Tuesday, July 14, 2009

Sibu - Day 2


Hari kedua. Sarapan pagi di hotel saja. Tepat jam 9 van sudah sampai mau angkut pergi ke Wisma Sanyan untuk periksa bunyi


Wisma Sanyan yang tersergam indah di tengah-tengah bandar Sibu merangkap bangunan tertinggi di Sibu


Sound semua ok. Agak rumit ya kerja-kerja pentas ni. Pening tengok wayar-wayar. Dia cucuk tang sini, dia cucuk tang situ...hehehe


Ni group Maori dari New Zealand, satu-satu grup luar negara yang turut diundang bagi menjayakan festival ni. Mereka perfom malam penutup saja


Seterusnya aktiviti kemuncak yang di nanti-nanti..hahaha. Makan tengahari di Hotel Zuhra. Dah nak dekat dengan nama IC ambe. Hidangan pertama sampai, telur sambal. Hotel Zuhra ni tepi jalan mesti nampak punya. Bawah dia ada restoren jual nasik campur. Untuk tetamu dari Malaya ada bilik makan khas di atas.


Hidangan kedua sampai. Ayam goreng balut daun. Daun apa tah. Dengan daun-daun sekali makan sebab kat daun tu yang banyak rempah. Lidi tu pakkal tak boleh makan. Lazat sehingga menjilat lidi. Gedebas rasa dia


Seterusnya hidangan special. Siput sedut masak kicap. Marbelessss


Seterusnya ikan bawal masak stim


Seterusnya sup sayur. Ala The Pasong Puaka ke ni? Hehehe


Kemudian balik bilik untuk isterirehat. Bukak tv...laaa muka dia ni lagi muncul. Ada apa ini?


Balik carik citer...oh beliau ada fanmeeting di Guangzhou. Turut serta Woobin sunbae yang kelihatan kacak sekali masa ni hehe


Makan malam biasa-biasa je sebab nak kena cepat takut jalan jem nak ke pentas. Ambe oder air ni nama '3 masam'. Dia campur 3 jenis buah masam katanya. Jangan yang tukang buat air ni ketiak masam sudah hahaha. Sebab buah tu ada 2 jenis je yang nampak. Lagi satu jenis buah mana kan?? Misteri...


Menunggu giliran


Mari kita berkenalan dengan ahlil muzik-ahlil muzik kita. *apaa ahlil muzikk???? pantanggg keturunan aku kawin dengan ahlil muzik*

Kebanyakan kategori heavy weight hehe. Stat dari kiri, Bob (main bass). Asal gemuk je nama mesti Bob kan? Badan Orang Besar (BOB). Sebelah Bob, Awe (percussion), paling slim. Dia ni la yg nak makan sangat ulat mulong. Sabar je la. Sebelah Awe, Ramli Rebana. Kenalkan? Kemudian Mohar. Sebelah Mohar, Wan (gitar). Sebelah Wan, Bob lagi. Bob junior kita panggil. Beliau main gitar. Kebanyakan dari ASWARA. Sebelah Bob junior ialah Arnieza. Semua ambe jumpa pertama kali kecuali Ramli dan Mohar. Pastu seme lawak-lawak belaka. Memang tak kering gusi kita di buatnya (intonasi cakap ala iklan gam gigi mirnawan nawawi ahaks)


Ni persembahan apa tah...lupa daa


Ni tarian Bidayuh ke Melanau oleh pelajar-pelajar sekola. Mesti suka depa kena pakai mekap. Tingat masa kecik dulu kan, dapat pakai gincu je rasa glamer betul. Rasa macam pemenang ratu kebaya jap haha


Ni persembahan tarian zapin. Ambe snap gambo ni sebab sorang budak tu gemuk. Comey je dia time nari


Lepas Arnieza perform, giliran Mohram plak. Mendendangkan 3 lagu


Interbiu perasaan lepas buat persembahan oleh wartawan tak bertauliah..kekeke. Beliau sangat risau jika orang Sibu tak dapat terima muzik instrumental mereka. Sebab menurut Mohar muzik instrumental ni orang susah sikit nak terima banding dengan muzik pop, rock dan sebagainya. Tapi orang Jepun sangat suka dengan muzik Mohram. 2 kali dah pi Jepun. Lepas ni mereka akan ke Argentina bulan Oct nanti. Denmark, London, Timur Tengah, semua dah pergi buat persembahan.

Kenal kan Mohar? Peniup seruling buluh buatan sendiri. Nampak pendiam tapi sangat lawak bila stat sembang. Ambe memang follower Mohram sejak kemunculan mereka dulu sebab suka gak ngn muzik Mohram. Antara OST yang Mohar cipta ialah Jangan Tegur, Surga Cinta, Kabi Kushi Kabi Igam tu. Tak lama lagi beliau akan muncul dengan album solo instrumental

Aritu ada orang tanya nak belajar main seruling. Mohar tak de mengajar sebab dia kata tak cukup masa. Dia ada kasi nombor fon kawan dia yang mengajar. Nanti saya emel


Kemudian pergi supper di Aliana Cafe. Ayam penyek Sibu di oder. Dan seterusnya acara melelapkan mata. Esok ada tarian kelambu hehe

No comments: