Wednesday, July 15, 2009

Sibu - Day 3


Hari ketiga. Sebelum tu ucapan terima kasih di ucapkan pada GX sebab bagi pinjam kemra. Mari lah kita memberi tepukan mesra pada GX (gaya ala guru besar dalam Nasib Labu Labi haha) * tepuk tepuk* Tanpa kemra GX anda semua pasti tidak dapat melihat semua gambo-gambo ni. Kemra ambe tunggu masa nak baling ke anjing liar yang berkeliaran di taman perumahan. Hehehe

Sebelum ke citer Sibu kita tengok iklan ni dulu.

SHEE, especially for you my dear. Hahaha


Ni bukan kat Sibu tapi di giant USJ. Terjumpa tadi. Teka apa?


Hari ketiga bangun lewat sikit. Sepatutnya ada sound cek tapi skip sebab sound engineer kata tak payah buat sound cek lagi sebab sound malam tadi dah ok. Oo gitu ek? Makna nya sound dia kompen tak lari tukar-tukar ek? Ye lah tu kot


Bangun-bangun terus pi makan tengahri. Kali ni makan nasik campur. Lauk dia macam biasa boleh kelihatan di KL. Sup sayur, sayur goreng, ulam-ulaman, ikan kering dan umai. Umai di atas ialah umai obor-obor. Rasa dia boleh tahan


Kemudian lepas makan tengahari kita round-round bandar. Ini ialah pintu gerbang Sibu


Kemudian kita pergi ke "Pulau Li Hua". Pulau ni asal nya dulu sungai tapi lepas tu di tambak dan dibikin taman perumahan. Gedabak-gedabak umah-umah dia. Ada umah adik CM Sarawak. Siap ada tempat landing helikopter sekali. Perghh. Rumah yang gambo di atas ialah umah Yang Dipertuan Agung. Kalau Agung datang akan menginap di situ katanya. Dah puas me-round satu Sibu kita pulang ke hotel untuk bersiap sedia untuk malam penutup.


Sesi menunggu giliran sempat suh Arnieza posing saranghae hahaha. Kalau dengan waiem mesti ada terselit kekoreaan sikit. Kalau pas ni nampak Arnieza buat tanda saranghae, ambe la yang ajar tu haha. Mohram je ambe tak sempat ngajar hahaha


Prektis sementara menunggu giliran


Ok ni haha. Terkasima sungguh. Siap bawak kelambu lagi


Tarian kelambu kekdahnya hehehe. First time nampak ni


Malam ni bawak 4 buah lagu


Bersama grup Maori New Zealand. Kusss semangat penari pompuan dia yang 2 tu kan...kekeke. Gelek-gelek lagi atas pentas


Seat VIP


Persembahan dari New Zealand


Kemudian bunga api menandakan penutup. Jumpa lagi di tahun depan. Yang best nya pada festival ini ialah malam penutup pada hari Sabtu. Kalau kat sini mesti Ahad kan. Tujuan dia supaya Ahad orang-orang boleh berehat dan Isnin masuk kerja dengan ceria. Sebab kita pon rasa pelik. Eh closing ari Sabtu?


Kemudian sesi supper. Aduyai makan tengah malam. Punah ranap diet ambe...kekeke. Cik Mohar oder nasik goreng udang. Tengah gali-gali udang kira ada berapa. Yang lain makan nasik goreng jugak. Naik goreng dia semua kaler merah. Nasik goreng udang, nasik goreng belacan, nasik goreng kampung pon merah. Stail masak dia taruk cili kering yang dikisar.


Sekali udang goreng 3 pinggan sampai. Aigooo tak bleh tahan


Yang paling hepi sekali nampak udang cik abang ni haha. Gaut ke mana, pantang ke mana. Buat-buat lupa. Dia kata dok Sibu boleh bertambah "GTI". Gemuk Tak Ingat hahaha

Kemudian balik hotel. Esok last day kat Sibu. Kita pi pasar. Nantikan adegan ayam dan itik miming lagu Pasrah Era Fazira. *Kini aku pasrah dengan segalanyaaaa* hahaha

P/S : Baru nak layan Samarinda Kala Hati kat utube. Ada si dia haha. Sapa tengok? Best tak?

No comments: