Tuesday, April 14, 2009

Boys Before Flowers - Episode 17&18



Episode 18 tergelak besau sebab Jandi telah 'jotos' Jun Pyo hahaha. Bagi yang tak familiar, 'jotos' ialah sejenis seni serangan kepada musuh dengan mengetuk kepalanya. Mengetuk atau menunjal kepala. Untuk lebih pemahaman kita tengok gambar nanti. 'Jotos' diguna pakai bila kita terasa geram kepada musuh dan perasaan geram itu dilempiaskan dalam bentuk jotos antaranya sebab tak berapa ganas sangat. Walau pun tak elok main kepala tapi kepuasan menjotos orang tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Especially kalau ada adik-adik yang degil. Memang best menjotos hahaha



Episode 17. Ji Hoo menonton video sewaktu dia sedang beramas mesra dengan atok nya masa kecik. Rajin sungguh depa ni rekod-rekod kan. Lepas menonton video Ji Hoo membantu Jandi lap cermin. Sebesar-besar bangunan Jandi buat keje sensorang kan. Jandi ganti mak dia jadi cleaner sat. Mak Jandi sakit tak dapat bertugas



Selepas habis lap cermin dan mop lantai, Jandi pingsan dalam bilik air dan Ji Hoo bawak dia balik rumah. Sewaktu di rumah Jun Pyo sudah terlihat adegan romantis Ji Hoo dan Jandi itu



Jun Pyo dilanda cemburu dan terus belah. Dalam kereta beliau sedih mengenangkan nasib dirinya yang dilanda derita. Eh macam lagu Jamal Abdilah yang nyanyi kat ABP plak (Begini kisah nya nasib diri ku, tak henti di landa derita) Kekeke. Beliau sedih tidak dapat buat apa yang dia nak. Kena ikut cakap mak. Bertambah sedih tidak dapat bersama dengan gadis idaman nya. Sabar lah Jun Pyo



Kemudian Jae Kyung berjumpa Jandi untuk beritahu bahawa Jun Pyo dah setuju nak ngedate secara rasmi dengan beliau



So ngedate la mereka Jun Pyo dan tunang nya. Gambar atas depa tengok movie Speed Scandal, yang best jugak sebab ada budak kecit tu. Memang tunggu movie ni. Belom ada lagi



Yang ni hahaha. Ok cingu-cingu sekalian kalau pi Namsan Tower jangan lupa posing kat mesin kopi blakang tu yek. Macam cingu kita yang sorang tu. Kekeke



Ga Eul belajar seni membuat tembikar untuk mengorat Yi Jung sunbae. Manakala di scene yang lain Yi Jung sunbae kesedihan melihat peel buaya bapaknya. Dia dilanda stress hingga mabuk dan dipukul hingga tangan kanan dia cedera. Alaa takat cedera sikit boleh keje lagi



Sesi makan megi semangkuk hentak untuk dapatkan 50 baucer makan free haha



Cantik kan tempat atas Jandi lepak tu. Lepas dah menang baucer makan, mereka 4 orang pergi bercuti di resort. Jandi membawa diri di kawasan air terjun tu dan rantai JJ nya terjatuh ke bawah. Kemudian datang hero menyelamatkan Jandi sebab Jandi dah tak bole berenang. Jandi tanya Jun Pyo macam mana ko boleh berenang? Jun Pyo pon jawab dia masuk kelas renang



Adik bradik ek depa ni? Nampak lain mamat ni. Mamat Snow Queen tu kan.



Episode 18. Jun Pyo suruh Jae Kyung cari lelaki lain sebab dia dah suka pompuan lain. Jae Kyung dapat tahu pompuan pojaan Jun Pyo ialah Jandi berdasarkan rantai "JJ" itu yang dia jumpa di kolam renang. Nak gelak sat. "JJP" plet keta waiem hahaha Jun Jun Pyo



Jun Pyo melawat Yi Jung yang cedera. Yi Jung pon membuka citer sebenar kenapa Jandi tak boleh berenang lagi. Jun Pyo berasa seperti dihempap batu giling dan merasa amat bersalah atas kemalangan yang menimpa bahu Jandi tu



Keesokkan hari Jun Pyo sewa rumah berjiran dengan Jandi. Rumah Attic Cat. Jandi pindah ke rumah yang lebih kecik dan murah sebab mak bapak dia balik dok kampung



Lepas tu depa makan megi. Berselera betul depa ni kalau makan megi kan. Lepas tu suka makan megi atas tudung periuk hahaha Lepas tu kita pong terikut-ikut nak makan megi ngn kimci. Sebab kimci korea tak de, buat kimci sendiri. Potong timun, taruk sos tomato sket sebab nak rasa masam sket pas tu makan ngn megi hahaha Pengaruh kdrama



Ga Eul ajak Yi Jung sunbae ngedate betul-betul tapi dirijek oleh Yi Jung sunbae. Aigoo awek comey ajak date tu



Scene ni hahaha. Atas Jun Pyo menjerit-jerit ketakutan sebab nampak lipas merayap-rayap kat lantai dan Jandi datang mententeramkan keadaan. Bawah ialah bagaimana 'jotos' dilakukan kekeke



Ni sewaktu Ji Hoo melayan Jandi siapkan homework dia



Gambar masa kat Bangkok minggu lepas. Ahjumma-ahjumma Siam di sisi Jun Pyo. Tengok yang sorang tu pegang lengan aigooo. Cesss amek kesempatan btol. Kekeke. Lee Min Ho Malaysia ada tak??

No comments: