. Hidup hanya sementara di dunia yang fana ni. Dunia yang bukan milik kita. Negara kita pun bukan besar mana. Buat apa nak menghuru hara kan kehidupan.
Kepada semua umat Islam, selamat meneruskan ibadah di bulan puasa. Kita bakal memasuki fasa ke-2 Ramdhan iaitu 10-20 Ramadhan. Jadi bersama la kita tingkatkan ibadah di bulan yang barakah ini. Bulan yang hanya muncul setahun dalam sekali. Jadi rebut la peluang ni.
Ambe nak share sket tazkirah yang ambe dengar kat masjid aritu. Antara golongan yang kehidupan dia sentiasa dalam celaka
1. Anak-anak yang mengabaikan kedua ibu bapanya yang telah tua (Bagi yang masih ada ibu dan bapa)
2. Mereka yang pabila di sebut nama Nabi Muhammad saw di depan nya tapi beliau tidak berselawat
- Ni ambe nak tambah. Jika kita terdengar nama sahabat Nabi pula di sebut, hendak la kita berkata "Radhi Allah Hu An"
3. Mereka yang diberi Ramadhan tetapi menolak Ramadhan
Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan orang yang celaka tu ya. Minta di jauhkan. Amin.
P/S : Hurul adek manes, tikar sarawak ada jual tak? Hehe. Mak ambe nak sangat beli ni
No comments:
Post a Comment