Sunday, April 12, 2009

Filem : Baby & I (2008)





Synopsis


"Baby and I" is a straight up comedy centered around Jang Geun-suk's character, Joon-soo, becoming a studdent father. In the movie, Han Joon-soo is a tough 18 year old high school kid that loves to cause trouble. He often gets in fights, once with 17 other guys, but always comes out as the victor. Then one day Jun-soo's parents decides to go out of town. Jun-soo invited friends to a party at his parent's home. He goes shopping and comes upon an unexpected surprise. A little toddler sits in a shopping basket wearing the name tag "Han Wooram" and points to Joon-soo as his father!

He then takes the baby home and tries to find the baby's real parents. When he can't find the parents, Joon-soo even tries to abandon the baby but always fails. He then takes the kid to school which causes further scandal and a suspension. But during this time an unexpected event occurs between Joon-soo and Woo-ram…



Cite ni mengisahkan sorang pelajar lelaki bernama Han Joon Soo berusia 18 tahun di kurniakan bayi lelaki secara tiba-tiba masa beliau tengah shopping kat supermarket. Bayi tersebut diletakkan di dalam troli beliau. Beliau kemudian ke kaunter kastermer servis untuk report sapa ada kehilangan bayi tetapi tidak berjaya sebab bersama bayi itu ada sekeping nota berbunyik "Nama saya Woo Ram dan bapak saya nama Han Joon Soo". Nak tak nak Joon Soo terpaksa membawa pulang bayi itu. Nak dijadikan citer parents Joon Soo plak pi holiday. Maka terpaksa lah Joon Soo membela bayi itu seorang diri sementara waktu.



nak simpan bayi dalam loker awam...kekeke

Joon Soo kaget dan haru biru kerana dikurniakan bayi yang tidak berdosa itu. Angin tak de, ribut tak de, tahu-tahu dapat bayi. Disebab kan Joon Soo masih bersekolah, maka beliau mengalami kesukaran untuk membela bayi. Beberapa cobaan membuang bayi ditepi tong sampah dilakukan tetapi tidak berjaya. Joon Soo akhirnya membawa bayi tersebut ke sekolah dan pihak sekolah tidak membenarkan bayi dibawa ke sekolah kerana ditakuti akan mengganggu konsentrasi belajar pelajar lain. Joon Soo pon digantung sekolah sementara waktu



Joon Soo turut menghadiri kelas mengenai cara-cara penjagaan bayi yang betul



Joon Soo kerja part time di sebuah pub untuk membeli susu anak. Anak turut diangkut sekali ke tempat kerjaan sebab tiada babysitter



Joon Soon mintak tolong akak-akak GRO tengok kan anak dia kejap sementara dia nak pi distribute flyers



Lepas selesai distribute flyers dia pergi ke bilik anak dia. Tengok tak de orang dan anak dia nanges. Akak GRO tu sudah mekap-kan anak dia daa. Walaupun sayu melihat adegan ini sebab budak tu nanges diseksa (kena mekap) tapi klako plak muka budak tu kena mekap. Eye shadow ijo lagik. Kekeke


Ikut bapak minum soju


Kemudian bapak kandung bayi itu dijumpai. Joon Soo tersangat marah bila dapat tahu siapa kah gerangan bapak kandung itu. Bayi itu diserahkan balik pada bapa kandung nya. Keesokkan hari Joon Soo diberitahu bahawa bayi itu akan keluar negara sebab mengikut keluarga angkat. Bapak kandung bayi itu tak de duit nak besarkan bayi itu dan serahkan pada keluarga angkat. Pada awal nya Joon Soo hanya buat dek saja sebab dia dah tak nak pedulik pasal bayi itu. Lantak pi lah kata Joon Soo. Aku sudah tiada kene mengena dalam ini gambar


Namun dalam pada buat dek tu, naluri kebapaan nya tidak dapat dibendung lagi sebab beliau dah sayang kat bayi itu sebenarnya. Joon Soo lantas bergegas ke airport menaiki motor berkuasa besar dan pecut sepecut pecutnya (ala lagu kumpulan Sudu hiks) untuk berjumpa anak dia buat kali terakhir. Sangat syahdu adegan ini sebab bayi tu pon nanges nak pergi ke Joon Soo. Ala-ala ada kimia gitu. *bek ground muzik jangan pisahkannnn aku dan diaaa...tuhan tolong lahhh ku chinta diaaa*



tak padan kecik pon pandai blakon


Bagaimana kah kesudahan nya?


Apakah Woo Ram berjaya menaiki pesawat Korean Air?


Saksikan la sendiri untuk mengetahui bapa kandung misteri Woo Ram yang menyebabkan Joon Soo amaroh itu


Bagi peminat Jang oooo Jang Geun Suk, jangan lupo saksikan filem ini. Pasti tak nyosal

No comments: