Tuesday, April 28, 2009

Boys Before Flowers - Episode 21 & 22


Ada je dia nak memanjangkan jalan cite ek? Tetiba Jandi kena jaga seorang lelaki tua. Tetiba muncul budak kecik yang kat zoo tu haha. Ke ada dalam jalan cite asal? Rasanya macam adegan tak perlu jer


Bersambung Jandi sebagai pembantu rumah di rumah Junpyo. Tiba-tiba bakal mak mentua balik. Dengan bengis beliau bertanya "What's going on here?" Halmoni pon menjawab bagi pihak Jandi bahawa dia adalah cip bahagian dapur di situ dan dia berhak pilih pekerja


Amothen, Jae Kyung tidak akan melepaskan Junpyo walau apa terjadi. Beliau nak kawin jugak dengan Junpyo. Semasa menerai gaun pengantin, Jae Kyung meminta Jandi menjadi pengapit nya


Manakala Yi Jung sunbae kesedihan pabila melihat aksi bekas kekasihnya bersama abangnya di dalam cafe yang sedang bermesra-mesra togede-togede membuat coffee prince


Ji Hoo sunbae pula mula berbaik dengan atok nya dan mengajak atok nye pergi memancing. Kemudian selepas memancing, Ji Hoo dan Jandi masuk pertandingan pengantin. Sapa pengantin paling popular akan mendapat hadiah. Rasanya Jandi tak sesuai pakai gaun pengantin tu kan. Nampak tak cun. Tak sesuai dengan bentuk badan dia yang debab itu bila kededahan hehe


Pemenang ditentukan oleh orang ramai dengan menampal stiker di papan board tu. Sebenarnya Jandi aim nak daging tu hadiah tempat kedua. Hadiah pertandingan bagi daging ek? Macam kelakar je. Daging berharga jugak kot. Hadiah tempat pertama teket kapal terbang ke Pulau Jeju, kedua 4 ketul daging tu, ketiga henfon. Daging mahal daripada henfon u ols. Wah hehehe


Kemudian mereka semua pergi ke Pulau Jeju untuk hadiri perkahwinan Junpyo dan Jae Kyung. Jae Kyung dah tahu Jun Pyo dan Jandi saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Sapa nak dok sebelah driver keta kuning tu? Sila kan. Cian dia sensorang. Hehehe


Ga Eul dan Yi Jung sunbae masa ni. Gelak sat. Tetiba feeling Bollywood tengok bunga kuning-kuning tu
* back ground muzik tujhe dekha to ye jaana sanam*

Imajin Yi Jung jadik SRK, Ga Eul jadik Kajol. Muahaha


Antara worst scene 10:59:59 tu. Dia bagi reminder "woii dah pukul 11 malam...tidurr la haaa" keke


NG klip


Tiba hari perkahwinan. Ingatkan Junpyo yang akan buat pengumuman ke atau lari ke. Ropanya Jae Kyung yang batalkan majlis. So tak jadilah mereka kahwin


Dan Junpyo pon pergi mendapatkan Jandi untuk berkongsi kegembiraan yang dia tak jadik kawin. Dialog ni saya suka bila Jandi tanya Junpyo kenapa pilih dia,

"Why me? I'm not pretty and I don't have money or status. I have nothing. Why do you like me?"

"Because I have all that"

"What?"

"Money, status, looks, I have all that. I don't need that from you. Geum Jandi, all you have to be is Geum Jandi"

Moral of the stori, kepada cik abang-cik abang yang kaya raya macam Junpyo, jatuh cinta la dengan pompuan miskin dan tak cantik supaya dapat berkongsi kekayaan. Sharing is caring kata orang.


Ni haa tiba-tiba muncul ahjussi yang sakit ni. Op op jangan bitau sapa dia bagi sapa yang dah tengok. Nanti ambe tengok sendiri hehe


Lepas tu ada plak budak kecik enterprem depa dating kat zoo. Hehehe

Seterusnya. Jenuh pikir Jae Kyung ni penah blakon citer apa. Macam pernah ku lihat tapi di mana ya.


Bongkar rak CD kdrama. Oh ya drama Who Are You. Dalam cite ni dia cacat dan pakwe dia Lee Eon (Coffee Prince) yang sudah mati itu. Mesti dia sedih masa Lee Eon tu mati kan

No comments: